AKU juga menceritakan perkara itu kepada ibu.
"Allahuakbar"
"Patut la Zafriq lain. Dia tak macam Zafriq yang ibu kenal" ujar ibu mengurut dadanya
"Sebab itula Dhea nak bawa dia jumpa dengan ustaz Firdaus dalam masa seminggu ni"
"Macam mana?" Ujar ibu
"Itula Dhea buntu sangat" ujarku
"Dhea rehat la juga. Jangan stress stress"
Aku angguk dan ingin bangkit menuju ke bilik , ingin mandi.
"Assalamualaikum" satu salam diberi
"Walaikumsalam" jawabku dan ibu
Aku melangkah ke pintu masuk.
"Kau nak apa lagi?!" Marahku
"Dhea , apa marah-marah ni. Siapa tu?" Tanya ibu turut ke pintu masuk.
"Zareef?" Ujar ibu
"Maafkan Zafriq makcik. Zareef tak bertanggungjawab atas apa yang Zareef buat dekat Dhea. Tapi Zareef datang ni nak jelaskan apa yang berlaku masa tu dekat makcik" ujar Zareef
Ibu berdiri kaku disitu , jelas kelihatan riak marah di wajahnya. Sungguh.
"Makcik , masatu Zareef kena drugs dengan Maira. Maira dalang semua ni. Maira ajak Zareef jumpa , kata nak bincang pasal Zafriq. Rupa-rupanya dia letak dadah dalam minuman Zareef. Zareef hilang kawalan sebab dadah tu buatkan Zareef terangsang dan tak dapat kawal diri. Maira hantar Zareef depan bilik Dhea tanpa pengetahuan Zareef"
"Zareef ingatkan tu bilik Zareef. Rupa-rupanya tu bilik Dhea. Zareef lelaki biasa , Zareef tak mampu nak kawal diri Zareef. Zareef buat kesilapan yang paling besar malam tu"
"Pagi tu Zareef buntu , Zareef takut. Zareef tak tahu nak buat apa. Zareef bodoh , buat macam tu. Even Zareef tak boleh maafkan diri Zareef sendiri"
"Masatu Zafriq marah sangat , dia hampir nak bunuh abang dia sendiri sebab dia sayangkan Dhea sangat-sangat"
"Dan Dhea , maafkan aku" pinta Zareef lagi
Jujur aku dapat lihat keikhlasan di wajahnya.
Kalau ikutkan dalam cerita ni , dia tak bersalah. Tapi dia bersalah sebab dia tinggalkan aku macam tu saja , tanpa bertanggungjawab!
"And ada satu lagi Zareef nak tunjuk"
Zareef menyeluk poketnya dan menghulurkan benda kepadaku.
"Zareef jumpa masa selongkar rumah Zafriq"
Gambar ku bersama darah-darah. Ada paku yang berkarat dan helaian rambut dibungkuk di dalam kain merah.
"Berani nya kau ambik" ujarku
"Buat apa nak takut. Benda tu syirik. Dhea , something gonna happened to you. Be careful" pesan Zareef
"Siapa yang buat semua ni ibu?" Tanya ku terkejut
"Astaghfirullahaladzim , sanggup diorang buat macam ni" dada ibu urut. Sangat terkejut
"Call Firdaus sekarang" arah ibu
Aku terus membuat panggilan. Laju sahaja Ustaz Firdaus mengangkat call itu.
Zareef masih lagi disitu. Ustaz Firdaus tiba tidak lama kemudian. Dia meminta benda itu.
Aku memberi kepadanya.
"Benda ni dah lama tapi kuat" ujar Firdaus
"Ha? Maksud awak?"
"Dia betul-betul nak Dhea mati"
Apahal nak ambik kerja Allah?
"Apa salah Dhea erk" ujarku
"Dhea kena kuatkan semangat. Kalau Dhea lemah , senang benda tu nak mengawal Dhea" pesan Ustaz itu
"Ini siapa?" Tanya Ustaz itu melihat Zareef
Zareef tersenyum. "Aku Zareef , abang ipar Dhea. Aku la yang jumpa benda tu dalam rumah adik aku" ujar Zareef
"Balik ni, mandi terus. Solat, baca ayat kursi untuk lindung diri" pesan Firdaus kepada Zareef
Zareef angguk. "Benda tu ikut aku ke?" Tanya Zareef
Firdaus hanya merenung Zareef lama kemudian geleng
"Macam ye je" ujar Zareef mendekati Firdaus
Pucat wajahnya. Kemain kata tak takut tadi , ceh!
"Tak. Kau punya aura kuat , so dia tak berani dekat dengan kau" ujar Firdaus
"Betul ke ni?"
Firdaus angguk.
"Okay then"
"Kalau macam tu , saya balik dulu la semua" Firdaus meminta diri untuk pulang.
Zareef juga turut meminta diri untuk pulang.
Benda berkain merah itu dibawa Firdaus untuk membuang nya. Katanya.
"Makin mencabar la" ujarku
"Sabar tau Dhea , semua ujian ni dari Allah"
Aku angguk faham.
Aku bangun meminta diri untuk mandi dan solat.
•••
Setelah selesai solat , aku duduk bersimpuh di atas sejadah itu.
Zafriq.
Macam mana keadaan kau sekarang. Tinggal lagi 3 hari , peluang kau bagi kat aku.
Macam mana aku nak dapatkan kau balik dalam masa 3 hari Zafriq.
Allah.
"Ya allah bantulah aku ya allah. Tiada yang berkuasa selain engkau yang maha berkuasa ke atas semua makhluk"
Malam itu agak sunyi dan hanya cengkerik yang berbunyi. Selepas kerasukan hari itu. Ada gangguan yang aku terima tetapi tidak teruk.
Aku takut dan mulai dari hari tu , aku tidur bersama ibu.
Pintu dibuka dari luar.
"Dah habis solat isya'?" Tanya ibu
Aku angguk. "Jom makan" ajak ibu
Telekung aku buka dan mengikut ibu ke ruang makan.
Hanya berdua , beginila kehidupan kami selepas perginya ayah. Rindu , betul-betul rindu.
"Dhea , jangan fikirkan sangat tau. Jangan stress-stress" pesan ibu
"3 hari je lagi bu. Ibu rasa Dhea ada peluang lagi ke? Salah dia kan , nak tak nak tanggung jugak" ujar ku sedih
Sendiri nak sangat kena cerai , padan muka kau Dhea.
Menjanda la kau lepasni
"Eh apa cakap macam tu. Semua yang jadi , ada hikmah dia Dhea. Mungkin Allah nak bagi yang lagi baik untuk Dhea. Kita tak tahu" pujuk ibu
"Dhea sebenarnya penat nak berlawan. Perasaan Zafriq dah berubah terhadap Dhea. Macam mana nak ubah balik perasaan tu?"
"Ibu percaya sangat-sangat Zafriq bukan macam tu orangnya. Dia masih sayangkan anak ibu ni. Percayalah , keajaiban tu akan berlaku. Minta pada Allah dan ingat jadikan hanya Allah sebagai tempat pergantungan"
Aku tersenyum. Ibu pandai memujuk aku dan menenangkan hati aku.
Aku betul-betul tak tahu nak buat apa dan aku ke arah 'apa nak jadi , jadi la'
Hmmm
YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Romance"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...