CHAPTER 23 : INI MENANTU BARU AKU

3.1K 161 42
                                    

Mia memandang wajah Maryam Nadira sambil tersenyum. Dia seronok apabila berada di sisi wanita itu. Dan dia terlebih rasa gembira apabila melihat daddy -nya menjaga Maryam Nadira. Mia bingkas bangun dan menuju ke arah Uthman Harris yang sedang duduk di sofa di hadapan Maryam Nadira, lalu Mia baring di atas peha Uthman Harris.

Uthman Harris mengelus lembut rambut anaknya itu, dengan sebelah tangan lagi sedang meneliti beberapa dokumen di laptop yang berada di atas peha sebelah lagi. Dan akhirnya Mia ketiduran.

Maryam Nadira tersenyum memandang mereka berdua. Dan Maryam Nadira bingkas bangun dari baringan di sofa itu.

"Are you okay, Nad?."

Maryam Nadira angguk kepala.

"May I ask you, Harris?."

"Erm..". Uthman Harris angguk kepala.

"You tiada maid? Memang you yg selalu masak utk Mia?".

Uthman Harris tersenyum. Ingatkan soalan apa yang akan ditanyakan oleh Maryam Nadira. Dia meletakkan laptop di atas meja. Lalu tangannya menguis rambut Mia yang lena di atas ribaannya.

"Maid ada cuma utk pekerjaan harian. Tugas masak utk Mia, itu tugas I. I nak Mia makan air tangan I. That's our bonding."

"No wonder Mia sangat rapat dengan you."

Uthman Harris tersenyum memandang Maryam Nadira.

"Bila you jadi wife I pun, I tetap akan masakkan untuk you and Mia. Sebab I nak you rapat dengan I sampai bila-bila."

Pipi nad terasa panas dengan kata-kata lelaki itu. Awkward terasa saat itu.

"I nak ke dapur, ambil air."

Uthman Harris mencapai bantal kecil lalu diletakkan kepala Mia diatasnya. Dia bangun dan,

"Biar I yang ambilkan."

"Eh it's o.....kay....". Namun lelaki itu sudahpun melangkah menuju ke dapur. Maryam Nadira duduk kembali di atas sofa itu. Seketika kemudian, lelaki itu muncul dengan memegang gelas berisi air. Uthman Harris menghulurkan gelas itu kepada Maryam Nadira. Dan disambut dengan senyuman oleh Maryam Nadira.

......

Maryam Nadira terlena setelah makan ubat yang diberikan oleh Doktor Kamal. Apabila dia terjaga, dia melihat Uthman Harris tertidur sambil menyandar di sofa, dan Mia pula sedang baring di atas sofa disebelah Uthman Harris. Terasa bersalah disebabkan dia, mereka berdua tidur di sofa sahaja. Dia bingkas bangun, ingin mengambil comforter untuk mereka berdua. Dia selimutkan mereka berdua. Dan Maryam Nadira kembali berbaring di sofa di hadapan.

......

Mia duduk dihadapan Maryam Nadira. Menunggu sehingga wanita itu bangun. Sesekali dia meletakkan tangannya di atas dahi Nad, untuk merasa suhu badan wanita itu. Dengan perlahan-lahan Nad membuka matanya. Dia melihat Mia sedang tersenyum ke arahnya.

"Aunty Nad, are you okay? Feeling well?." Tanya Mia dengan lembut.

Maryam Nadira angguk kepala sambil tersenyum. Uthman Harris sudah tiada di atas sofa.

"Daddy keluar pergi cari sarapan. Mia minta daddy belikan sarapan KFC."

"Okay Mia. Mia dah mandi?."

I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)Where stories live. Discover now