Bab 41: Kemalangan

6.5K 86 15
                                    


"Ibu Encik dalam keadaan kritikal. Kami mohon penjaganya ada disini. Ibu Encik minta Encik berada disisi." Jelas suara jururawat di corong telinga.

"Macam mana keadaan ibu saya doktor?"

"Ibu Encik mempunyai harapan tipis untuk hidup. Kami minta Encik pulang segera untuk detik terakhir bersama ibu Encik." Tambah jururawat itu lagi.

Hampir terlepas telefon di tangan Arjuna. Dia mula hilang arah. Stereng kereta digenggam. Hatinya berkecamuk dan huru hara.

Pedal ditekan kuat. Dia akan segera membeli tiket pulang ke Malaysia.

Fokusnya agak terganggu. Sekali lagi telefon berdering. Arjuna mengangkat panggilan itu.

"Good days Sir, is this maam Anggun's husband?" Soal jururawat lain pula.

Arjuna mula bingung. Mengapa pula dengan Anggun. Apa yang terjadi kepadanya?

"Yes. What happened to her?" Soal Arjuna mula cemas. Brek ditekan spontan.

"Sir..your wife is in labour room. Right now she is having some difficulties to deliver the baby. It's not her due date yet Sir. We afraid if it will harm the baby since the baby is still premature. We need you to be here for admission of Caesarean section surgery for your wife. You acquired to sign some of admission document from doctor." Suara jururawat itu mula panik diselangi dengan tangisan sakit Anggun di belakang.

Hati Arjuna terasa seperti mahu luruh. Jika Anggun keguguran,nyawa Adrian turut berada di ambang maut.

"Sir..your wife is here. Here maam.." telefon diletakkan di corong telinga Anggun.

"Tolong..jangan tinggalkan saya. Sakit. Saya perlukan awak. Saya tak boleh buat tanpa awak." Anggun mula menangis menahan perit merayu Arjuna berpatah balik.

Arjuna mula dalam dilema. Dia tersekat antara ibunya dan isterinya. Banyak nyawa bergantung padanya.

"Bertahan untuk saya. Saya pergi sekarang. Tunggu saya. Saya takkan tinggalkan awak." Arjuna cuba menenangkan Anggun. Dia tidak mahu Anggun kehilangan anak mereka.

Anggun mengangguk sambil memegang perutnya yang sakit. Tangisan masih tidak berhenti.

Andika yang berdiri menyandar di dinding sambil menggigit kuku mula gusar. Dia tidak mahu Arjuna kembali. Susah payah dia menghitung hari menunggu lelaki itu berambus.

Spontan telefon di tangan jururawat dirampas Andika. Anggun terkejut dengan perbuatan abangnya.

"Berambus balik Malaysia. Jangan balik sini. Aku taknak tengok batang hidung kau pun kat sini. Kau punca kami adik beradik berpecah belah." Andika mengetap gigi menahan geram.

Arjuna tersandar. Dia mula serabut.

"Aku nak balik Malaysia atau aku nak ambik isteri aku itu aku punya pasal. Kau tau tak disebabkan kau semua benda jadi huru hara. Semua salah kau. Bodoh!" Balas Arjuna tanpa ampun. Dia nekad ingin mengambil Anggun pergi bersamanya.

Dia mahu memulakan hidup baru bersama isterinya tanpa gangguan sesiapa pun. Dia ingin melupakan semua memori buruk dan dendam kerana semua itu yang menghancurkan dirinya dan Anggun.

"Kau balik sini. Aku bunuh kau. Sama macam bertahun dulu. Kau jangan ingat aku takut. Sikit pun aku tak takut nak ulang kisah lama kita." Ugut Andika mula mengenggam penumbuk.

Anggun memanggil abangnya lalu menggelengkan kepala cuba menghentikan mereka. Matanya masih berair.

"Aku takkan ubah keputusan aku." Arjuna bersuara tidak gentar. Enjin dihidupkan. Panggilan dimatikan.

Dia mula membuat pusingan U turn menuju kearah hospital yang bertentangan jalannya.

Andika mula menumbuk dinding. Kunci kereta didalam kocek dicapai. Ada perhitungan perlu diselesaikan.

"Abang jangan!!" Anggun mula menjerit. Dia mula menghidu niat buruk Andika. Jururawat mula menahan dirinya dari bangun menghalang abangnya.

Andika meluru keluar dari hospital. Pintu kereta dibuka kasar. Andika mula menghidupkan enjin kereta lalu dia menekan pedal mencari kelibat kereta Arjuna.

