HARI demi hari berlalu. Aku dan Zareef macam biasa. Hubungan masih sama seperti pekerja dan majikan.
"Harini Tuan ada meeting dengan client dekat Restaurant Thai. Kalini client Tuan orang Thai" ujar ku
"Alright , kau nak teman?" Tanya Zareef
Aku angkat bahu. "kalau Tuan nak saya teman , saya teman. Kalau taknak , saya duduk sini buat kerja" ujarku
"Kau teman la , catat apa yang patut. Lepas tu buat laporan hantar dekat aku" ujar Zareef
Aku angguk. Hari ini aku mengenakan blouse bersama skirt hitam. Barula nampak macam PA.
"Zafriq ada call kau?" Zareef bertanya
Tentang Zafriq. Sekarang dia jarang mesej aku , jarang call aku. Kadang-kadang mesej aku terbiar tak berbalas. Mungkin dia terlalu sibuk?
Kecewa la jugak kan.
Aku geleng. Sudah beberapa minggu tiada khabar dari Zafriq.
"Dia buzy la tu" ujar Zareef
"Mungkin" nada ku berubah sedih.
"So , get ready. Kita dinner dulu then jumpa client" ajak Zareef
Aku angguk. Aku lebih banyak luangkan masa bersama Zareef berbanding di rumah.
Tak tahu , tapi aku rasa Zareef ni baik. Dia jaga aku dengan elok , betul-betul jalankan amanah yang diberikan oleh Zafriq
Kami tiba di sebuah restoran melayu. "Ah , dah lama tak makan masakan melayu , boleh recommend dekat aku?" Ujar Zareef
Semua orang disitu memandang-mandang kami berdua. Rasanya diorang pandang Zareef bukan aku.
Aku mengorder kesemua makanan yang aku suka di restoran ini , selalu ye aku dan Zafriq makan kat sini.
Huh , everything i said mesti ada nama 'Zafriq'. Maybe dia pun dah lupakan aku.
Sudah hampir 11 bulan Zafriq di Amerika. Seronok agaknya , ramai minah saleh cantik.
Biarlah dia , healing la sepuasnya.
"I don't know kalau aku patut bagitahu kau atau tak" ujar Zareef tiba-tiba
"Apa dia?" Tanyaku
"Zafriq dia bersama Maira balik di Amerika. Aku nasihat dia , perempuan macam Maira tu jangan terima balik then dia tak contact aku dah lepastu. Aku tak tahu apa yang buatkan dia berubah sampai macam tu. That's why aku tanya kau pasal Zafriq tadi" ujar Zareef sibuk memakan ikan itu.
"Dia? Bersama dengan Maira balik?!" Aku terkejut
Aku suka dalam masa yang sama aku kecewa. Maira dah buang dia , macam mana dia boleh terima balik?
"And , dia ada buat account Instagram. Dia banyak post gambar dia dengan Maira dekat sana. I don't want to tell you but i must to. Sebab kau lately ni tak fokus kerja" ujar Zareef lagi
Terus aku ambil phone dan search up nama dia.
'ZafAqash13'
Dia ada update pasal diri dia dekat situ , at least aku ada nampak dia. At least aku tahu dia sihat dekat sana.
Aku gembira kalau kau gembira Zafriq.
Dia dan Maira tampak gembira. Syukur. Itu yang Zafriq nak , aku tahu.
"And , the worst part is" ujar Zareef
"Apa?"
"Diorang dah tunang , 3 months" ujar Zareef
Itu yang buat kan aku lagi terkejut. "Zafriq tak bagitahu saya pun?" Ujarku
Sungguh aku kecewa dengan Zafriq. Why Zafriq why?!
"Dia pun tak bagitahu aku , aku tahu dari mama" Zareef masih sibuk membuka cengkerang . Syok dia makan.
"Dahlah , tak payah dikenang. Kau ada aku kan , depan mata" ujar Zareef tersenyum
Tapi , aku masih kecewa. At least khabarkan. Takdela aku macam tunggul tunggu berita dari dia.
Starting from now , aku pun akan lupakan kau Zafriq. Thanks for being a good friend to me.
Aku melihat pinggan ku , penuh dengan udang yang sudah dikupas , kerang yang sudah tiada cengkerang.
"Ha?" Ujarku
"Makan la , aku dah kupas kan" ujar Zareef
"Thanksss"
"You're welcome"
"Can you teach me how to eat this" Zareef menunjukkan satu mangkuk kecil di tepi meja.
"Ni sambal , awak boleh cicah dengan seafood ni or apa-apa je. Makan dengan nasi pun sedap , try la" ujarku
Dia mengambil udang dan mencicah dengan banyak , amboi kau Zareef
Semasa mengunyah terus merah padam mukanya. Telinga nya turut merah, macam warna merah weh.
"Pedass" ujarnya
Aku menghulurkan air ais kepadanya. "Air itu terus dia teguk sehingga habis"
"Kenapa tak bagitahu?!" Dia sedikit marah
"Saya nak bagitahu tapi Tuan cicah dengan confident nya" ujarku tergelak kecil
"Aku rasa aku tak boleh ah meeting , perut aku tiba-tiba sakit ni. Cancel boleh? Aku sakit ni" Zareef memegang perutnya yang memulas itu.
Aku terus menguruskan perkara itu. Nasib client dari Thai itu ada problem juga , minta ditunda so takda la besar mana masalah tu..
Kunci kereta dia keluarkan dari poket seluar. "Tolong drive" ujar Zareef
Aku sambut kunci itu dan mula memandu kereta milik Zareef. "Hantar kemana ni?" Tanyaku dalam perjalanan
"Hantar ke rumah aku , dekat imperial suits" dia masih berbaring ,
Teruk jugak ni. "nak pergi hospital tak Tuan?" Tanyaku
"Pergi je!" Laju aku memandu ke hospital berdekatan
"Jangan bawa laju sangat , mampus nanti"
"Saya nak cepat , Tuan macam sakit sangat" ujar ku
Makanan di restoran tadi tidak aku buang , aku tapaukan. Sedap kot. Mahal bayaran dia tadi , nak dekat rm200 jugak tu.
Setiba sahaja di hospital aku terus memapah Zareef ke ruang emergency. Doktor-doktor disitu teruja apabila melihat Zareef ialah pesakit mereka
Berebut-rebut nurse dan Doktor disitu mahu merawat Zareef. Amboiii!
Aku duduk di kerusi menunggu..
Harap takda apa-apa yang teruk la.
"Cik ke yang hantar Encik Zareef tadi?" Tanya doktor disitu
Aku angguk.
"Encik Zareef nak jumpa cik" ujar nya
Aku terus mengikuti Doktor itu. Kelihatan Zareef terbaring di atas katil pesakit itu. Nurse-nurse berkerumun di situ.
"Dhea , bawa aku balik" ujar Zareef
"Tapi , Tuan dah okay ke?" Tanyaku
Zareef angguk.
"Betul ni?" Tanyaku
Dia angguk lagi
"Dia tak alami apa-apa kecederaan yang serious. Cuma elakkan dia makan makanan pedas , nanti berlaku lagi perkara ni" ujar Doktor itu
Aku angguk. "Tak dapat makan pedas bagitahu la , saya mana tahu" ujar ku
Aku mula memapah nya "aku tak tahu benda tu pedas"
"Hantar Tuan kemana ni? Kerumah ke?" Tanyaku
Dia angguk.
Aku terus memandu ke imperial suits.
YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Dragoste"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...