Bab 19: Video

8.1K 68 0
                                    


"Aku nak kau kalah projek ni." Selamba Arjuna menyuruh. Anggun mula aneh.

"Kenapa?" Anggun bertanya.

"Aku benci tengok kau menang. Kali ni aku nak pergi Budapest. Ini peluang aku nak form connection dengan syarikat luar negara. Aku nak jadi wakil syarikat ni." Arjuna menegaskan hasratnya.

"Saya tak boleh buat macam tu." Anggun mempertahankan hasratnya juga.

"Asal kau susah sangat nak dengar cakap eh betina?" Arjuna menunjal kepala Anggun.

Anggun mengeraskan badan. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Arjuna. Dia juga serius.

Arjuna menghela nafas kasar.

"Kalau kau berkeras nak menang juga projek tu. Aku akan send video terkutuk kau dekat group syarikat. Jangan risau aku akan kaburkan muka aku. Lepas ni kau takkan boleh cari makan!" Arjuna mula mengugut.

Anggun terkesima. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan Arjuna.

"Awak-" belum sempat Anggun menghabiskan ayatnya. Arjuna mencelah.

"Bising ah kau! Memang betina bebal! Sekali lagi kau lawan perintah aku. Muka kau akan jadi topik staf kat situ buat masa yang lama." Arjuna menolak Anggun ke tepi lalu bingkas masuk ke bilik tidur.

Anggun terngadah. Dia tahu Arjuna cuba untuk mencantas peluangnya. Perempuan itu menghela nafas berat. Dia cuba untuk tidak mengalah.

°°°°

Kali ini Anggun masih bersendirian dalam melaksanakan projek tersebut. Tiada sesiapa sudi menjadi ahli kumpulannya.

Pendrive berisi kandungan projek yang akan dibentangkan dimasukkan dalam poket.

Anggun menghembus nafas. Dia perlu yakin. Perlu konfiden!

"Kau boleh buat Anggun! Yakin!" Bisik hati Anggun.

Dia mengatur langkah ke bilik mesyuarat membuntuti semua staf yang berjalan bersama kumpulan masing-masing.

Tiba-tiba tangannya direntap. Anggun ditarik ke satu sudut.

"Aku nak kau kalah projek ni. Kau buat lah apapun asalkan kau gagal projek ni! Kau dengar tak cakap aku?" Ugut Arjuna menghimpit Anggun ke satu ruang kosong.

"Tak boleh. Saya nak bertanding secara adil." Anggun cuba berkeras.

"Aku ni suami kau. Kau nak nusyuz ke?"Arjuna mengetap gigi. Dia menghempas tubuh Anggun ke dinding.

Anggun pula masih tidak mengalah. Masih tetap dengan pendiriannya.

"Kalau kau lapar jugak nak menang. Aku akan sebarkan video kita." Telefon ditayangkan ke muka Anggun. Arjuna memainkan video aksi mereka berasmara tempoh hari.

Anggun terkelu. Kakinya terasa dipaku ke bumi. Hatinya berkecai melihat Arjuna yang sanggup menghancurkannya.

Arjuna tergelak kecil melihat muka Anggun yang pucat lesi. Dia menunjal kepala perempuan itu sebelum berlalu pergi ke bilik mesyuarat.

°°°°

"Next represantative of our company
...Miss Anggun Sufiya you may begin."
Encik Raj mempersilakan kehadiran Anggun. Dia tidak sabar untuk mendengar idea bernas Anggun.

Anggun mula serabut. Hatinya tidak tenang. Ugutan Arjuna bermain di minda berulang kali. Dia tidak senang duduk. Hatinya mula berdolak dalik untuk meneruskan projek ini atau tidak.

Perempuan itu menggagahkan diri melangkah kehadapan. Pendrive dicucuk ke laptop dan projeknya dibuka.

Anggun cuba mencari nafas. Dia berusaha menenangkan diri.

Dihadapannya terdapat dua orang pemilik syarikat asing dari Budapest. Salah seorang adalah jutawan berkulit putih dari Hungary. Manakala seorang lagi adalah jutawan kacukan Jepun-Amerika yang memiliki berpuluh bangunan mewah di serata dunia.

"Good morning Sir. My name is Anggun Sufiya-"

Ting!

Satu notifikasi masuk di telefon milik Anggun. Anggun mengerling kearah Arjuna yang menunjukkan kearah telefonnya.

Anggun menghentikan bicaranya. Dia membuka telefon dan menyemak mesej yang dihantar Arjuna secara personal di aplikasi WhatsApp.

"Sekali lagi kau buka mulut bangkai kau tu. Satu syarikat ni akan tahu perangai jalang kau. Don't worry. Aku dah kabur muka aku.

Video - 20:03 mins

Telefon ditangannya hampir terjatuh. Lututnya mula jeli membaca mesej ugutan Arjuna. Matanya berkaca. Jantungnya berdegup kencang.

"Saya-saya.." Anggun tergagap. Dia sudah bersusah payah menyiapkan projek tersebut. Amat rugi jika tidak dibentangkan.

"Is there any problem miss?" Pemilik syarikat berkulit putih mula bertanya.

Anggun memejamkan mata. Mengharapkan semua ini tidak nyata. Hujung baju digenggam erat. Dia mula teresak dan menekur lantai. Mulutnya bagai dijahit kerana takut.

"Miss? Calm down. You okay? Wanna relax first? We will give you time okay?" Jutawan kacukan Jepun-Amerika itu berdiri dan menghulurkan botol air mineral kepada Anggun.

"Hey look. Don't worry. I understand what you've been feeling. Honestly, I also have been in your shoes so I understand really well that you are nervous. Just remove all the thoughts. All the overthinking. You got this. By the way my name is Alex Lee. Just to reassure you not to panick okay? We good?" Jutawan separuh abad itu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Anggun menghembuskan nafas. Dia cuba mencari kekuatan. Segala ugutan dan kerisauan dicampak ke tepi. Dia tidak takut apa-apa lagi.

"Sir, I'm ready." Balas Anggun menguatkan hatinya.

Arjuna mengenggam penumbuk.

"Sial kau betina!" Bisik hati Arjuna. Rahangnya diketap sehingga urat hijau mula kelihatan.

-

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now