13

5 1 0
                                    

AKU terbangun dari tidur.

Badan ku terasa lemah dan sakit.

Aku cuba mengingati apa yang berlaku. Serta merta aku menggigil ketakutan. Trauma!

Zareef Iskandar. Dia-dia dah rogol aku!

Ada satu cek di letakkan di meja sisi katil.

RM1000000 SAHAJA.

Aku membaling kesemua bantal , selimut yang ada. Aku benci dengan diri sendiri , aku geli , aku dah kotor.

Aku menangis seharian di bilik itu , meratapi diri aku yang sudah tidak suci. Telah diragut kesuciannya oleh lelaki sial itu.

Begitu mudah dia melepaskan tanggungjawab , dia melarikan diri dan hanya meninggalkan wang 1 juta. Dia ingat harga diri aku murah sangat ke?

Aku benci kau ZAREEF ISKANDAR.

Macam mana kalau aku mengandung? Tiada bapa? Aku boleh bayang hidup aku macam mana. Rasa mahu akhiri saja hidupku.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi

'IBU'

Laju aku angkat. "Dhea? Sihat tak? Ibu tiba-tiba tak sedap hati sebab tu call ni"

Aku menangis. "Ibuuu" panggil ku

"Dhea , kenapa ni? Okay tak??" Nada ibu risau di dalam talian

"Dhea dah tak suci , Dhea dah kotor. Dhea malu dengan ibu" aku menuturkan itu dengan terketar-ketar dan tersedu-sedu

"Maksud Dhea apa?" Suara ibu kelihatan resah

"Dhea minta maaf ibu , Dhea minta maaf"

Panggilan terus aku putuskan.

Aku memeluk lututku dan menangis lagi..

Baju aku yang bersepah di lantai aku pandang benci. Muka Zareef masih di dalam ingatan ku. Terketar-ketar terus tubuhku. Takut.

PUAN Shifa masih menunggu kepulangan anaknya di pintu. Masih tiada kelibat anaknya

Sudah 3 hari Dhea tidak balik. Dia risau apa yang terjadi kepada anaknya tempoh hari.

Panggilan langsung tidak berbalas. Risau.

Naluri ibunya mengatakan anaknya tidak okay. Dia mahu pergi kepada anaknya , tetapi dia tidak tahu cara pergi kesana apatah lagi memandu.

Dia ingin tahu apa yang Dhea maksudkan bahawa dirinya sudah tidak suci.

"Kenapa Dhea ni" guman Puan Shifa sendiri

Sekali lagi dia cuba mendail anak daranya. Dhea.

Tiada sahutan..

Dia benar-benar tidak okay.

Puan Shifa mendail seseorang.

"Zafriq"

PINTU bilik hotelku dibuka dari luar. Siapa?

"Dhea" panggilnya

Suara tu.

Aku mendongak. Wajahku yang sembap dan basah lencun itu memandangnya

Wajah itu

Dia menapak perlahan ke arahku.

"Jangann!!!! Jangan apa-apakan aku. Aku taknak , tolonggg" rayuku bersama tangisan

ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now