Langit yang biru mula bertukar merah menandakan senja mula berlabuh. Andika melajukan kereta dan memandu kereta seperti orang tidak waras.

"Kau yang cabar aku. Kau yang cabar aku!!" Andika menumbuk stereng berkali-kali. Kali ini dia tak akan membiarkan Arjuna terlepas mengambil Anggun pergi.

Arjuna melihat kearah aplikasi navigasi di telefonnya. Jaraknya mengambil masa 15 minit untuk tiba ke hospital itu.

Mata Andika melilau mencari kereta milik Arjuna.

Matanya tertancap kearah kereta berjenama Chevrolet berwarna biru gelap bersama nombor plat AJN591 yang memandu berlawanan arus tidak jauh darinya.

Andika tersenyum penuh makna. Dia ingin menghapuskan Arjuna terus dari dunia ini.

Keretanya membuat pusingan U turn mengejut di jalan raya dua hala itu sehingga membuatkan kereta lain mula hilang kawalan. 

Pedal ditekan kuat melajukan kenderaan yang dipandunya. Andika mengejar kereta Arjuna dari belakang. Laju keretanya menghentam belakang kereta Arjuna.

Arjuna tertolak kehadapan kerana impak yang kuat. Dahinya terhantuk kuat ke stereng kereta. Tetapi dia tidak mengalah. Dia perlu cepat. Pedal minyak ditekan jua. Anggun memerlukan dirinya tatkala ini.

"Sial. Patutnya dari dulu kau mampus. Rasakan binatang!" Gumam Andika tidak puas hati melihat kereta Arjuna berlalu pergi tidak menghiraukan hentaman itu.

Andika turut melajukan keretanya sehingga menyaingi kereta Arjuna. Andika memusingkan stereng menghimpit kereta Arjuna sehingga memasuki lane berlawanan arus.

Arjuna membuka tingkap melihat kearah Andika yang lagaknya seperti orang gila melanggar keretanya dari tepi. Arjuna berusaha sedaya upaya menghimpit kembali memasuki laluan yang betul namun gagal.

"Mampus kau harini binatang!" Jerkah Andika.

Mata Arjuna membuntang melihat lori menuju laju kearahnya. Stereng dipusing laju mula memasuki laluan betul.

Bam!

Dua kereta dari belakang berkelajuan tinggi melanggar keretanya sehingga berpusing-pusing. Impak yang kuat membuatkan dirinya tercampak keluar. Badannya terpelanting jauh.

Kepalanya terhentak kuat ke jalan tar yang keras.

Andika memberhentikan kereta. Pintu kereta dibuka. Lututnya terasa goyah melihat Arjuna yang terbaring bersama darah membuak keluar dari mulut. Dia cepat-cepat masuk semula ke dalam kereta lalu beredar pergi.

Arjuna mula merasakan sakit yang azab dibahagian dadanya. Pandangannya mula kabur. Dunia terasa berpusing.

Dia cuba sedaya upaya menggerakkan tubuh cuba bangkit. Didalam kepalanya hanya satu. Anggun. Jika dia tidak sempat sampai nyawa bayi dan nyawa Adrian dalam bahaya.

Bawah abdomennya tidak dapat bergerak. Dia gagal menggerakkan tubuh. Darah mula membuak keluar dari mulut. Arjuna mula terbaring lemah. Air mata mengalir di hujung tubir mata. Matanya sempat tertumpu pada Andika yang berdiri sekejap berhampirannya.

Seluruh tubuhnya mula sakit. Terasa dunianya mula berhenti. Nyawanya terasa bagai direnggut kembali. Memorinya berputar kepada dirinya saat ditolak jatuh oleh Andika. Kini dia menerima nasib yang sama.

Jika dahulu dia sempat diselamatkan. Bagaimana pula dengan hari ini?

Perlahan dia berdoa jika kisahnya terhenti disitu dia ingin sekali menebus dosanya kepada semua orang yang pernah dia sakiti jika sempat. Pada Anggun terutamanya. Langit dipandang lama.

Dia berdoa lagi sekali jika hayatnya masih ada,moga dia dapat melupakan semua kesakitan dalam hidupnya dan memaafkan kesemua orang yang hadir didalam hidupnya.

Kepalanya terasa perit yang dahsyat. Darah mula mengalir keluar dari kepala membasahi lantai bumi.

Perlahan-lahan dia memejamkan mata. Dunia kembali gelap gelita.

-

Love Me Again [Completed] ✅Where stories live. Discover now