19

8 1 0
                                    

PUAN SHIFA terus berlari ke arah Zafriq yang duduk di kerusi menunggu itu.

Zon merah.

"Apa jadi dekat Dhea?" Tanya Puan Shifa gelisah

"Dia bleeding" ujar Zafriq. Wajah nya sudah memerah kerana menangis

"Ini salah Zafriq ibu , maafkan Zafriq" Zafriq terus menangis

"Ha? Maksud Zafriq apa?" Tanya Puan Shifa

"Zafriq tak sempat elak Mama. Zafriq minta maaf" rayu nya

"Zafriq cuba istighfar , jelaskan dekat ibu. Apa sebenarnya yang terjadi" pinta ibu dengan tenang

Zafriq pun menceritakan apa yang berlaku kepada Dhea.

"Allahuakbar" Puan Shifa terduduk lemah di kerusi menunggu itu

"Sampai macam tu sekali dia buat dekat Dhea?"

"Maafkan Zafriq"

"Zafriq tak salah. Yang salah Mama Zafriq. Dah , kita kena kuat demi Dhea. Janganla nangis-nangis macam ni"

Zafriq angguk. Air mata dia seka.

Lama juga Zafriq dan Puan Shifa di luar bilik itu.

Laju Zafriq berdiri dan menghampiri doktor yang baru sahaja keluar dari bilik itu.

"Macam mana dengan isteri saya?" Tanya Zafriq

"Macam mana dengan anak saya. Dhea"

"Saya harap Puan dan Encik bersabar ya"

"Sebelum tu , kami nak memohon maaf sebab"

Terhenti kata-kata dari Doktor itu.

"Kenapa Doktor?"

"Apa jadi dekat isteri saya?!"

"Anak dalam kandungan puan Dhea , kami tak dapat selamatkan dan Puan Dhea sudah sedarkan diri"

"Maafkan kami dan mohon undur diri"

Zafriq terus menerpa masuk ke dalam bilik dimana Dhea berada.

Kelihatan Dhea merenung siling hospital itu.

"Dhea , ibu datang ni" ujar Puan Shifa

Dhea memusingkan wajahnya. Matanya mula mengeluarkan air jernih.

"Ibu , baby Dhea" tangisnya. Pelukan Puan Shifa eratkan.

Zafriq hanya memandang sayu. "Dhea , aku minta maaf" ujar Zafriq

"Bukan salah kau" ujar Dhea

"Salah aku sendiri sebab aku nak sangat aku tak mengandung. So ini la kot balasan dia. Aku rasa kosong and bersalah sebab aku bodoh , kenapa aku cakap macam tu"

"Dhea , jangan salahkan diri sendiri. Ini semua takdir Allah , takda siapa boleh ubah atau atur" nasihat ibu

"Tapi Dhea tak sempat lagi tengok baby tu" Dhea menangis lagi

"Dhea , ada sebab Allah turunkan ujian ni pada Dhea"

"Dhea , sabar tau" Zafriq datang memeluk Dhea erat

"Aku pun sedih sebab baby tu kita tak sempat nak besarkan sama-sama. Aku tak sempat nak jadi bapak" air mata Dhea dia seka.

•••

AIR mata aku dia seka

Aku merenung anak mata Zafriq dalam.

"Ibu keluar kejap , nak beli roti or makanan. Nanti ibu datang balik"

Ibu menapak keluar dari bilik hospital itu.

"Zafriq"panggilku

"Aku rasa masa ni la yang sesuai untuk aku dengan kau berpisah"

"Dhea-" Zafriq ingin memotong percakapanku

"We are not meant to be" sambungku

"Family kau tak suka aku , even mama kau sendiri nak bunuh aku. Syukur alhamdulillah aku selamat , tapi baby aku tak. Macam mana aku nak bertahan Zafriq?!"

"Lama-kelamaan dia dengan Maira akan cari jalan jugak untuk bunuh aku yang lemah ni"

"So , jalan senang. Kita berpisah. Kita bukan untuk each other" ujarku perlahan

"Dhea , sekarang ni bukan masa untuk cakap pasal tu. Aku taknak dengar , benda tu buatkan aku sakit"

"Aku taknak dengar perkataan 'berpisah' tu dari mulut kau"

"Please don't say that"

"Why can't i?" Balas ku

",Kau nak aku mati ke Zafriq? Mama kau dah berani bunuh anak aku yang BELUM LAHIR lagi kat dunia ni!"

"Dhea!aku dah cakap , aku takkan lepaskan kau kan?!"

"I will never" ulang nya

"Kau suka kan siksa aku"

"Lepas kau tinggalkan aku beberapa tahun , kau buat aku macam ni"

"Kau suka betul tengok aku tersiksa , kau ada agenda lain ke khawin dengan aku Zafriq?"

"Dhea , jangan fikir yang bukan-bukan please. Emosi kau tak stabil ni , that's why aku tak nak kau cakap pasal tu sekarang" ujarnya

Aku geleng. "Aku nak cerai" aku nekad

Dia menghembus nafas berat. "Aku tak boleh Dhea , aku dah janji dekat mak kau , aku akan bertanggungjawab"

"Semua dah selesai kan? Anak tu pun dah kena bunuh dengan mama kau , so what?" Ujarku

Jujur aku marah campur sedih pasal kandungan ku.

"Dah , jangan cakap pasal tu lagi. Listen to your husband please" rayunya

Aku hanya mendiamkan diri.

Susah nak suruh dia ni lepaskan aku. Keras macam batu. Dia tetap dengan pendirian dia.

Aku memejamkan mata , cuba untuk tidur.

ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now