Dia paling tidak suka bila ada sesetengah orang yang berkata, rujuklah demi anak-anak. Kasihan anak-anak bila mak ayah bercerai. Bagi Maryam, jika rujuk demi anak-anak pun akan membuatkan mental anak-anak itu menjadi terganggu.
Yelah, duduk serumah tapi mak ayah masing-masing buat hal masing-masing. Sentiasa bergaduh disebabkan oleh benda-benda kecil atau besar di hadapan anak-anak, itu bukanlah satu contoh yang baik. Anak-anak akan terbeban fikirannya.
Kalau bertahan tapi masing-masing masih nak tunjuk ego, baik tak perlu. Tapi kalau dua-dua bertahan demi sayangkan anak-anak, mungkin boleh dipertimbangkan untuk rujuk.
Seperti Maryam Nadira, sewaktu awal-awal dia bercerai dahulu, ada yang berkata rujuklah, sayanglah hubungan yang dah bertahun dibina. Kalau masih ada jalan untuk menyelesaikan masalah atau masing-masing masih saling menyayangi, tiada orang yang akan memilih untuk bercerai. Jadi dia memilih untuk kewarasan dan kebahagiaan mentalnya kerana dia yang menanggung. Takkan setiap inci masalah di dalam perkahwinannya dia ingin buka satu persatu? Jadi tak bolehkah orang-orang ini menerima sahaja apa sahaja keputusan yang dibuat demi kebahagiaan dirinya? Disuruh rujuk sedangkan hatinya tak bahagia? Pelik-pelik je manusia ni.
Tapi kalau dia rujuk sekalipun, the damage has been done. Dia dikatakan mandul hanya disebabkan dia belum mengandung walaupun sudah 3 tahun berkahwin. Dia dituduh oleh bekas mertuanya, walaupun di dalam islam tiada istilah bekas mertua tapi bagi dirinya itu adalah bekas mertua kerana luka yang berbekas dihatinya. Susah nak lupakan. Kata-kata setajam pisau.
Memiliki keturunan itu bukan berdasar pada seberapa subur wanita dan seberapa perkasa pria. Melainkan pada kehendak Allah untuk menahan atau memberi - Ummu Irhaby Ari.
Ustadz Nuzul Dzikri Hafidzahullah mengingatkan bahawa anak itu ujian, bukan sumber kebahagiaan dalam Quran surah At - Taghabun ayat 15.Divorce is okay.
Breaking is okay.
Starting over is okay.
Moving in is okay.
Saying no is okay.
Being alone is okay.
What is not okay is staying somewhere where you aren't happy, valued or appreciated. That is not okay.Setelah bercerai, dia berpindah ke Cameron Highlands. Dia mengusahakan tempat penginapan pelancongan di Cameron Highlands. Walaupun pada awalnya susah, tapi dia tetap bersemangat untuk build up hidup dia semula. Itulah janji dia kepada Haji Zulkifly. Mengimbas kembali saat-saat ahli keluarga Maryam Nadira mengetahui hal yang sebenar.
"Kenapa kau tak pernah cerita dekat kami, apa yang kau lalui ni, dik? ..". tanya Kak Long bengang dengan tindakan adik bongsunya itu.
Maryam Nadira tersenyum.
"Adik taknak bebankan sesiapa. Lagipun Kak Long dan Kak Ngah pun ada masalah masing-masing. It's okay, I can handle it." Jawab Maryam Nadira sambil membuat isyarat okay.
Haji Zulkifly mengeluh. Maryam Nadira memandang ke arah ayahnya.
"..... Ayah minta maaf sebab tak peka dengan keadaan anak-anak ayah.." Haji Zulkifly berkata-kata dengan nada yang sebak. Sebak kerana anak perempuannya perlu bertahan sendirian.
Maryam Nadira bangun dan duduk di sisi ayahnya.
"... Ayah... Adik okay. Adik kuat. Anak ayah ni kuat." Dia cuba untuk menahan air matanya, tapi tak tertahan. Dia memeluk ayahnya, bagaikan melepaskan segala beban di hatinya, bersama dengan tangisan.
"... Nanti ayah teman adik pergi makhamah ya..". Beritahu Haji Zulkifly sambil mengusap perlahan belakang Maryam Nadira.
Kak Long dan Kak Ngah mendekati mereka dan berpelukan bersama-sama. Memberikan semangat dengan pelukan, itulah keluarga.
"Nangislah dik, kau dah lama sangat tahan". Lembut kata-kata Kak Ngah sambil mengusap belakang adik bongsunya itu. Adik bongsu yang terpaksa kuat dek kerana keadaan.
Air mata Maryam Nadira mengalir apabila teringatkan hari itu. Bagaimana sedikit sebanyak semangatnya pulih gara-gara pelukan semangat dari keluarganya. Mereka menambahkan modal untuk Maryam Nadira meneruskan impian untuk membuat rumah penginapan di Cameron Highlands. Dapat duduk free katanya kalau bercuti di situ nanti. Maryam Nadira tersenyum. Kini sedaya upaya dia mencuba untuk melupakan sejarah hitam itu. Dia taknak dan tidak akan mengingatinya lagi. Fullstop!
Kehidupan di Cameron Highlands tersangatlah menenangkan. Dia mencuba untuk bangkit lagi meneruskan hidup. Dia takkan sesekali menangisi apa yang telah terjadi. Dia menganggap itu adalah proses untuk dia menjadi lebih matang.
Berkahwin lagi untuk kali kedua? Tidak! Buat apa dia nak berkahwin lagi kalau dia boleh bahagia sendiri. She wants to be happy with herself. Tak semestinya berkahwin je yang boleh buat dia bahagia. Cukup, dia serik.
Do not let circumstances control you. You change your circumstances.

YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)
RomanceKisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short lo...