AWAL pagi lagi Zafriq sudah terpacak di hadapan rumah ku. Memang rutin harian nya mengambil aku pergi dan balik kerja kerana diamanahkan oleh ibu. Dia sendiri juga volunteer untuk berbuat demikian.
"Macam mana , malam tadi? Lena tak , aku wishkan sweet-sweet" Zafriq tersenyum manis
"Mimpi ngeri" ujarku
"Eleh , suka kan sebenarnya, kena wish" Zafriq membuka pintu penumpang di sebelah pemandu.
"Suka , tapi bukan dari kau" balasku
"Asal kau mean sangat dekat aku ni" terhenti segala perbuatan Zafriq
"Mana ada biasa je" ujarku lagi
Apa yang mean nya?
"Kau benci aku tiba-tiba ni kenapa Dhea? Aku ada buat salah ke?" Ujar Zafriq , dia memusingkan badannya menghadap ku di sisi nya.
"Aik , mana ada aku benci kau Zaf. Kan ni layanan biasa yang aku bagi dekat kau , kalau aku tiba-tiba baik kang , kau cakap aku buang tabiat" ujar ku membalas renungannya
Tiba-tiba air matanya jatuh. "Zaf kenapa? Aku kasar sangat ke. Sorry" aku memohon maaf.
Dia menggeleng. "Sebenarnya ada benda aku nak bagitahu" ujar Zafriq perlahan
"Apa dia?" Tanyaku , berdebar jantung
"Aku-" percakapannya terhenti
Ini kali kedua aku nampak dia nangis. Sekali pasal Maira , kali kedua aku tak tahu kenapa dia nangis sekarang ni.
"Aku apa?" Ujarku
Dia mengangkat wajahnya. "Aku-aku takkan ada kat sisi kau lagi lepasni. No more orang kata kita laki bini sebab-" makin sebak dia
"Sebab apa Zaf! Cakap laaaa!"
"Sebab aku akan pindah keluar dari Malaysia. Parents aku nak aku dekat dengan diorang , perniagaan dekat Malaysia ni my brother handle , your crush" dia tersenyum
Aku tersentak. "My crush? Your brother?" Sekali lagi aku terkejut.
"Yes , Zareef Iskandar abang aku"
"Dia tahu pasal kau."
Aku terdiam terkaku. Dia tu selebriti crush aku. Aku kenal dia pun sebab famous dekat Instagram sebab kekacakan dia menarik minat aku.
Tak sangka , adik dia depan mata aku.
"Terkejut? Sorry tak bagitahu" ujar nya
"Kenapa kau tak stay Malaysia. Kau je satu-satunya kawan yang aku ada Zaf" aku masih minta dia untuk stay
Dia geleng. "Aku tak boleh disobey apa yang parents aku arahkan. Dia nak abang aku pulak handle dekat sini. Aku handle dekat Amerika"
"Jauh nya" ujarku
Aku mula sedih. "Takda la orang nak protect aku lepas ni macam yang kau buat"
"Eip , mestila ada. Aku akan trained abang aku , macam mana cara aku handle kau" ujar Zafriq tersenyum
"Tapi-"
"Eh , kata suka"
"Mana ada" aku malu-malu
"Dhea , masa aku takda nanti. Jaga diri tau , kalau panjang umur, kita berjumpa lagi" ujarnya
"Bila kau pergi?" Tanyaku
"Ermm" dia menunduk
"Bila?" Tanyaku lagi
Jangan la dalam masa terdekat ni. Please
"Esok" jawabnya sepatah.
"Kenapa tak bagitahu awal!" Marahku
YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Romantizm"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...