Bab 31 : 6 bulan

6.3K 89 6
                                    


"Better kita cerai. Tak ada siapa yang tersakiti lepas ni. Awak dan saya. Kita dah tak perlu sakit sebab hubungan ni." Kata Anggun sambil duduk berhadapan dengan Arjuna di katil wad.

Arjuna mengalirkan air mata. Perlahan dia menggeleng. Dia takkan melepaskan Anggun.

"Untuk apa bertahan kalau cinta ni menyakitkan saya. Menyakitkan awak dan Andika." Anggun meraup wajah. Dia tidak mahu sesiapa menderita kerana permainan dendam ini.

"Tolong..beri saya masa sampai habis projek ni. 6 bulan. Saya nak bersama anak saya. Bagi saya satu peluang. Saya tak pernah ada kesempatan nak pegang anak saya. Awak cakap Adrian kenal saya. Lepas ni kalau awak nak saya ikut cakap awak. Saya ikut. Saya merayu." Arjuna memohon.

Anggun mengangguk perlahan. Dia setuju akan syarat lelaki itu. Anggun mahu berlaku adil. Dia akan membiarkan lelaki itu bersama anaknya buat masa 6 bulan. Rasanya 6 bulan bukan tempoh yang lama kan?

Andika yang berdiri dibalik pintu senyum sinis. Puas hati dia apabila mereka memeterai janji untuk berpisah. Dia berjaya memisahkan mereka!

°°°°

"Uncle..this is me..mama..and uncle." Adrian bersimpuh dihadapan Arjuna sambil menunjukkan lukisan orang lidi didalam potret.

"Woah..look how pretty your drawing is..do you want a gift?"Arjuna tersenyum. Pipi budak kecil itu dicubit. Mereka duduk di bangku berhadapan hospital untuk mengambil angin segar.

Anggun pula berdiri agak berjarakan sambil menguis kuku.

Perlahan tapak tangan kecil milik Adrian memegang pipi Arjuna.

"Your...nose..ouchie?" Soal Adrian polos. Arjuna mengangguk perlahan lalu membiarkan tapak tangan kecil itu menekap lembut luka yang dibalut kemas.

Adrian sebak. Hatinya sedih melihat lelaki yang menyerupai bapanya itu terluka.

"Please dont get hurt again. It's hurting me too." Adrian meluahkan isi hati. Air mata anak kecil itu tumpah.

"Mama.." panggil Adrian.

"Yes?" Sahut Anggun.

"I wanna go to theme park with uncle. Wanna make him happy. Pleaseee." Adrian mencebik.

Anggun berdecit. Tidak suka apabila anaknya mengajak dia untuk terlibat dengan lelaki itu lagi.

Anggun cuma berdiam diri.

"Please." Adrian memujuk lagi.

"Fine. Hurry up bring your uncle." Anggun menjulingkan mata keatas. Adrian mula melompat gembira lalu berdakapan dengan Arjuna.

°°°°

Arjuna melihat taman tema itu tidak percaya. Banner Universal Studio Los Angeles dipandang lama. Bertahun dahulu taman tema ini kerap dikunjungi oleh dirinya dan Anggun semasa mereka bercinta.

"Uncle lets go. Come on!" Arjuna meloncat setempat menarik tangan Arjuna.

Lelaki itu masih tercegat. Banyak memorinya bersama dengan Anggun disini. Mengapa perempuan itu tiba-tiba membawanya kesini?

"Cepatlah. Dahlah menyusahkan orang. Bil hospital pun aku bayar. Ni mengada pulak nak datang sini. Macam budak-budak!" Rungut Anggun berdiri agak jauh dari mereka.

Arjuna perlahan mengatur langkah membuntuti mereka kedalam taman tema itu.

Adrian begitu teruja untuk mencuba semua benda bersama Arjuna. Wajah Anggun monyok saja sambil berpeluk tubuh mengikuti mereka.

"Mom can i try this with uncle." Adrian menunjukkan kearah ski luncur atas ais yang menjadi tumpuan.

"No!" Anggun membantah.

Adrian mula mencebik dan memberontak.

"Biarlah dia cuba. Budak-budak ramai kat situ. Benda baru kan?" Celah Arjuna. Anggun menjeling tajam kearah Arjuna.

"Kau la ni mengajar anak aku. Hish!" Anggun menghalakan jari telunjuk kearah lelaki itu.

"Mom pleaseee!" Adrian merengek.

"Fine. I'll go with you too. What if you got hurt? Someone hit you or something?" Anggun memujuk Adrian.

Mereka mula masuk dan membayar di kaunter untuk permainan luncur ais. Kasut ski diambil lalu disarungkan.

Anggun menggigit bibir. Sudah lama dia tidak bermain luncur ais. Dia sudah tidak pandai untuk mengimbangkan badannya diatas ais.

Arjuna memegang tangan Adrian lalu dipimpin dan diajar untuk mengimbangi badannya.

Adrian ketawa suka apabila berjaya berdiri kukuh ketika Arjuna melepaskan tangannya dari genggaman Adrian.

Anggun duduk di sisir tepi sambil melihat gelagat mereka yang meluncur diatas ais. Adrian dari tidak pandai sehingga berjaya meluncur perlahan dan badannya diimbangkan.

"Taknak join ke?" Soal Arjuna mendekati Anggun.

"Taknaklah. Tak reti."balas Anggun menggulingkan mata keatas lalu memandang kearah lain.

"Aih..bukan awak cakap takut si Adrian tu kena langgar ke? Ramai orang tu tengah meluncur." Arjuna sengaja mengumpan Anggun.

Anggun merengus. Dia cuba bangun serentak tapi gagal mengawal keseimbangan badan.

Arjuna spontan cuba menarik tangan Anggun namun gagal kerana ais ketika itu terasa sangat licin 🌚

"Aduh." Anggun memegang belakang badannya yang sakit. Perlahan matanya dicelikkan.

"Awak okey?" Soal Arjuna mula risau apabila dirinya menghempap badan genit perempuan itu.

Mata Anggun membulat. Jarak antara wajah mereka kurang dari 1 meter. Sangat dekat. Terasa hembusan nafas hangat diwajahnya.

Anggun mula teringat akan dirinya ketika pertama kali datang ke Universal Studio itu. Terasa seperti Deja vu.

Arjuna pernah mengajar dia bermain luncur ski. Dia tidak pandai mengimbangkan badannya. Mereka sama-sama jatuh sambil ketawa mengenakan satu sama lain diatas ais yang sejuk itu.

Perlahan Anggun mengalirkan air mata. Terasa peristiwa itu seperti baru terjadi semalam.

Arjuna terdiam lama menatap wajah Anggun. Perempuan itu pernah dicintainya satu masa dahulu dan juga pernah dilukainya. Dia tidak tahu bagaimana lagi cara untuknya memulihkan hubungan yang telah retak seribu ini.

Anggun turut merenung dalam-dalam anak mata Arjuna. Terasa seperti masa sekeliling mereka terhenti.

Perlahan Arjuna merapatkan jurang antara wajah mereka. Bibir perempuan itu dicium lama.

Anggun pada mulanya menolak namun lama kelamaan merelakan sahaja.

"Mama." Panggil Adrian.

Anggun seperti tersedar dari realiti terus melepaskan tautan bibir itu.

Arjuna dan Anggun melihat kearah Adrian.

Hidung Adrian berdarah.
Anak kecil itu berdiri lemah cuba mengimbangkan badannya. Perlahan Adrian rebah ke lantai beku itu. Hidungnya mula mengeluarkan darah yang banyak tanpa punca.

-

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now