AWAL pagi Zareef sudah terpacak di hadapan rumah.
"Kau nak apa lagi?" Tanyaku marah
"Tak maafkan aku lagi ke? , Dhea aku nak tolong kau pulihkan adik aku , keluarga dia pun dia belakangkan. Syarikat tu dia tak uruskan. Habis tunggang langgang syarikat sekarang ni. Aku mana mampu nak handle 3 sekaligus"
"Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau" ujarku
"Dhea , aku merayu sangat, tolong maafkan aku. And aku janji aku tolong kau untuk kembalikan Zafriq. Ni janji aku" ujar Zareef
Aku memandangnya lama. "Kau ada apa-apa cara?" Tanyaku
Dia angguk.
AKU , ZAREEF DAN FIRDAUS di hadapan apartment milik Zafriq.
"Dia ada" ujarku
"Mana kau tahu" tanya Zareef
"Aku boleh rasa" ujarku
"Biar aku masuk dulu , then korang , okay?" Ujar Zareef
Zareef menapak masuk ke dalam rumah Zafriq
Dah serupa pencuri kami bertiga.
Tidak lama Zareef memberi isyarat agar aku dan Firdaus masuk. Sekejap betul si Zareef tu pengsankan si Zafriq.
Zafriq kami angkut , YA! Aku culik suami aku sendiri.
"Well well well" muncul satu suara dari arah belakang
Kami bertiga pusing. Maira?!
Belum sempat keluar dari rumah ni.
Serentak pintu tertutup rapat dan kuat. Maira ni ada ilmu hitam ke boleh kawal semua benda.
Disebabkan itu , Zafriq terbangun.
Eh ubat tu tak berkesan?!!!!
"Apa dah jadi" ujarnya
"Diorang nak culik you sayang" ujar Maira gedik
"Kau, asal kau datang sini? Dah bersedia nak kena cerai?" Ujar Zafriq sinis
"And skandal kau ni. Kau bawa lagi? Huh? And abang aku pun kau nak ke Dhea?. Asal murah sangat ni" ujar Zafriq
Dapat aku lihat kemarahan di wajahnya.
"Jaga mulut kau Riq. Dia bini kau" marah Zareef
"Benda betul kan?!!! Kau pun dah pernah sentuh perempuan ni!! Entah-entah lepas dari kejadian tu korang buat benda tu lagi kat belakang aku sebabtu BINI aku ni tak bagi aku sentuh dia langsung walhal aku suami dia yang SAH!!"
Buk! Wajah Zafriq ditumbuk kuat. "Jangan main cakap lepas Zafriq!"
"What?! Its really happened right? Sebab tu kau marah" pipi nya dia pegang
Aku berdiri rapat di hadapan Zafriq. Air mata ku sudah jatuh , sedih difitnah sebegitu.
"Zafriq , kenapa awak fikir saya macam tu? Saya tak bersedia lagi masatu , saya kan trauma. Bukan bermaksud saya taknak jalankan tanggungjawab saya. Saya minta maaf sebab saya leka , tak jalankan tanggungjawab saya dengan baik terhadap awak" ujarku
Tubuhnya aku peluk. Dapat aku dengar jantungnya yang berdegup laju. Tangannya juga naik membalas pelukanku. Nyaman.
Tiba-tiba aku terbatuk kuat. Terlepas pelukan.
Darah!
Maira aku lihat sudah tergelak melihat reaksi aku. Ada satu patung di tangannya , disiram patung itu dengan satu cecair? Darah? Mungkin
Makin kuat batukku. Sakit ya allah.
Zareef terus menolak Maira kuat dan patung itu terlepas dari genggamannya
Ada wajahku dan paku disekelilingnya.
"Ughhh , kau memang cari nahas!!!" Maira terus menerpa ke arah Zareef
Ada paku panjang di tangannya ingin menikam Zareef.
Laju Zareef mengelak.
Sementara Maira sibuk dengan Zareef. Firdaus mengambil kesempatan masuk ke dalam bilik tempat ku dahulu.
