SUDAH beberapa minggu aku pulang dari hospital. Namun aku masih dalam pantang.
Aku berada di rumah ibu kerana ibu ingin menjagaku. Zafriq juga tidur disini kerana tidak mahu berjauhan dariku.
Ceh. Acah.
"Dhea rasa macam mana hari ni? Okay?" Tanya ibu
Aku angguk. Jujur keguguran itu sangat sakit. SANGAT.
"Ibu , ibu rasa patut tak Dhea berpisah je dengan Zafriq?" Tanyaku
"Eh , apa dia cakap ni? Dhea ada masalah dengan Zafriq?" Tanya ibu
Aku angguk. "Banyak bu , banyak halangan hubungan kami berdua ni. Tak direstui"
"Dhea , Zafriq tu ibu tengok ikhlas nak jaga Dhea"
"Ibu , kalau Dhea tanya ni , ibu jangan marah or terasa tau" ujarku
"Tanya je"
"Apa hubungan Ibu dengan Papa si Zafriq?" tanyaku
Riak wajah ibu terus bertukar. "Dhea ada salah cakap ke? Sorry ibu" aku laju meminta maaf
Ibu geleng. "Takdela"
"Okay la ibu cerita. Jangan terkejut pulak tau. Ibu dengan Papa si Zafriq tu kawan baik , sebab tu dia rapat dengan arwah ayah kamu. Raapaat sangat kami berkawan dulu. And sampai satu masa Papa Zafriq ni luah perasaan dia pada Ibu , ibu tak suka dia masatu , kami bestfriend kan? Takkan la nak suka each other , ibu LANGSUNG takda perasaan kat dia tau , just suka sebatas kawan je"
"Lepastu , ibu nampak, Papa Zafriq tu makin hari makin baik , segak dan handsome. Ibu tak tahu apa masalah mata ibu ni masatu , kalau ingat balik , jadi geli!. Lepastu ibu terima la Papa Zafriq ni jadi boyfriend. And tak lama kitaorang bercinta , Papa Zafriq terpaksa pindah. Ibu dapat tahu dia dah khawin dengan pilihan keluarga dia sendiri. Ibu sedihlah dan dia ada hantar surat yang mengatakan dia masih sukakan ibu"
"Sekarang tak dah. Tu semua cerita lama , lepas ibu dapat tahu yang Papa Zafriq tu dah khawin , ibu undur diri dan bertemu laki terpaling Handsome and kacak ibu pernah jumpa. Kacak dari papa Zafriq. Ayah kamu la , dia memang caring , selalu jadi hero , ayah kamu cintakan ibu , sayangkan ibu hingga akhir hayat dia.".
"Dan ibu pun terkejut yang ayah kamu ni berkawan rapat jugak dengan Papa si Zafriq. Masa kami jumpa balik tu , ibu rasa menyesal sebab pernah bercinta dengan papa di Zafriq dulu. Haihh , biasala remaja kan"
"Itula ceritanya"
Aku ternganga mendengar cerita itu. Seriously?!
Patut la Mama Zafriq bencikan aku sangat. Sebab ni? Faham.
"Ada apa-apa lagi yang Dhea nak tanya?",
Aku geleng. "Thanks cerita. Best la cerita ibu ni"
"Hmm , sebenarnya ibu nak simpan jadi rahsia. Tak boleh pulak , terpaksa cerita. Takpela , Dhea pun dah besar , kena tahu jugak."
Aku angguk. "Takkan la ibu nak sorok sampai bila-bila kan?"
"Tapi ingat tau , ibu bukan perampas. Cinta ibu hanya untuk arwah ayah Dhea sampai akhir hayat ibu"
Aku terus memeluk ibu. Sungguh rindu dengan sosok seorang ayah.
"Dhea rehat lah dulu. Ibu nak kemas dapur" ujar ibu bangkit
Aku hanya termenung merenung pintu bilikku yang ditutup ibu perlahan.
Hidup aku berubah 100% disebabkan tindakan Zareef Iskandar. Kenapa la malang sungguh nasib Dhea Safira ni.
Kenapa?
Kalau diberi pilihan , aku taknak jadi Dhea Safira.
Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Muncul wajah Zafriq.
"Hai. How are you?" Tanya Zafriq lembut
Aku hanya diam membatu. Aku masih bersikap dingin terhadap Zafriq. Aku layan dia acuh tak acuh.
Dia? Tetap lembut melayani aku. Dia ni tak makan saman kan? Aku tak suka , tak suka la. Tak faham ke?!
Zafriq cuba meraih tanganku. Aku tepis kasar. "dhea" panggilnya
"Kenapa kau tiba-tiba macam ni? Apa salah aku? Cuba bagitahu" lembut dia bertanya
Aku diam.
"Dhea , macam mana aku nak tahu salah aku kalau kau diamkan diri? Aku bukan bomoh boleh baca fikiran kau"
"And aku bukan patung kau buat macam ni Zafriq! Kau ada perempuan lain dalam hati kau , kenapa masih simpan aku? Untuk apa? Mainan kau?! Aku pun takda perasaan dekat kau, kau tak faham lagi ke Zafriq!" Aku terus menghambur segala kemarahan ku
Zafriq tersentak mendengar itu.
"Langsung sikit pun takda ke Dhea?" Tanyanya
Tubir mata nya sedikit berair.
"Ya , aku nak kita sebatas kawan baik je Zafriq! Hubungan kita ni tak memberi apa-apa makna or kebaikan pun. Yang dapat bencana je. Aku tak sanggup Zafriq" aku bersuara lemah
Sudah hampir 8 bulan aku menjadi isteri kepada Zafriq , bukan semudah yang dikira.
Bermacam-macam ugutan aku terima dan mereka sudah berani menyentuh ku. Kita tak boleh jangka apa yang akan terjadi lepasni.
"Aku-"
"Apa? Tak boleh ceraikan aku? Kenapa Zafriq?! Kau lepaskan je la aku. Khawin dengan Maira tu , Mama kau mesti suka! Aku ni kan sund-"
Terus bibirku dikucup Zafriq laju.
Aku menolaknya jauhh.
"Apa kau ni!!!" Marahku
"Jangan cakap macam tu Dhea. You are NOT!" Tinggi suara Zafriq
"Yes i am. Even your own mother say that to me"
"Ignore their words. You are mine and forever mine!" Tegas dia berkata
Aku menghembus nafas berat. Zafriq ni apa sebenarnya? Kenapa dia taknak lepaskan aku?!! Aku dengan dia sama-sama takda rasa suka.
Apa dia nak?

YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Romance"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...