Loceng rumah Nad berbunyi beberapa kali. Maryam Nadira menghendap di sebalik kain langsir, kelihatannya Ikmal Arif berdiri di hadapan pagar rumahnya. Macam mana bekas suaminya dapat tahu rumahnya? Dia kaku didalam rumah. Sungguh dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu atau ada apa-apa urusan lagi dengan lelaki itu.
Namun dengan berat hati, Maryam Nadira keluar juga untuk bertemu dengan lelaki itu. Bingit bunyi loceng yang ditekan banyak kali itu. Perangai masih tidak berubah, tak matang!
"Nad, please bagi abang peluang kedua. Abang nak rujuk."
Maryam Nadira peluk tubuh. Ikutkan hatinya dia ingin je panggil polis untuk datang tangkap lelaki ini kerana mengganggu dirinya, tetapi dia masih ada belas kasihan lagi.
"How many times Nad nak beritahu abang, Nad takmau rujuk!."
"Kenapa susah sangat Nad nak bagi peluang dekat abang? Abang janji abang akan berubah. Abang akan cari kerja dan abang tak kerja main-main macam sebelum ini lagi."
"3 tahun Nad bagi abang peluang untuk abang berubah, kenapa abang tak gunakan peluang yang pernah Nad kasi?".
"Sebab you took me for granted! Sebab abang rasa Nad akan selalu ada dan tak tinggalkan abang. Tapi abang silap! Nad bukan perempuan bodoh yang akan selalu ada walaupun berkali-kali peluang yang Nad bagi, abang persiakan."
"Nad bukan tunggul kayu yang akan berdiri sahaja walau maruah Nad dipijak-pijak. Waktu mak abang tuduh Nad, mengata Nad mandul, abang ada back up Nad? No. I defending myself. Then you asking me, why?." Maryam Nadira ketawa sinis.
"Baliklah abang. Nad takkan terima abang lagi. Not even once. Kata-kata mak abang sangat berbekas di hati Nad. Nad tak berdendam tapi Nad ingat. Tiada siapa yang inginkan perceraian tapi kalau terpaksa, Nad relakan. Nad ada maruah."
"Please Nad." Ikmal Arif memegang kedua belah lengan Maryam Nadira membuatkan Maryam Nadira meronta-ronta ingin dilepaskan.
Tiba-tiba Elianna Damia datang ke arah mereka. Dan Mia sedang berdiri disebelah Maryam Nadira dan dihadapannya ada Ikmal Arif yang sedang berdiri juga.
"Pakcik ni siapa? Pakcik tinggal sini ke?". Tanya mia kepada Ikmal Arif. Dia memegang tangan Maryam Nadira. Erat. Uthman Harris dan Aunty Maria juga ada berdiri di belakang mereka. Uthman Harris peluk tubuh menyaksikan drama itu. Elianna Damia melihat Maryam Nadira mengesat air matanya.
"Pakcik tahu tak, daddy saya dah cop dulu Aunty Nad ni!". Terkebil-kebil mata Maryam Nadira memandang Elianna Damia. Yakin sungguh dia berkata-kata.
"Kan daddy, kan!." Tanya Mia lalu menoleh ke arah Uthman Harris. Mengharapkan bantuan sokongan daripada daddy -nya.
"Iya. Jangan ganggu lagi Maryam Nadira!." Uthman Harris sekadar membantu menyulitkan lagi keadaan itu. Mia, Mia, daddy juga yang kena back up.
Ikmal Arif memandang tepat ke arah Maryam Nadira.
"Abang akan pastikan kita rujuk nanti." Bisik Ikmal Arif lalu masuk ke dalam keretanya. Dan berlalu pergi.
Maryam Nadira melepaskan keluhan nafas yang sangat berat. Dia mahu hidup tenang je sekarang ini.
"Aunty Nad okay?."
Maryam Nadira tersenyum lalu angguk kepala. Entah Macam mana bekas suaminya itu tahu keberadaan dia. Bekas suaminya itu ibarat gila talak. Dah nak berkahwin lain pun masih mengejar janda sendiri. Masa ada, tidak hargai.
No need for revenge. Just sit back and wait. Those who hurt you will eventually screw up themselves and if you're lucky, God will let you watch it.
![](https://img.wattpad.com/cover/349012681-288-k21896.jpg)
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)
RomanceKisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short lo...