SEMENJAK aku mengandung. Aku sangat banyak makan dan emosi aku berubah-ubah. Stress ah cenni.
Aku banyak menyusahkan Zafriq.
"Zafriq, aku nak makan ni" aku menunjukkan phone ku kepadanya
"Dhea , jam 12 tengah malam ni mana ada orang panggang satay" ujar Zafriq perlahan
Aku bangunkan dia dari tidur sebab tiba-tiba mengidam.
"Nak jugak!" Ujarku berkeras
"Nak carik mana" ujar Zafriq , menggaru kepalanya
Aku mula menangis. "Aku nakkkk" tangisku
"Shhh , okay okay. Jom cari" Zafriq bingkas bangun mencapai kunci kereta
Kami pergi mencari dengan memakai baju tidur saja.
Habis satu kawasan kami pusing , masih tiada.
"Rasanya takda la Dhea. Kita balik lah eh , esok aku beli. Janji", ujar Zafriq
Aku geleng. "Nak sekarang la. Esok tak nak dah!"
Tengok , kalau nak tu , nak sekarang juga! Menyusahkan betul..
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
"Sekarang pun tengah hujan ni , mana nak cari"
"Cari je mana-mana"
Kereta milik Zafriq dipandu lagi ke kawasan yang lain. Zafriq memarkir kereta di hadapan sebuah kedai makan , masih buka.
"Zafriq" aku memegang bahunya
Dia pusing memandangku. "Ye?"
"Takpe la. Hujan kat luar tu , kalau takda nak buat macam mana. Sorry menyusahkan"ujarku perlahan
Aku takdela jahat , nak biar dia berhujan-hujan cari satay tu.
"Dhea , i will do anything for you. Tunggu sini tau , lock pintu" dia terus membuka pintu dan berlari kecil menuju ke kedai itu. Agak jauh dari tempat kami parkingkan kereta.
Agak lama dia disana , dalam 30 minit. Aku risau akan keadaan dia. Kenapa lama?
Tak lama , muncul dia bersama plastik ditangannya.
"Adaaa!" Ujarnya teruja
Aku terus memeluknya. "Thank you", ujarku
"Sama-sama sayang. Makanla"
Baju nya habis basah lencun. Kesian pula aku tengok.
Aku terus menjamah satay itu. Nikmat dia lain macam bila kau dapat makan apa yang kau nak.
"Kau nak tak?" Tanyaku
Dia angguk. "Nak nak"
Aku menyuap satay ke dalam mulutnya , kerana dia sibuk memandu.
"Kau basah sangat ni, sorry Zafriq. Menyusahkan je kan aku dengan baby ni" ujarku
"Eipp , jangan kata macam tu. Aku kan dah kata , i will do anything for you"
"Terima kasihh Zafriq. Terima kasih sangat-sangat"
"Sama-sama. Sedapkan satay tu , rugi tak beli banyak tadi" ujarnya ketawa kecil
Aku juga turut ketawa kecil.
•••
PAGI itu , Zafriq langsung tiada keluar dari biliknya. Kenapa eh?
Aku terus berjalan menuju ke bilik Zafriq.
"Zafriq" panggilku

YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Romance"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...