24

10 1 0
                                    

"Dhea"

"Dhea"

"Dhea"

Sesuatu membangunkan aku dari tidur.

Aku terbangun di tengah malam.

"Dhea"

Ada yang memanggilku , suaranya seakan-akan berbisik. Aku melihat pintu beranda ku. Sudah terbuka luas.

Siapa yang buka?

"Dhea"

Suara itu lagi

Aku melihat sekeliling.

Ada satu sosok berdiri di beranda ku , bongkok.

Berambut panjang dan wajahnya tidak kelihatan.

Sosok itu perlahan-lahan mendekati aku. Aku kaku , tidak bisa lari.

"Dhea. HAHAHAHHAHAHAHA"

Sosok itu ketawa nyaring.

Ibu

Ibu

Ibu

Panggilku dalam hati.

Perlahan-lahan wajah nya kelihatan. Buruk.

Berbau busuk dan kukunya hitam panjang.

Tangannya naik mencekik aku , kukunya menembus masuk ke kulit ku. Sakit.

Aku tak boleh bernafas dan berbicara.

"Mampus kau!" Ujarnya ketawa

Aku mencuba melepaskan tangan itu dari mencekikku, tidak bisa.

Aku kehabisan nafas dan gelap.

•••

TUBUH Dhea ditahan oleh beberapa orang.

Mata Dhea bertukar hitam sehitam hitamnya. Suara juga berubah kasar.

Seperti ada makhluk lain yang mengawal tubuhnya.

Bacaan ayat al Quran tidak henti-henti dari Ustaz Firdaus. Cuba mengeluarkan sosok jahat itu dari tubuh Dhea

"Dhea , bertahan nak" ibu sudah menangis

Pandangan mata Dhea yang seram itu menikam semua wajah yang ada disitu.

"Kau takkan dapat nak keluarkan aku dari tubuh dia ni! Aku nak dia mati!!"

Makhluk itu ketawa seram.

Namun itu tidak mengganggu Ustaz itu. Ayat masih dibaca.

Langsung tiada reaksi dari Dhea. Hanya ketawa saja yang ada.

Ustaz itu berhenti.

Ada satu ayat yang dia bacakan , semena-mena tubuh Dhea melambung tinggi.

"Arghhhhhhhhh!!!" Makhluk itu menjerit nyaring

"Berhenti!!!!"

Bacaan diteruskan.

"Masih tidak mahu keluar?" Tanya Ustaz itu

Ketawa. "tak mungkin!"

"Handsome jugak kau ni" hantu itu sempat memuji ustaz itu

"Diam!" Marah Ustaz itu

Bacaan ayat itu Ustaz itu sambung.

Menjerit kesakitan makhluk itu dan tup!

Lampu terpadam. Sangat kuat jin itu.

"Semua bersabar"

Orang-orang yang ada sudah mula takut.

Ayat diteruskan lagi. Makin menjerit besarr makhluk itu.

Dan tiba-tiba , Dhea mencekik Puan Shifa.

"Dhea!"

"Aku bukan Dhea!!!!!" Marah makhluk itu

Tangannya dilepaskan apabila satu ayat dibaca ustaz itu.

Elektrik kembali ada dan tubuh Dhea terbaring lemah di tengah-tengah itu.

"Alhamdulillah selesai" ujar Ustaz itu

Puan Shifa menghampiri anaknya yang lemah itu.

"Dhea , Dhea" panggil nya

•••

TUBUHKU lemah.

Aku mendengar suara-suara yang memanggilku.

Mata ku , aku buka perlahan.

"Dhea okay?" Tanya ibu

Aku minta air.

"Dhea ada musuh ke?" Tanya ustaz itu tiba-tiba

Aku geleng. "Kenapa?" Tanya ibu

"Saya yakin , makhluk tu orang hantar kepada Dhea. Kalau tak dirawat tadi mungkin akan jadi lebih teruk" ujar Ustaz itu

"Siapa orang nya?" Tanya ibu

"Saya tak boleh bagitahu. Tapi lepasni , kalau terjadi lagi , cepat-cepat panggil saya" ujar Ustaz itu

"Jangan tinggal solat , amalkan al Quran. Kalau boleh , buat masani jangan tidur seorang diri dulu" ujar Ustaz itu

Aku angguk. Siapa la yang hantar benda tu dekat aku. Sakit tahu tak?!

"Air ni saya dah bacakan. Dhea perlu minum setiap kali berdebar atau takut. Minum je"

Ustaz itu tersenyum ke arahku.

"Saya dah pagar Dhea. So makhluk tu tak dapat kacau Dhea lagi. So jangan risau , tapi dia masih ganggu-ganggu la. Sikit"

"Sebab dia berdendam dengan Dhea."

"Dia dendam dengan saya? Atas sebab apa?" Tanyaku

"Itu hanya Allah yang tahu" ujar Ustaz itu

"Kalau macam tu , izinkan saya pergi. Jangan lupa apa yang saya pesan tau Dhea dan Puan-"

"shifa" ujar ibu

"Ha Puan Shifa "

"Okay , terima kasih banyak-banyak ustaz"

"Sama-sama. Assalamualaikum"

"Walaikumsalam" jawab ku dan ibu

"Dhea , tidur dengan ibu. Jangan tidur seorang-seorang dah lepasni" pesan ibu

Aku angguk. Jujur badan ku sakit dan susah nak bergerak.

Ya! Aku baru sahaja kena rasuk.

Benda tu rasuk aku. Sosok tua yang aku nampak tadi.

Aku tak tahu kenapa benda tu berdendam sangat dengan aku. Walhal aku takda pun kacau benda or apa ke.

Takda langsung.




ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now