3

11 1 0
                                    

PAGI itu aku menemani Zafriq.

Dia sudah membawa luggage nya. Banyakk. Ye la kan , dia kan nak duduk sana terus. Hmmm , sedih rasa.

"Aku amanahkan Leo dekat kau. Jaga dia elok-elok tau , kalau rindu aku , tengok Leo" dia memberi sangkar bersama barangan kucing kepadaku.

Leo , kucing milik Zafriq.

"Ada masa aku jenguk Leo" ujar Zafriq lagi

"Jenguk aku , tak ke?" Ujar aku lagi

Dia geleng. "Jenguk Leo je" balasnya tersengih

Aku membuat muka sedih. "Alaaa , jenguk kau jugakla. Apa la kau ni , kau buat aku risau nak tinggalkan kau ni. Jangan selalu merajuk tau" pesan Zafriq

"Jangan la pergi kalau macam tu" ujarku

Mana la tahu kan.

"Dhea , aku pergi sebab kerja. Ingat tu"

"Sedihh la Zafriq , nak peluk tapi tak boleh" ujar ku

"Khawin jom , sekarang. Boleh la kau ikut aku pergi Amerika" dia mengenyitkan matanya

"Tchh , taknak."

Dia tergelak. "Agak-agak bila kau balik sini lagi?" Ujar ku

"Dalam 1 tahun kemudian. Maybe? Tak sure. Kalau aku nak datang nanti aku roger-roger" ujarnya

"Jangan pula kau jumpa minah saleh , kau terus lupa aku kat sini Zaf"

"Eh mestilah tak. Nama kau sentiasa dalam hati dan ingatan aku" ujar Zafriq bernada sajak

Tiba-tiba pengunguman dibuat.

"Dhea Safira Binti Firdaus , jaga diri. Aku nak pergi ni. Take care , bye sayang. Muahhh. Love you!" Dia terus mengheret troli nya laju.

Aku tergelak kecil , jatuh juga la air mata aku ni. Sedih la , lepasni takda teman dah. Hmmm.

"Dhea aku lupa. Nahh" Zafriq kembali semula bersama satu beg kertas dia hulur dan berlari semula.

Aku kaku disitu. apa dalam tu.

Hilang saja kelibat Zafriq aku terus pulang ke rumah.

•••

BEG kertas itu aku buka.

Ada satu kotak , kad dan satu lagi kotak.

Aku buka kotak itu. Ada rantai silver , di tengah nya ada corak hati tapi cuma separuh , berinitial 'Z'. Mungkin 'Zafriq'

Satu lagi kotak aku buka , terdapat gambar-gambar aku dan juga gambar Zafriq.

Ini gambar aku dia ambil senyap-senyap. Muka aku nangis , muka aku marah , muka aku makan.

Semua dia ambil.

Aku tersenyum melihat kotak-kotak itu. Gambar kami masa darjah 5 pun masih ada dia simpan. Hmmm.

Kad aku buka.

For Dhea Safira my Bestfriend,
Ni aku sendiri tulis eh , jangan hina tulisan aku. Aku tahu kau tengah judge tulisan aku kan. Kurang ajo. Ok , masa aku pergi ni , abang aku balik Malaysia. Dia cuma tahu kau je kat Malaysia ni , dia juga akan jadi boss kau. Kau kerja under syarikat aku , so dia akan jadi boss kau. Kenali dia , mungkin dia baik. Boleh la kau jadi adik ipar aku kan? Hehehehe. Dhea my love , aku rasa banyak kali dah aku pesan ni , jaga diri kau. Jangan keluar dengan mana-mana lelaki. Kalau nak keluar juga , bawa benda tajam. Kalau dia nak buat something dekat kau , tikam je bagi mampus. Bawa pistol ke , lupa nak tinggalkan satu untuk kau. Dhea my love , jangan tak makan. Sebelum ni aku selalu beli makanan paksa kau makan , lepasni aku tak dapat nak paksa dah. Jangan tak makan , nanti gastrik. Aku takda dekat sana nak jaga kau masa gastrik. Dhea my love , jangan buat hal. Tahu kau nakal , jangan nakal sangat. Jangan buat mak kau susah hati , ingat syurga di bawah tapak kaki ? Ibuu.. btul , pandai Dhea. Dhea my love , jangan bawak kereta laju-laju. Aku tahu kau bawa kereta macam orang broken. Jangan mati dulu , aku tak sempat nak tengok anak kau lagi ni. Last but not least , jangan lupakan aku dekat Amerika sini :p. Saya Zafriq Aqashah mengundur diri. Take care love! Bye!

Sincerely,
Zafriq :∆

Menangis aku baca. Banyak nya dia pesan. Macam abang yang berpesan kepada adik

Zafriq , you'll be my forever bestfriend.

Rantai itu aku pakai. Aku buka lagi beg itu , tiada apa-apa lagi. Kosong!.

Tiba-tiba satu kertas melayang jatuh.

Oh , hehe. Satu lagi. Rantai yang aku bagi ni , satu dekat aku. Initial 'D' stand for 'Dhea'. Yang dekat kau stand for 'Zafriq hensem'. Hehehehe , jaga elok-elok tau. Mahal aku beli. Dah tu je bye.

Agak dah , 'Z' stand for Zafriq.

Aku baru dapat mesej yang Zareef akan mengambil alih tempat Zafriq. Ramai tak tahu yang Zareef ni abang Zafriq so mereka terkejut bila Zareef , yang famous tu abang kepada Zafriq yang biasa-biasa ni. Zafriq tak menonjol sangat. Dia famous tapi macam tak.

Hari ini aku ambil cuti untuk healing. Lepas hantar pemergian Zafriq aku rasa kosong. Hidup aku rasa kosong tanpa Zafriq. Dia teman seperjuangan aku.

"Dhea , Zafriq tu berapa lama kat Amerika" ujar ibu

"Selama-lamanya bu. Dia menetap dekat sana" ujarku sedih

"Patutla anak ibu ni sedih semacam. Takpala Dhea , setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Walaupun menyakitkan" ujar ibu

Aku diam...

"Siapa la ganti tempat si Zafriq tu?" Tanya ibu

"Abang dia. Zareef Iskandar" ujar ku

"Zareef?" Ibu tampak berfikir

"Ha ah"

",Bukan dia tu , crush kau ke Dhea?. Kau pernah bagitahu ibu kan?" Ujar ibu

Mata aku membesar. Ha sudah.

"Bukan , tu Zareef lain" aku cuba menipu.

"Ye ke" tanya ibu

Aku angguk-angguk..

"Hmmm , Zafriq tu baik budaknya. Kalau kau nak kawen dengan dia. Ibu setuju je , onn je. Sebab susah nak cari lelaki yang boleh dipercayai sekarang ni" ujar Ibu

"Eh apa ibu ni. Dhea dan Zafriq tu , sekadar kawan baik je , tak lebih" tekan ku

"Elehh , macam suami isteri dah ibu tengok. Zafriq pun layan Dhea beza dari perempuan lain"

"Ye sebab Dhea kawan baik dia" balasku

"Dala Dhea ni. Depan mata pun still tak nampak"

"Mana ada depan mata dah bu. Jauh beribu batu dah kitaorang ni" ujar ku

"Dulu mana ada jauh kan"

"ihh , dala. Dia pun takda dah kat sini , marilah kita move on" ujar ku

"Hmmph, ibu nak ke rumah makcik Peah jap. Nak ambil buah" ibu terus keluar ke rumah mak cik Peah.

ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now