Bab 20: Antagonis

6.7K 68 0
                                    


Anggun mengalirkan air mata apabila sekali lagi projeknya dipilih oleh dua orang jutawan tersebut.

"I knew it. Your idea is brilliant. I've read about your background and you graduated from United States? No wonder your idea is magnificent. I have to admit that you are...a diamond in a rough!" Puji jutawan dari Hungary itu.

Anggun terharu. Tidak sia-sia dia menguatkan hati memberanikan diri membuat keputusan berani mati.

Anggun menyemak semua mesej. Takut juga jika ugutan Arjuna direalisasikan. Tetapi tiada satu pun video yang dihantar seperti yang dikatakan Arjuna.

Perempuan itu menghela nafas lega. Dia tahu ini semua cuma taktik Arjuna untuk menggertaknya.

"Anggun. I need you to go back home late today. You are required to discuss more about the education stuff projects with Madam Kalin today. She comes KL today to meet you!" Pesan Encik Raj lalu mengiringi dua pemilik syarikat itu ke ruang makan syarikat.

Anggun mengangguk laju dan ceria.

Arjuna bersama staf mula beredar keluar bilik mesyuarat. Tong sampah diterajang untuk melepaskan amarah.

°°°°

Arjuna masih tidak dapat menerima hakikat bahawa projeknya tidak dipilih.

Stereng kereta ditumbuk beberapa kali. Dia sekali lagi tidak berjaya menjatuhkan perempuan itu.

"Sial!!" Stereng ditumbuk lagi. Amarahnya meluap. Kepalanya bagai nak meletup. Bayangan Anggun yang tergelak kemenangan memenuhi kepalanya.

Telefon pintar diperhati lama. Anggun tidak termakan ugutannya untuk menyebarkan video terkutuk mereka.

Arjuna meraup wajah kasar. Bagaimana lagi dia mahu membuatkan Anggun menderita? Perempuan itu tampak utuh walaupun telah ditimpa segala bencana.

Patutnya Anggun menyimpan dendam terhadap abangnya kerana terpaksa membebani segala keperitan.

Namun dia silap. Sejak dari mula mereka bercinta dia sedar, Anggun seorang yang tak akan pernah berputus asa walaupun menghadapi  kekalahan dan kesusahan.

Andika.

Ya... kelemahan Anggun adalah Andika. Kelemahan perempuan itu adalah darah dagingnya sendiri.

Anggun sanggup meredah hujan dan api demi abang cacatnya itu.

Arjuna tersenyum jahat. Dia punya perancangan baru!

°°°°

"Bangun..woi bangun. Sedap kau jadi raja ek kat rumah aku." Arjuna menolak kepala Andika yang terlantar pulas.

Andika mencelikkan matanya apabila tidurnya terganggu.

Arjuna menarik kasar lengan Andika yang masih mamai lalu didudukkan ke kerusi roda.

"Ernghhh." Andika cuba bercakap namun ayatnya berterabur.

Arjuna menolak kerusi roda itu menuju ke bilik lain. Kali ini Arjuna telah memasang dua speaker besar di bilik lain itu. Dia mahu menunjukkan sesuatu kepada Andika.

Kerusi roda diberhentikan. Andika memandang kearah Arjuna tanpa berkelip. Dia hairan melihat tindak tanduk Arjuna.

Arjuna mengeluh kasar. Remote control dipegang.

"Aku cemburu duh dengan kau. Lepas kau dah hancurkan hidup aku dulu. Kau still ada orang yang side belah kau. Dari dulu..sampai sekarang. Tak ada siapa pun yang side belah aku." Arjuna merungut.

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now