12

6 1 0
                                    

EMPAT hari tanpa Zareef itu sudah berakhir. Aku membawa luggage dan beg-beg ku keluar dari perut kereta di lapangan terbang

"Kita berdua je ke?" Tanya ku kepada Zareef

Dia yang mengambil aku dari rumah tadi.

Dia angguk. "Sebenarnya aku je , tapi aku malas nak buat dua kerja dalam satu masa. Aku bawa kau untuk type apa yang berlaku"

Ceh. Aku menjeling nya. Dia ni tak boleh biarkan aku tenang.

Aku dan Zareef masuk ke dalam kapal terbang. Dia tempah business class weh..

Aku duduk di tepi nya.

"Ngantuknya" aku menggeliat kecil. Awal aku bangun pagi tadi , kemas barang.

"Tidur la" ujar Zareef

Aku geleng. "Saya nak nikmati pemandangan , kalau tidur apa pun tak dapat" ujarku lagi

Dia angguk-angguk. Tablet di tangannya kekal.

Pakaiannya pada hari ini , sweatshirt bersama seluar hitam. Sangat kemas.

"Tahu aku handsome"

Aku tersentak. "Dah puas tengok aku?" Wajahku dipandang

Aku terus membuang pandangan aku di tingkap. Terdapat awan berkepul-kepul. Cantik!

Phone aku ambil dan snap!.

Dari atas nampak macam peta woooo.

"Beautiful right?" Tiba-tiba Zareef bersuara

"Yes!" Aku bersetuju

"Like you" sambungnya

Aku memandangnya. "Buaya eh ayat Tuan" ujarku

"Dhea , ini luar office. Don't call me Tuan , I don't like it" ujarnya

"Oh hehehe sorry"

Tidak lama selepas itu , mata ku memberat. Earphone aku sumbat dan lagu didengar .

•••

LENGANKU ditepuk perlahan.

"Kita dah sampai" ujar Zareef

Aku bangun dan menggeliat. Lamanya aku tidur.

"Kata nak nikmati pemandangan" ujar Zareef

Aku tersengih. "ngantuk" ujarku

Luggage aku hereta bersama beg-beg kecilku di lobi hotel.

"Ni bilik kau , sebelah ni bilik aku" ujar Zareef memberiku kad

Aku angguk

"Rehat , then nanti aku call , kita dinner" ujar Zareef

Aku angguk lagi

"Asal kau senyap je ni? Tak bising pulak kau kalini , nak melawan ke apa ke , takde?" Ujar Zareef

Tubuhnya disandarkan ke dinding..

"Saya penat. Nak rehat je" ujarku

"Okay" dia masuk ke dalam biliknya

Aku juga masuk ke dalam bilikku.

Waaaaa.

Serba lengkap bersama pemandangan yang indah. Aku pergi ke beranda dan menghirup udara di situ.

ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now