11

5 1 0
                                    

AKU dimaklumkan bahawa Zareef tidak bekerja hari ini kerana ada hal di Amerika.

Dia balik Amerika selama 4 hari. Mesti dia ada jumpa Zafriq kan? Aku kalau boleh nak jugak jumpa si Zafriq , nak tumbuk muka dia puas-puas!.

Aku melakukan kerjaku seperti biasa. Selama 4 hari itu aku rilek kerana tugas tidak terlalu banyak.

Kalau aku balik berehat pun tiada masalah kerana Zareef tiada. Cuma aku kena atur balik jadual dia yang tergendala lah.

Selepas 4 hari tu , aku dan dia buat lawatan pula

Aku bosan.

Aku turun ke bawah dan membeli coffee. Malas nak buat , coffee dekat office tak sedap.

Aku duduk sebentar di café di hadapan bangunan.

Termenung.

Aku membuka telefon ku.

Ada mesej dari Zareef

Tuan Zareef
>Masuk rumah aku , kemas kan

Amboi ingat aku orang gaji ke?!

Me
>Saya bukan orang gaji awak

>Buat je apa yang aku suruh. Kau takda kerja kan? Nak aku potong gaji kau? Separuh?

>Tak kisah

>Kalau tak , kau tak kerja sana dah. Kerja kau termasuk kemas rumah aku tau. Tu kerja PA

Aku seen saja mesej itu.

Geram la.

Ish!!!!!

Aku pergi ke apartment milik Zareef. Kali ini aku langsung tidak memandang wajah pekerja di lobi utama itu. Malas!

Aku naik ke bilik nya. Pintu dibuka

Mana ada sepah? Nak aku kemas apa?!!!!

Aku mengambil vacuum dan mengemas ruang tamunya. Habuk aku lap

Bilik nya aku tak berani masuk , privasi kan?

Baju-baju kotor yang tidak terbasuh aku cucikan. Sehelai dua helai je baju kotor dia.

Nampak sangat dia lepas pakai terus cuci , rajinnya. Kalau aku peram dulu 2,3 hari , baru cuci sebab macam bazir pencuci je kalau cuci sikit-sikit. Kan?

Takdala kotor mana rumah dia!!

Ada lagi mesej masuk

Tuan Zareef
>Basuh baju aku elok-elok

Mataku terbuntang. Mana dia tahu?!!!!!

Me
>Rumah awak ni ada CCTV ke?

>Mestila

Terdiam aku. Mesti dia tengok aku menari kecil tadi. Aku kalau nak mengemas kena pasang lagu. Barula syok!

Biarlah dia

Aku terus menjemur baju-baju tadi.

Aku pergi ke dapur pula

ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now