PAGI
Aku bangun dan membersihkan diri.
Aku beredar ke ruang tamu. Kosong.
Mana Zafriq?
Di atas meja ada sarapan ada satu sandwich bersama kertas di bawahnya
Aku ambil kertas itu.
Hai Dhea ,
Have a good breakfast. I'm going to work and will be back at 12pm. Bye! See you soon!Tanpa sedar aku tersenyum. Tapi tidak lama aku rasa berbunga , aku teringat yang dia sudah ada girlfriend. Buat apa aku nak bahagia.
Aku tak bahagia dengan dia. Aku kena cari cara supaya dia ceraikan aku. Cukuplah hubungan kami hanya sebatas kawan baik.
Aku jamah jua sandwich itu. Setelah selesai , aku mengemas rumah milik Zafriq
Tak banyak kerja sebab rumah dia bersih dan kemas.
Aku naik duduk di ruang tamu dan tv aku buka.
Sedang aku leka menonton television. Ketukan pintu kedengaran.
Aku bangun dan menilik melalui lubang yang ada di pintu.
Aik.
Aku buka pintu.
"What the?" Ujar wanita itu
"Apa" tanyaku
"Ni rumah Zafriq kan? Asal you ada kat sini?" Nadanya berubah marah
"Salah ke?" Tanyaku
Dia tak tahu lagi ke aku dan Zafriq ni dah khawin?
Tiba-tiba Zafriq muncul di belakang Maira
"Eh , you" ujar Zafriq kekok
Zafriq melihatku dan Maira silih berganti.
"Sayang , kenapa perempuan ni ada kat rumah you?!" Marah Maira
"Ohhh. I minta dia kemas rumah i je tadi. Jangan risaula , takda apa-apa pun. Lagipun i tak berdua dengan dia" ujar Zafriq perlahan
What??? Sakit gila hati aku!
"Betul?" Tanya Maira manja
Zafriq angguk. "Okay i percaya you sebab muka dia ni sesuai jadi bibik je"ujar maira sinis
Rasa nak tampar je muka dia sekarang ni. Mulut takda insurans , cukai, perkeso , kwsp.
Cibai.
Zafriq terus membawa Maira masuk dan duduk.
"Dhea , buatkan air" arah Zafriq
Aku mengecilkan mataku memandangnya. Dia memberi isyarat merayu kepadaku
Nak tak nak , kena buat.
Ni la aku malas. Baik cerai je kan? Amboii
Semasa aku menuang air panas ke dalam jug , aku termenung seketika.
"Auchh!" Seseorang menolakku perlahan.
Tanganku terkena air panas dan melecur di ibu jari.
"Opps , sorry. Tak sengaja pulak. Mana toilet ye?" Maira tersenyum sinis
"Betul tak tahu ke ni Cik Maira? Bukan ke toilet tu dekat je dengan Cik Maira , which is kalau nak detail , jamban tu ialah Cik Maira sendiri. Sian eh" balasku straight to the point
"Kurang ajar ehhh!" Marahnya
"Kenapa ni?" Muncul Zafriq
"Ni , orang gaji you ni!! Kata i toilet" dia bernada manja
Ibu jari aku pegang sebab sakit. Sial la minah ni.
"Maira , you balik dulu eh. Nanti kita jumpa k" ujar Zafriq
"Ughh! Make sure perempuan ni balik!!" Maira terus mengambil handbag nya kasar dan berlalu pergi.
Zafriq terus mengambil jariku laju dan membeleknya. Laju aku tarik.
"Bagila aku tengok" ujarnya
Aku geleng. "No need. Aku okay" balasku
"Dhea. Maafkan aku , aku taknak hilang Maira. Aku sayang dia , kau pun tahu kan? Kau faham aku kan?" Ujar Zafriq
Aku memandangnya sekejap dan berlalu ke bilikku.
Malas.
Aku duduk di tepi katil. Dinding aku tenung.
Aku tak jealous or apa dia dengan Maira , tapi hati aku sakit , cara dia layan aku.
Kedengaran tombol pintu dipulas. Muncul Zafriq.
"Dhea" panggilnya perlahan
Aku pandang dia. "Bagi aku sapu ubat kat jari kau. Melecur tu" ujarnya
Aid kit ada dibawa nya bersama.
Aku langsung tak berganjak.
Terus tangan aku dia capai , ubat dia sapu. Sakit tapi aku langsung tak mengaduh. Sebab hati aku laaaaagiii sakit.
"Dhea , kau okay tak ni?" Tanyanya
Kau tanya lagi? Wah.
"Oh sebab aku tak jujur kita dah khawin ke Dhea?"
"Aku taknak dia tahu"
"Kenapa?" Bersuara juga aku akhirnya. Tapi langsung tidak kupandang wajah Zafriq
"Sebab aku nak khawin dengan dia" ujar Zafriq
Aku memandangnya. "Kau akan ceraikan aku?" Ujarku
Dia geleng laju. "I will not. Aku dah janji nak tanggungjawab" ujarnya
Keluhan berat aku lepas.
"Aku taknak dimadukan Zafriq. Kalau kau nak khawin dengan Maira , khawin je" ujarku
"Aku pun pasti Maira pun taknak diduakan"
"Kau pergi je la kat dia"
"Kalau aku mengandung sekalipun , kau bukan bapak dia"
"Aku sebenarnya penat hidup macam ni Zafriq , aku pun manusia , ada perasaan"
Terhenti ucapan aku. Air mata ku turun jua.
"Sorry" ujar Zafriq perlahan
"Itu je la kau mampu Zafriq" ujarku
"Aku takkan lepaskan kau Dhea. Aku akan jaga kau macam dulu , itu janji aku" ujarnya
Aku geleng. "It will never be the same. Batalkan je la niat kau tu , kita tak sama macam dulu"
"Kenapa? Kita tetap bestfriend kan?"
"Entahlah"
Aku buntu.
Dia bangun dari duduknya.
Dia terus melutut menghadapku. Tanganku dia gapai.
"Aku takkan lepaskan kau Dhea. Itu janji aku , walaupun kita takda rasa cinta antara satu sama lain. Apa kata kita cuba? Tak rugi pun kan?"
Aku tarik tanganku. "Aku tak boleh buka hati aku untuk sesiapa Zafriq. Hati aku dah beku"
"Cuba" balasnya sebelum beredar keluar.
Jujur.
Hati aku masih milik Zareef. Perasaan benci aku mengatasi rasa cinta tu. Rasa cinta masih ada , cuma benci yang menguasai.
Oh ku sakit karenamu
Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci.....
YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Romance"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...