CHAPTER 4 : ANAK SAUDARA JIRAN SEBELAH RUMAH

3.8K 154 4
                                    

Maryam Nadira keluar untuk membuang sampah. Tiba-tiba dia disapa mesra oleh jiran sebelah, Aunty Maria. She's very friendly!

"Morning Nad." Tegur Aunty Maria dengan mesra sambil tangannya menabur baja di dalam pasu pokok bunga mawar putih.

"Morning aunty!." Selepas membuang sampah, dia mendekati Aunty Maria dengan senyuman.

"Wow menjadi betul tangan Aunty."

"Pokok ni kadang-kadang kalau kita jaga sangat pun dia boleh mati. Tak jaga sangat pun boleh mati juga. Cukuplah jaga sekadarnya sahaja." Maryam Nadira angguk kepala.

"Nad nak pergi ke kebun dulu tau, Aunty. Nak bawa bunga ke homestay, nak tukar dengan bunga yang lama."

"Okay sayang. Be careful my dear."

"I will Aunty. Bye Aunty." Mereka saling melambaikan tangan.

.....

Maryam Nadira sedang memetik bunga ros merah dan pink. Khas untuk Homestay Zulkifly & Saadiah. Ada tetamu yang akan datang untuk check in petang ini. Maklumlah cuti sekolah sudah bermula, jadi Cameron Highlands adalah salah satu tempat percutian yang menjadi pilihan ramai.

Dia tersenyum melihat rumah impiannya tersergam indah. Dia membuka pintu rumah homestay itu untuk mengemas dan menukar segala yang perlu ditukar. Tetamu silih berganti, belum pernah rumah itu dibiarkan lama kecuali sewaktu PKP. Akhir sekali dia menukarkan bunga ros yang lama dengan bunga ros yang baru. Nampak segar. Dia tersenyum.

Dia pulang ke rumahnya semula. Sampai di hadapan rumahnya, dengan tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak perempuan berumur lebih kurang 6 tahun melintas di hadapan keretanya, lalu dia membrek dengan kuat. Dia cepat-cepat keluar dari kereta, mencari kanak-kanak itu.

"Adik!... Adik okay?!.." Tanya Maryam Nadira panik. Kanak-kanak itu terbaring di atas jalan raya. Maryam Nadira membantunya bangun dan menyapu pasir yang melekat pada baju kanak-kanak itu.

"Nad kenapa tu?!." Tanya Aunty Maria berlari menuju ke arah mereka ditemani dengan seorang lelaki.

"Elianna Damia! What are you doing?!." Tegas suara lelaki itu.

"I'm not doing anything, daddy." Jawab kanak-kanak itu dengan santai.

"Maaf, dia tiba-tiba muncul depan kereta saya tadi."

Lelaki itu menghela nafas sambil memandang ke arah anaknya itu. Anaknya tersengih-sengih sambil memandang Maryam Nadira.

"Adik okay tak? Aunty terlanggar apa-apa ke?.. kalau sakit, jom kita pergi klinik sekarang." Walaupun dia confirm dia tak sempat melanggar kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu geleng kepala sambil tersenyum.

"I'm sorry for my daughter".

"Eh it's okay. Nasib baik tiada apa-apa..." Maryam Nadira tersenyum memandang kanak-kanak bernama Elianna Damia itu.

"Mia, salam dengan Aunty Nad, sayang." Suruh Aunty Maria. Kanak-kanak itu langsung menghulurkan tangannya kepada Maryam Nadira. Dia salam dengan Nad lalu memeluk Nad. Mereka bertiga terkejut dengan tingkah Mia. Nad tersenyum. Comel sungguh budak ini, culik kang!

Lelaki disebelah Aunty Maria tersenyum.

"Oh ini anak saudara Aunty yang duduk di KL. Uthman Harris namanya. Ini Maryam Nadira. Jiran Aunty yang selalu Aunty ceritakan tu." Maryam telan air liur. Yang selalu Aunty Maria ceritakan?

I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)Where stories live. Discover now