Perkahwinan adalah ibadah yang paling panjang. Pengkhianatan di dalam sebuah perhubungan bukanlah terjadi akibat perselingkuhan dan orang ketiga sahaja, tetapi lebih daripada itu.
Mengkhianati janji-janji yang telah dibuat. Mengkhianati peluang yang telah diberikan. Mengkhianati masa dan ruang yang telah diberikan. Yang akhirnya hanya memberikan benefit kepada sebelah pihak sahaja dan sebelah pihak lagi menderita dari segi mental.
Itu juga adalah sebuah pengkhianatan.
Selama 3 tahun lebih, itulah pengakhianatan yang telah dirasakan. Pergaduhan berlaku akibat isu yang sama tanpa ada perubahan yang pasif dan pasti. Cuba beritahu, siapa yang akan duduk didalam perhubungan yang sebegitu, untuk seumur hidupnya?
Dia tidak mahu menunggu lagi. Menunggu benda yang tidak pasti di masa hadapannya. Tanpa ada perubahan. Dia tidak mahu menunggu 20 tahun lagi yang akhirnya baru dia tersedar yang dia sudah pun terlambat, terlambat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dari yang dia alami sekarang. Then terjadilah perceraian di usia yang sangat tua.
Maryam Nadira tidak mahu menjadi seperti itu. Hidup didalam kepuraan sedangkan dia tahu bahawa hidupnya tidak baik-baik sahaja tetapi dia memilih untuk tetap berpura-pura yang dia sedang bahagia.
Tak salah jika dia mempunyai standard yang baru buat masa sekarang ini. Cukuplah dia rendahkan standard dia hanya untuk bersama dengan seorang lelaki yang tidak tahu menghargai dan tidak mahu melakukan perubahan untuk dirinya sendiri. Lelaki sebegitu bukan sahaja tidak sayangkan dirinya sendiri, malah menjebak hidup orang lain untuk mengikuti lifestyle dia yang persis manusia yang tidak berguna yang akhirnya membuatkan hidup orang lain sama-sama musnah. Jika lelaki itu benar-benar sayangkan dia, pasti dari awal-awal perhubungan lelaki itu akan buat yang terbaik dan being the best provider for her but it's never happened. Better late than never? Eat that words! Sudah terlambat baru nak buat perubahan, sedangkan hati pasangan sudah menjadi tawar tiada rasanya lagi.
Hanya lelaki ego dan tidak bertanggungjawab sahaja yang akan hidup seperti itu. Menepis kenyataan demi ego lelaki yang dijulang tinggi itu. Sudahlah pasangannya belajar tinggi, ada kerjaya yang tetap tetapi dipaksa untuk berhenti, konon tak nak isterinya penat bekerja. Tak salah kalau seorang suami menyuruh isterinya berhenti bekerja dan menjadi surirumah kerana tempat terbaik seorang isteri adalah di rumah, yang salah adalah dia tahu dia tidak mampu untuk provide isterinya dari segi ekonomi tetapi tetap juga dia memaksanya kerana ego. Akhirnya ungkitan dan pergaduhan yang sering terjadi, dan boleh menyebabkan pasangan hilang hormat kerana suami yang diharapkan untuk menjadi seorang provider dan pemimpin tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan betul. A women needs a man, not a boy.
She's done. Sakit itu pasti akan dirasai disetiap perpisahan dan kehilangan yang terjadi tapi itu hanya sekejab sahaja. She will be okay, and strongest.
Adios.
......
Loceng rumahnya kedengaran. Maryam Nadira kaku, risau jika Ikmal Arif yang datang lagi. Dia melangkah dengan perlahan-lahan menuju ke tingkap untuk mengintai. Dan akhirnya dia tersenyum apabila melihat gerangan yang menekan loceng itu.
Dia membuka lock pintu, dan melangkah keluar. Uthman Harris berdiri dengan kedua tangannya berada didalam poket seluarnya. Dia tersenyum melihat gadis itu.
"Ye, may I help you, sir?.. Encik sesat ke ni?". Usik Maryam Nadira tergelak sambil tangannya membuka gate.
Uthman Harris tergelak dengan usikan itu. Maryam Nadira melihat-lihat di belakang lelaki itu,
"Mia dah tidur.". Seperti memahami apa yang dicari oleh gadis itu.
"Oh."
"Dia penat bermain air tadi." Maryam Nadira ketawa.
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)
RomanceKisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short lo...