Paku itu hampir-hampir tercucuk leher Zareef di mana nadi berada , namun tangan Maira terhenti
Maira jatuh terduduk. "Sakitttt!!!!!!!!!" Jeritnya
Nyaring suaranya. Badannya berbunyi seperti tulang yang patah.
"Sakittt!!!" Jeritnya
"BERHENTII!!" Firdaus membakar kesemua barangan yang ada serta membaca ayat suci Al Quran.
Aku yang melihat itu hairan.
Dia bakar tapi , api tiada. Tiada api yang marak.
Tiada asap.
Habis kesemua barangan syirik itu dibakar oleh Firdaus. Maira rebah lemah.
Zafriq juga turut pengsan. Badannya lemah.
Polis di panggil dan Firdaus memanggil rakannya yang lain untuk membersihkan rumah kerana masih ada seekor dua yang terlepas
Ambulance juga sampai merawat Zafriq dan Zareef. Zareef lebam di lengan kerana lengannya terkena lucu meja semasa bergelut dengan Maira.
Maira digari.
Wajahnya terus berubah keruh , matanya membonjol keluar , pipinya kurus.
"Maafkan aku Dhea" pintanya.
"Aku maafkan kau , tapi minta maaf dekat Allah. Kau dua kan Allah"
Maira menangis nangis , merayu-rayu kepadaku kemudian dia dibawa polis pergi
Zafriq terus dibawa ke hospital kerana kekurangan tenaga. Semasa dia disihir , pola pemakanannya tidak teratur. Makanan yang diberi pun sudah membusuk.
Ibu terus menerpa ke arahku. "Allah anak ibu okay? Zafriq macam mana?" Tanya ibu
"Dia okay , cuma dia masih diberi rawatan. Alhamdulillah ibu , semua nya dah berakhir. Zafriq dah selamat" ujarku bersyukur
"Ehem. Zareef makcik tak tanya ke" ujar Zareef
"Eh , ha ah. Lupa pulak" ujar Ibu
"Zareef macam mana? Okay?" Tanya ibu
"Okay" Zareef senyum manis
"Oh ya , aku dah buat laporan jugak pasal Maira drugs aku tu. Dia terbukti bersalah. Polis jumpa dadah dalam closet dia. Kau masih tak maafkan aku?" Ujar Zareef
Ada ibu disitu.
"Benda dah lepas Zareef. Siapa kita nak menghukum seseorang walaupun dia tak bersalah. Kau abang ipar aku" ujarku
Dia pun mangsa.
"Tapi aku bersalah juga sebab tak bertanggungjawab ke atas kau Dhea" ujar Zareef
"Nak buat macam mana. Jalan takdir ni indah , Allah jodohkan aku dengan Zafriq. Aku jatuh cinta dekat dia"
"Aku bahagia sangat kalau Zafriq dapat bahagiakan kau. And aku nak minta maaf lagi sebab aku lari masa kau ditimpa masalah disebabkan aku. Kau sudi maafkan aku?" Tanya Zareef
Wajahnya betul-betul merayu.
Perlahan aku angguk. "Dah kita jangan ungkit pasal ni , sejarah hitam jangan dikenang. Kau dan aku sama-sama mangsa. Sekarang kita fokus masa depan" ujarku
Zareef angguk. Ibu memelukku erat.
Ibu , anak ibu ni dah pandai buat keputusan sendiri. Anak ibu yang sikit-sikit nangis ni , dah kuat nak hadap ujian sorang-sorang.
YOU ARE READING
ENDLESS LOVE
Romance"Percayalah , akan ada someone yang akan sayangkan kau one day. Kau tunggu je , walaupun kau rasa benda tu mustahil , sebenarnya tak. Aku jamin" -ZAFRIQ AQASHAH Dhea Safira dan Zafriq Aqashah. "rilek , aku dah besar. Tahu la aku nak jaga diri"-DHEA...