SUASANA rumahku sungguh meriah.
Ya! Aku dan Zafriq melangsungkan majlis persandingan. Ramai tetamu yang datang dan sungguh rasa macam baru khawin. Best!
"Selamat pengantin lama!" Ucap Zareef
"Thank you!" Ujar ku
Ada Papa dan Mama juga duduk di meja makan dan ibu bersama makcik-makcik jiran ku.
Kemain muka diorang membawang.
"Tak lapar ke?" Tanya Zafriq
"Uish lapar" ujarku
Kami berdua terus berdiri dan bergerak ke meja makan.
•••
MALAM itu. Aku berdiri di luar beranda kerana angin malam memang segar.
Tiba-tiba tubuhku dipeluk dari belakang. Dagunya di bahuku.
"Tak sejuk ke awak" ujar Zafriq
Aku geleng. "Best je"
"Awak , awak tak rancang nak ada anak ke?" Ujar Zafriq
"Gila. Tak payah cakap pasal tu" ujarku
"Aik , kita dah khawin kan? Halal dah. Kita kenala merancang" ujar Zafriq lagi
"Ye ye" aku malas menyambung perkara itu
"Kalau saya kan , saya nak 3 orang anak lelaki 3 perempuan. So total 6 orang" ujar Zafriq
"Amboi , macam order makanan? Ingat saya ni mesin?"
"Tak , saya anggap awak bidadari saya. Dunia akhirat saya , everything!" Dia tergelak kecil
"Tengok bulan tu , cantik" ujarku
Cantik bulan malam ni , bulan penuh.
"Cantik" ujarnya
Aku melihatnya. Matanya melekap ke arahku.
"Macam awak" ujarnya lagi.
"Bulan tu awak , saya bintang. Kita sama-sama takda masa siang. So kita ada time malam je , maksudnya , saya pun tak tahu apa maksud ayat saya"
Aku tergelak. Dia merapu malam-malam macam ni.
"Sayang , masuk jom. Sejuk la kat luar ni , nanti masuk angin." Ujar Zafriq menarikku masuk.
Belum sempat aku mengiyakan atau menidakkannya.
"Jom"
•••
BUNYI alarm mengganggu tidurku. Ergh
Aku menggeliat kecil. Kelihatan Zafriq disisiku masih tidur. Lena..
"Zafriq" panggil ku
"Emmm" .
"Bangunla subuh", ujarku
"Penat la" matanya masih terpejam rapat
"Penat apa nya , bangun la. Subuh , kang terlepas ha" ujarku
"Penat la , kita push rank semalam" ujar nya tersenyum tetapi mata masih terpejam
YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Romance"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...