CHAPTER 17 : MIA SAKIT

2.9K 151 2
                                    

"Mia, bangun sayang. Kita nak pulang ke KL dah." Panggil Uthman Harris sambil mengambil t-shirt berwarna putih didalam lugage berwarna merah. Namun Elianna Damia masih tidak membukakan matanya. Uthman Harris menapak mendekati Mia yang sedang berbaring diatas katil. Dia mengusap lembut pipi Mia. Dan dia merasakan suhu panas pada badan Mia.

"Mia... Mia.. bangun." Panas sungguh badan anaknya ketika ini. Dia terus mencempung badan kecil itu untuk dibawa ke klinik yang berdekatan.

Maryam Nadira sedang menyiram pokok dan dia terlihat Uthman Harris yang sedang mencempung badan Mia. Maryam Nadira terus menutup paip air dan terus pergi ke arah Uthman Harris.

"Kenapa ni, Harris?."

"Mia demam!."

Maryam Nadira membantu membukakan pintu kereta.

"I temankan." Beritahu Maryam Nadira lalu berlari ke arah rumahnya, ingin mengambil purse dan juga handphone. Serta mengunci pintu rumah. Kemudian dia kembali ke kereta Uthman Harris. Lelaki itu sudah menunggu di dalam kereta. Maryam Nadira duduk di seat belakang bersama dengan Mia dan meriba anak kecil itu.

Sampai di klinik, Uthman Harris membuka pintu kereta manakala Maryam Nadira mendukung Mia.

"Biar I dukung."

"It's okay. You daftarkan Mia dahulu." Uthman Harris angguk kepala. Mereka masuk ke dalam klinik itu. Kebetulan orang tidak ramai jadi prosesnya mudah dan lancar.

Maryam Nadira dan Uthman Harris memerhatikan Mia di periksa oleh doktor perempuan itu.

"Anak Encik dan Puan demam panas. Saya berikan ubat demam dan antibiotik.. Anak ada apa-apa alergik kepada ubat ke?."

"Tiada." Jawab Uthman Harris.

"Puan kena monitor anak puan, kalau masih panas dan semakin panas, terus bawa ke emergency, okay?". Beritahu doktor perempuan itu sambil memandang ke arah Maryam Nadira.

"Eh bukan anak saya doktor. Anak Encik Harris ini.". Jawab Maryam Nadira.

"Oh maafkan saya. Saya ingatkan Puan ni ibu. Sebab nampak macam suami isteri."

Maryam Nadira tersenyum kelat. Ada sengih di hujung bibir Uthman Harris.

Doktor perempuan itu angguk kepala sambil menuliskan senarai ubat yang perlu diberikan kepada Elianna Damia.

"Okay baik. Ini senarai ubatnya dan minta Puan ke kaunter ubat ya."

"Terima kasih doktor."

"Sama-sama."

Uthman Harris kembali mencempung badan Mia manakala Maryam Nadira pula membawa senarai ubat itu ke kaunter ubat. Dan mereka menunggu seketika.

"Thanks sebab temankan I."

"Small matter je, Harris". Jawab Maryam Nadira tersenyum.

"Elianna Nur Damia Binti Uthman Harris."

Maryam Nadira bingkas bangun dan pergi ke kaunter ubat. Selepas membuat pembayaran, mereka berdua membawa Mia pulang ke rumah.

Uthman Harris meletakkan Mia di atas sofa empuk itu. Aunty Maria masih belum pulang dari Singapura. Maryam Nadira bergegas pulang ke rumah dan mengambil tuala kecil.

Uthman Harris memerhatikan Maryam Nadira yang sedang mengelap badan Mia dengan lembut. Dia juga meletakkan tuala basah di atas dahi Mia.

"Thank you sebab membantu."

Maryam Nadira tersenyum.

"It's okay. Bukan masalah besar sangat."

"Mia dah lama tak demam panas. Itu yang I kalut sikit tadi."

I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)Where stories live. Discover now