AKU tak tahu , tapi kuat gerak hatiku menyuruhku pergi ke apartment milik Zafriq.
Pintu aku buka , peliknya bau.
Rumah itu gelap , langsung tidak dimasuki cahaya. Pakaian berterabur atas lantai
Kotor dan bersepah. Langsung tidak dikemas.
Mana pergi nya Zafriq yang pembersih? Takkan perangai tu pun dah berubah?
Bau kemenyan , bau benda yang dibakar.
Aku tidak bertindak lebih kerana aku takda hak nak selongkar rumah dia
Sungguh bersepah , bukan seperti rumah Zafriq. Sumpah aku tak cam. Lain dengan bau nya lagi
Bau mayat. Bukan bau busuk tu , bau minyak wangi untuk mayat. Bau kemenyan.
Kaki ku aku bawa ke dapur. Tak tahu kenapa harini , kaki aku ni bawa ke sini.
Peti ais aku buka.
Terkejut aku. Sangat terkejut.
Telefon aku ambil dan Ustaz Firdaus aku call.
Aku menunggu disitu sementara ustaz Firdaus dalam perjalanan ke sini.
Aku seperti tak percaya apa yang aku lihat.
"Ye kenapa Dhea? Ada apa?"
Ujar Ustaz Firdaus setelah tiba. Aku ajak dia masuk ke dalam dan pintu rumah Zafriq aku buka seluasnya , elak Fitnah.
Aku buka peti ais itu untuk Ustaz Firdaus lihat
"Astaghfirullahaladzim" ucapnya
"Ini apa yang suami kamu makan?" Tanya Ustaz Firdaus
Aku rasa aku tahu kenapa Zafriq macam tu. Aku tahu tu bukan Zafriq yang sebenar.
Zafriq yang aku kenal tak macam tu. Aku tahu dia cintakan aku , sayangkan aku.
Isi di dalam peti ais itu semua sudah membusuk , teruk. Tak silap aku , aku baru saja beli beberapa hari lepas. Takkan dah buruk? Peti ais di onn 24 jam?
And makanan ni sudah dimakan sedikit. Siapa yang masakkan? Maira?
Dah tahu buruk , kenapa pergi makan or masak?
"Rumah ni ada aura tak elok. Kita keluar sekarang Dhea" ajak Firdaus cepat
Aku angguk
Baru sahaja hendak melangkah keluar. Muncul Zafriq bersama Maira.
Wajah Maira berubah 100% apabila melihat Firdaus yang berkopiah disisiku.
"Kau bawa jantan lain dalam rumah aku Dhea?" Suara Zafriq seakan-akan marah
"Tak , dengar penjelasan aku dulu" ujarku
"Apa? Kau nak sangat cerai ke Dhea? Okay"
Aku geleng. "Dhea Safira Binti Maliki Sufian. Aku-"
Tubuh Zafriq aku peluk erat. Terdorong ke belakang dia.
"Tolong jangan" pintaku
"Kau nak sangat kan?" Ujarnya menolakku jauh
"No. Bagi aku masa. Aku sendiri yang akan failkan cerai. Aku just taknak kau lafaz ayat tu. Please" rayuku
"Okay , aku bagi masa seminggu ni. Kalau takda juga , aku sendiri yang akan ceraikan kau"
Zafriq terus menarik Maira masuk ke dalam rumah itu.
Dapat aku tangkap dengan jelas wajah Maira yang tampak tidak selesa dengan keberadaan Firdaus.
Firdaus disitu hanya melihat.
Aku dan Firdaus pergi dari apartment itu. Dia kata ada benda yang dia ingin beritahu aku.
•••
"DHEA" ujar Firdaus
"Dhea kena lawan balik. Zafriq dah kena kawal dengan sesuatu. Dia tak mampu nak buat apa-apa"
"Kena kawal?" Ujar ku
Firdaus angguk. "Saya boleh nampak sesuatu pada Zafriq, tapi tak jelas"
"And perempuan tadi siapa?" Tanya Firdaus
"Girlfriend dia" ujarku lemah
"Dhea dah check bilik-bilik dalam rumah tu tadi?" Ujar Firdaus
Aku geleng. "Saya check dapur je tadi" ujarku
"Tapi"
"Ada bau kemenyan" ujarku
"Ya , saya pun ada hidu juga tadi"
"Selalu nya benda-benda macam ni , ada kaitan dengan sihir"
Aku terkejut. Sihir.
"Itu hanya Allah saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi saya boleh tolong Dhea. Cuma kena perlukan Tuan badan, suami Dhea. Pujuk dia bawa jumpa saya" ujar Firdaus
Aku diam. Macam mana aku nak pujuk dia , tengok aku pun dia tak nak.
Hmmm.
"Saya tahu benda ni susah sebab dia dah kena kawal. Tapi Dhea kena cuba. Sekuat mana pun benda tu, tapi cinta Dhea dengan suami mesti lebih kuat kan? Mampu lawan punya" ujar Firdaus memberi semangat.
Aku angguk. "saya akan cuba. Doakan saya" ujarku
"Aaminn aamiinn" ucapnya.
"Kalau macam tu , saya pergi dulu. Ada hal lepasni , assalamualaikum" ujarnya
"Terima kasih. Walaikumsalam"
"Sama-sama"
Firdaus masuk ke dalam kereta miliknya.
Aku tak sangka yang SIHIR ni akan terjadi juga dalam hidup aku. Zaman moden macam ni still lagi ke orang guna benda tu?
Wallahualam.
Aku bangkit dan pulang ke rumah.
Sungguh berat ujian yang menimpa ku tika ini.
YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Romance"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...