Maryam Nadira nama yang telah diberikan. Seindah namanya. Nama yang telah dipilih oleh arwah uminya. Namun Allah lebih menyayangi umi, maka Allah memanggilnya pulang selepas melahirkannya. Al-fatihah untuk Hajah Saadiah.
Dia membesar dengan ayahnya, Haji Zulkifly. Dan bersama dengan 3 orang lagi adik beradik perempuan. Dia yang bongsu.
Membesar tanpa sosok seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah tapi ayahnya tidak pernah membiarkan mereka berempat merasakan kehilangan sosok seorang ibu. Ayahnya menggalas semua tugas seorang ayah mahupun seorang ibu demi membesarkan mereka berempat. No, ayah tidak berkahwin lain kerana sangat setia kepada arwah umi. Ayahnya adalah contoh lelaki yang setia.
Maryam Nadira telah berkahwin dengan Ikmal Arif. Sudah 3 tahun namun belum dikurniakan zuriat. Maryam Nadira tiada masalah, kerana dia yakin Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya. Namun hanya sahaja keluarga mertuanya yang tidak boleh menerima urusan zuriat ini bukanlah urusan dia. Setiap kali topik anak inilah yang akan membuatkan dia dan suaminya bergaduh. Dia sudah bosan!
Tiada pasangan yang tidak mahukan zuriat sebagai penyeri hidup mereka, namun itu juga bukan urusannya untuk menentukan bila masanya dia akan mengandung.
Being Maryam Nadira is not an easy. Tiada sokongan daripada suami sendiri apabila si ibu mertua menghendik dirinya. Tindakbalas suaminya hanya mendiamkan diri sahaja, tidak berani ingin mempertahankan maruah isterinya. Barangkali dia lupa, jika maruah sang isteri diherdik, itu bermaksud dia adalah seorang suami yang gagal. Gagal bertindak seperti pelindung.
Seringkali dia mempersoalkan, kenapa hanya isteri sahaja yang dipersalahkan? Hanya disebabkan isteri yang mengandung, jadi lebih mudah jika menyalahkan pihak isteri sahaja. Dimana keadilannya? Jika bukan suami yang melindungi isteri, siapa lagi yang akan bertindak untuk melindungi? Negative mindset!
Dia menanggung seorang diri, tidak ingin ayah dan kedua kakaknya susah hati, dia sanggup pendam seorang diri. Tapi kadang-kadang dia penat. Penat kerana berjuang seorang diri. Penat untuk menepis segala tohmahan yang datang. Kadang-kadang, dia lebih suka jika tidak menghadiri apa-apa keramaian di keluarga sebelah suaminya. Itu lebih baik, menenangkan. Tidak perlu menjaga hati orang lain, kerana orang lain pun tidak pernah menjaga hatinya.
Maryam Nadira menghembuskan nafas yang berat. Dia menyapu rumput-rumput kering yang menumpang di atas kubur arwah umi. Andai kata umi masih hidup, pasti dia dapat berkongsi cerita dengan umi. Dia memandang sayu ukiran nama umi, dia rindu kasih sayang seorang ibu.
Maryam Nadira duduk termenung di atas pondok di perkuburan itu. Itulah diantara tempat yang ternyaman baginya, selain dapat menginsafkan. Semua manusia pasti akan mati juga suatu hari nanti. Dan tiada masalah dan ujian dunia yang akan kekal.
Dia cuma berharap, apa sahaja keputusan yang dia bakal buat di masa yang mendatang, semuanya akan dipermudahkan. Dan dia tidak akan sesekali menyesali keputusan itu. There's no turning back, that time.
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)
RomanceKisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short lo...