10

7 1 0
                                    

SUDAH setahun lebih aku mengenali Zareef.

Masih seperti biasa. Dia masih begitu dan aku masih begini.

"Macam mana dengan Zafriq dan Maira? Dah khawin?" Tanya ku kepada Zareef

Kami semakin rapat namun tak rapat. Faham tak? Faham je la eh?.

Zareef geleng. "Tak"

"Kenapa?" Tanyaku lagi

"Diorang putus sebab Maira curang" ujar Zareef

Maira kot. Kalau lepasni Zafriq masih terima Maira aku tak tahu nak cakap apa.

"Kenapa tanya?" Tanya Zareef

Aku geleng. "Saja"

Aku menyuap toast itu ke mulutku. Rindunya nak makan toats. Ini pun Zareef yang belikan sebab dia pun mengidam katanya.

"Dhea" ujar Zareef

"Hmm?"

"Kau 24 kan tahun ni?" Tanya Zareef

Aku angguk. "Bila nak khawin?" Tanyanya

"Sibuk nak tanya saya , awak 28 kan tahun ni? Kenapa tak khawin-khawin?" Tanya ku kembali

Tersedak Zareef mendengar itu.

"Tak ready nak mengandung lagi" balasnya selamba

Kali ini aku pulak yang tersedak. "Apa pasal pula awak yang risau nak mengandung. Awak kan lelaki?" Ujarku

Aku ketawa

"Takdala , tanggungjawab suami ni besar. Aku tak sanggup lagi , tak ready and taknak pun. Takda rasa nak khawin. Mungkin umur 40 aku khawin? Sebab aku sentiasa kacak , ramai orang nak walaupun dah tua"

"Betul" itu sahaja yang aku balas

Korang mesti tertanya-tanya kan , aku masih crush ke tidak dengan Zareef ni?

Mestilah YA. Sebab dalam masa setahun lebih ni , dia banyak tolong aku. Attractive sangat ye.

Aku melihat jam. "Tuan , pagi ni Tuan ada meeting la. Cepat habiskan"

Zareef terus menyumbat toast itu ke dalam mulutnya..nampak besar kedua pipinya. Comel.

Laju dia mengunyah dan meminum air. Tisu diambil dan mengelap sekeliling bibirnya yang comot.

Kot dia kemaskan dan meninggalkan aku disitu yang tersengih.

Aku berlari kecil mengikuti jejak langkah Zareef.

Aku dan Zareef menapak masuk bilik meeting. Disitu kesemua pekerja berkumpul.

Aku hanya mencatat apa yang dibincangkan oleh mereka pada hari itu.

Mengantuk tapi aku kena pastikan semua benda aku catat tanpa meninggalkan satu benda pun.

"Okay! Semua boleh bersurai" ujar Zareef

Aku membuntuti Zareef lagi keluar dari bilik meeting.

Tiba-tiba dia memberhentikan langkah ,

Buk! Aku terlanggar belakang nya. Dia pusing dan memandangku

"Kau tak fokus" ujarnya

Aku menunduk. "Ye , saya mengantuk sangat and penat" ujarku

"Kau sihat tak ni? Kalau tak sihat duduk je rumah." Nada Zareef mula serious

Aku angguk. "Sorry"

"Kau masih fikir pasal Zafriq?"  Ujarnya

Aku angkat muka "tak"

ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now