7

9 1 0
                                    

ZAREEF tampak lemah di sisi tempat penumpang.

Aku terus memapah nya masuk ke apartment itu. Penyambut tetamu di kaunter memandang aku pelik.

"Tuan Zareef?" Tanyanya

"Err ye , dia sakit perut" ujarku

"Betul ke Tuan Zareef?"

Mereka seperti ragu-ragu dengan aku. Aduh , takda nya aku ni nak merompak.

Zareef mengangguk lemah. "Cepat bawa aku Dhea" ujar Zareef

Aku terus membawanya masuk ke dalam lift.

"Tingkat mana ni?" Aku bingung

"13"

Butang 13 aku tekan.

Tidak lama selepas itu , pintu lift terbuka

Aku terus membawa Zareef keluar dari lift. "Mana ni Tuan?" Tanyaku lagi

"Number 13-5"

Lah?! Depan mata je?

Zareef mengeluarkan Kad dan mengimbasnya. Pintu rumah nya terbuka luas.

Aku terus memapahnya masuk.

"Bukak laci dekat dapur , ada ubat aku. Tolong ambilkan" ujar Zareef

Laju aku pergi dan mengambilnya.

Ubat itu aku hulur.

Tidak lama selepas itu dia mula relax. "Tuan dah okay?" Tanyaku

"Kalau dekat luar kau tak perlu panggil aku Tuan" ujarnya lemah

"Okay Za-Zareef" susah kerana aku tak terbiasa.

"Kalau macam tu boleh saya balik Tuan? Eh Zareef" aku tersengih

"Guna apa?" Laju Zareef mengangkat kepalanya

"Teksi? Or maybe Grab or Maxim?" Ujarku

Anything je , asalkan aku boleh balik.

"No , jom aku hantar" ujarnya

Kunci kereta dia ambil. "Ehhh tak payah Zareef. Saya boleh balik sendiri , awak sakit lagi tu"

Buatnya masa dia balik dari hantar aku , sakit dia menyerang semula. Accident? Eee syeram.

"Takpa , aku okay dah" ujarnya masih berkeras

"Takpaaa!!" Aku mula meninggikan suara

"Okay , tapi"

Dia mula membuat panggilan. "Datang sini kat apartment aku" ujarnya

"Just wait , maybe dalam 5 minutes" ujar Zareef lagi

Muka dia merah habis , nampak kan dia sakit? Tapi dia degil , cehh.

Tidak lama selepas itu , ada seorang lelaki berpakaian hitam lengkap berdiri di hadapan rumah.

"Ye Tuan?" Ujarnya

"Hantar dia ni balik. Make sure selamat sampai! Kalau tak , kau tahu la nasib kau. You know me well" ujar Zareef bernada serious

Aduh.

Lelaki itu angguk dan mengajakku.

Aku duduk di bahagian belakang. Dah lelaki ni bukak pintu belakang. Takkan aku beria nak duduk seat tepi pemandu. Malu la

Sepanjang perjalanan hanya diiringi bunyi radio. Itu sahaja.

Dia betul-betul park di hadapan rumahku , terus laju dia keluar dan bukakan aku pintu.

ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now