BEBERAPA minggu sudah berlalu.
Aku dan Zafriq serupa orang asing. Sungguh-sungguh asing. Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku , aku dan Zafriq akan terjadi sebegini.
Zafriq selalu ke luar negeri dan luar negara tanpa memberitahuku. Tiba-tiba hilang , tiba-tiba datang.
Dia sudah melupakan aku kah?
Eh , baguslah tu. Kan kau nak sangat dia lepaskan kau? Kenapa persoalkan?
Aku sakit seorang diri tanpa ada Zafriq melihat atau menjenguk , dia tahu aku sakit tapi pura-pura tidak tahu.
Betul-betul dia berpegang dengan kata-katanya untuk cuba melupakan aku.
Jujur hati aku sakit dengan kelakuan Zafriq. Mungkin ini yang Zafriq rasa bila aku layan dia macam ni dulu.
Kifarah.
Aku tak tahu la , kenapa aku rasa macam ni. Aku sedih bila dia tak layan aku.
Senyum pun tidak , riak wajahnya biasa sahaja apabila melihatku. Langsung tiada reaksi. Aku seperti halimunan di hadapannya.
Tiada emosi.
Aku rindukan Zafriq sebenarnya.
Ada bunyi derapan tapak kaki melintasi bilikku. Aku menjenguk keluar.
Kelihatan sosok tubuh yang aku rindui sedang membancuh air di dapur.
Laju aku melangkah dan memeluknya dari belakang. Aku tahu tubuh itu tersentak.
"Dhea" ucapnya
"I miss you so much!" Ujarku
Ah peduli apa , aku pun rasa aku dah sukakan kau Zafriq!
Tubuhku ditolak perlahan.
"Zafriq" ujarku
Aku pelik dengan kelakuannya.
"Go" ujarnya
"Ha?" Tanyaku
"Go , kau sendiri suruh aku lupakan kau kan? Kenapa kau ganggu proses tu? Tak lama lagi aku ceraikan la kau" nada suaranya juga sudah berubah terhadapku
Dapat aku rasa aura dinginnya
Aku masih kaku disitu
"Go Dhea! Aku taknak tengok muka kau" ujarnya berlalu meninggal kan aku
Aku tersentak , air mata laju keluar.
Sebegitu sekali Zafriq berubah. Dia nekad nak lepaskan aku.
Salah aku juga , aku sendiri yang mahukannya. Kenapa nak membantah?protes? Kenapa?
Kau sendiri yang nak? Jangan jadi bodoh Dhea!
Aku masuk ke bilikku. Barang aku kemas dan letak dalam beg.
Buat apa nak terbongak lagi dalam rumah ni , dah orang taknak tengok kita , kita blah la.
Aku mengheret beg itu keluar , ada Zafriq duduk di ruang tamu bersama seorang wanita. Aku kenal perempuan tu.
Maira.
"Pergi mana tu?" Tanya Maira gedik
Bila masa dia datang ni , ke dia tidur dengan Zafriq semalam? Dasar.
Aku tahu Zafriq melihat. HANYA melihat.
Aku terus keluar bersama beg-beg itu.
Goodbye.
•••
IBU memelukku erat selepas apa yang aku ceritakan.
"Sabar ye nak" belakang ku diusap perlahan
"Dhea dah sayangkan dia bu. Salah Dhea sebab nak sangat dia lepaskan Dhea"
"Dhea , apa yang terjadi ni ada sebabnya"
"Dhea bersabar ye"
Aku menangis lagi dengan lebih kuat.
Aku tak kuat.
Aku ambik kunci kereta dan minta izin keluar.
"Dhea pergi mana?" Tanya ibu
"Dhea nak ambik udara segar jap" ujarku
"Dhea , hati-hati tau. Jangan buat perkara yang bukan-bukan" ujar ibu
Aku angguk.
Kereta aku pandu ke pantai yang tidak jauh dari rumah ibu.
Ramai orang disitu.
Aku jalan-jalan sambil healing.
Tiba-tiba aku disapa seseorang.
"Hai , how are you? I miss you"
Langkahku terhenti , jantung aku berdebar , aku kaku. Wajah tu , suara tu.
"Can i explain?" Tanyanya
Aku kaku
"Dhea" panggilnya
"Zareef" itu sahaja yang keluar dari mulutku
Aku sudah tidak lagi trauma dengan apa yang dia dah buat dekat aku , tapi aku benci tengok dia! Aku benci!!
"Kau nak apa? Kau nak rogol aku lagi ke Zareef!?" Ujarku menjauh
"Aku nak explain apa jadi!" Ujarnya
"Apa? Tak payah! Aku taknak dengar!" Ujarku berjalan laju
"Dhea! Dhea!" Panggil nya
"Ni semua sebab Maira Dhea!"
Aku terhenti
Maira?
"Dia letak dadah dalam minuman aku malam tu. Dia ajak aku jumpa pasal Zafriq. Tapi dia game aku"
"Aku pun mangsa Dhea"
"Kenapa lari Zareef!!! Kenapa kau biarkan aku?" Tanyaku
"Aku takut , aku tak tahu nak buat apa. Aku buntu Dhea" ujarnya
Aku geleng. "Kau penakut!"
"Yes i am! Aku dengar kau pregnant. Mana anak kita?" Tanyanya
Mahu saja aku ludah wajahnya sekarang ni. "Anak tu dah mati" ujarku
"Ha?"
"Guess who's the killer"
Berkerut dahinya. "Your mother!!!" Suara ku meninggi
Mengingat perkara itu , aku marah.
"Dhea"
"Izinkan aku bertanggungjawab ke atas kau" ujar Zareef
"Tanggungjawab atas apa!?"
"Sebab aku dah sentuh kau. I will ask Zafriq untuk lepaskan kau" ujar Zareef
"Dia memang nak lepaskan aku dah pun. Tapi , aku TAKKAN terima kau"
"Tapi bukan salah aku Dhea. Dalang dia Maira , aku hanya lelaki biasa. Aku bukan ada kuasa boleh lawan drugs tu"
"Please bagi aku peluang. Aku akan jaga kau baik-baik , aku nak tebus balik kesalahan aku , aku takda masa kau pregnant anak kita"
"Bye" ujarku terus berlalu pergi meninggalkan Zareef yang terkebil-kebil

YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Romance"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...