21

8 1 0
                                    

AKU sudah boleh melakukan aktiviti harian ku seperti biasa. Pantang ku sudah habis.

Layanan ku terhadap Zafriq biasa saja , tidak suka dan tidak suka. Layanannya terhadap ku masih tidak berubah , masih sama. Lembut dan tidak marah.

Aku tak faham sebenarnya Zafriq ni. Susah nak ditafsir.

Hari itu aku keluar ke shopping mall berdekatan kerana bosan di rumah. Zafriq? Dia tak tahu , aku keluar macam tu je.

Handphone ku berbunyi nyaring. Ish! Ganggu je la.

'Zafriq>'

"Hmm" ujarku

"Pergi mana?!" Nada nya keras di dalam talian. Barangkali dia marah

"Jalan-jalan"

"Kenapa tak inform aku Dhea? Aku suami kau , aku risau. Kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana!" Aku tahu dia marah

"Lupa"

"Kau kat mana , aku on the way" ujarnya

"Eh tak payah , aku tahu balik and pergi sendiri" halangku

"No! No objection. Nevermind i already know where are you"

Panggilan terus dimatikan.

"Ughhhh!" Aku merengus kasar

Mengongkong!

Tak lama , muncul dia berkemeja hitam dan cermin mata hitamnya masih setia di hidungnya.

Aku tahu mata orang sekeliling melihat Zafriq.

"Nak pergi mana , aku teman" ujarnya

",Balik" hilang mood

"Dhea" ujarnya

"Apa"

"Kenapa layan aku macam ni?" Tanyanya

"What?"

"Beku dengan aku , ignore aku , tak kisah pasal aku. Why?"

"Bukan ke kau tak kisah? Kita khawin macam tu je kan? Kau hal kau , aku hal aku. So what?" Tanyaku

Kenapa nak cakap pasal tu sekarang?

"Kau nak cerai?" Tiba-tiba dia bertanya

Aku memandangnya. Dia dah bersedia nak ceraikan aku ke?

"Are you sure Dhea Safira?" Sekali lagi soalan itu dia tanya

Tak tahu kenapa aku susah sangat nak jawab 'YA'

"Nah you are not!" Teka nya

"I will not" ujar nya lagi

"Dhea , aku nak confess something" ujarnya

Aku berdebar , apa Zafriq ni.

"Aku rasa , aku dah slowly fall in love"

"Dekat perempuan ni"

"Okay? And then?" Aku malas mendengar , dia kan memang playboy dari dulu. Tak hairan

"Nama dia Dhea Safira , which is my own wife" ujarnya

Laju kepala ku , aku pusing memandang Zafriq. Bersinar-sinar matanya memandangku.

"Aku tahu , kau takda rasa kat aku. Tapi aku , yes aku cintakan kau Dhea"

"Aku keliru dengan perasaan aku selama ni , rupa-rupanya , aku cintakan kau , isteri aku sendiri"

"Kau tak perlu nak risau. Aku akan cuba lepaskan kau dengan hati yang terbuka. Aku akan cuba walaupun susah nak lepaskan orang yang kita cinta".

"Tapi demi kebaikan kau dan aku , aku akan cuba walaupun benda tu berat"

"Berat sebab aku dah mula sayangkan kau. Aku minta maaf sebab cintakan kau Dhea"

"Tapi , bagi aku masa untuk cuba. Bukan senang"

Dia berdiri , "jom , makan aiskrim" ajaknya

Tak tahu apa yang berlaku , aku turuti sahaja..

Mungkin aku happy akhirnya dia nak lepaskan aku? Mungkin?

Aku hanya mengikuti saja kemana Zafriq pergi. Aku masih kaku dan buntu , dengan apa yang Zafriq katakan tadi.

Dia cintakan aku? Apa motif Zafriq ni sebenarnya?

•••

MALAM itu Zafriq langsung tiada menegur ku. Melihat ku apatah lagi.

Dia seolah-olah mengelak dariku. Baguslah tu , mungkin dia cuba untuk buang perasaan dia terhadap aku.

Aku buat tak tahu dan menjalan aktiviti harian ku seperti biasa. Aku dan Zafriq seperti orang asing yang tinggal serumah.

Langsung tidak bertegur sapa.

Makan pun dia jarang makan di rumah. Kadang-kadang aku masak untuk aku saja.

Dia langsung tidak makan di rumah.

Dan dia balik kerja pada lewat malam dan turun pada awal pagi. Tak mengantuk kah dia?

Kadang-kadang pelik jugak rasanya , bila Zafriq bersikap seperti itu. Jujur aku berkata , aneh perasan bila Zafriq bersikap begitu.

Aku duduk di beranda merenung langit malam. Bertaburan bintang di langit juga turut merenung aku. Mesti mereka kasihan kepadaku dengan nasib yang malang.

"Bintang , tak penat ke bersinar tapi yang orang selalu puji ialah bulan"

Aku berdiri di beranda itu lama. Angin sepoi-sepoi menyapa pipiku lembut. Best udara malam ni. Tenang dan selesa

Rasanya tak hujan malam ni , tapi sejuk.

ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now