17

6 1 0
                                    

HARI demi hari berlalu , wajahku semakin pucat.

Mungkin aku nak meninggal kot.

"Dhea , are you okay?" Tanya Zafriq

Aku angguk. "tak okay ni. Jom pergi hospital" ajak Zafriq

Aku geleng. "Tak pe aku okay"

"Kalini je dengar cakap aku , please" rayu Zafriq

Aku diam. Dia terus mencapai kunci kereta dan membawa ku masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan aku hanya berbaring dan memejamkan mata. Memang tak sedap badan dan pening yang teramat.

"Boleh buka tingkap tak" ujarku

Terus tingkap dia buka. "Okay?" Tanya Zafriq

Aku angguk. Aku mual bila guna aircond

Setiba di hospital Zafriq terus memimpin aku.

Aku dibawa masuk ke sebuah bilik dimana pemeriksaan dilakukan.

"Boleh panggil suami Puan masuk?" Tanyanya

Aku angguk. Tak lama , muncul Zafriq bersama wajahnya yang gelisah

"Kami ada berita gembira" doktor dan nurse-nurse disitu sudah senyum-senyum.

Berita apa ni?

"Apa dia?" Tanya Zafriq

"Tahniah , isteri Encik dah pregnant 3 minggu"

Riak wajahku terus berubah. Aku? Pregnant?

Aku terus memalsukan senyumku dan berpura-pura gembira. Sebenarnya tidak sebab aku mengandung dengan cara yang aku tidak mahu.

Zafriq terus mengusap bahuku perlahan. Dia turut gembira mendengar berita itu.

Aku tahu dia tidak , sebab anak ni bukan anak dia. Anak abang dia. Anak buah dia.

Zafriq memimpin aku keluar dari bilik itu dan memasuki kereta.

"Macam mana? Okay dah?" Tanya Zafriq

Aku masih diam. "Aku taknak baby ni" ujarku kasar

"Dhea" perlahan Zafriq memujukku

"Aku tak suka baby ni!!! Patut gugur je!!!" Aku mula menangis.

"Dhea , mengucap dhea!" Pujuk Zafriq

Aku geleng. "Aku taknak!!!"

"Dhea , let go through this together" ujar Zafriq memelukku erat

Aku menangis dalam pelukannya. "Aku taknak anak ni. Dia tak patut ada" ujarku dalam tangisan

"Ni semua ujian dari Allah. Kau kena bersabar , aku ada dengan kau. Aku akan jadi bapa kepada baby tu , jangan risau" belakangku dia usap perlahan

Sempat aku rasa dia mengucup ubun-ubunku.

Kuat tangisanku dalam pelukannya. Perkara yang aku tidak mahu terjadi , kini terjadi juga.

•••

TUBUH isteri nya dia letak perlahan di katil miliknya.

Wajah Dhea dia pandang lama. Dia tidak meletakkan Dhea tidur di biliknya sendiri kerana takut Dhea melakukan perkara yang bukan-bukan.

Wajah Dhea dielus perlahan..

"Aku tak faham dengan perasaan aku" ujar Zafriq

"Aku sayang kau. Tapi-"

"Tak tahu sebagai apa."

"Dalam masa yang sama , aku sayang Maira. Aku cintakan dia"

ENDLESS LOVE Where stories live. Discover now