Erina Zulaikha sedang memerhatikan wanita yang sedang dekat dengan bekas suami dan juga anaknya. Terasa sakit dihatinya melihat wanita lain yang rapat dengan mereka berdua sedangkan dirinya seperti orang asing walaupun dia yang mengandungkan dan melahirkan. Melihat anaknya begitu bahagia berada disamping wanita itu, terasa bagai dihiris pisau. Andaikata dia tidak meninggalkan mereka berdua pada 6 tahun lepas, pasti dia adalah orang yang akan berada dekat dengan mereka berdua, bukan wanita lain. Dia mengesat air mata.
Sighs.
Erina Zulaikha mengikuti kereta Maryam Nadira. Dia ingin bertemu dengan wanita itu. Dia melihat sekeliling, ini jalan untuk ke Cameron Highlands. Tidak lama kemudian, wanita itu tiba di kawasan perumahan. Dia membuka pintu keretanya.
"Hai." Sapa Erina Zulaikha.
Maryam Nadira berpaling ke arah suara itu. Berdirinya seorang wanita berkulit putih yang tinggi sedang tersenyum ke arahnya.
"Hai? Cari siapa ya?."
"Oh I'm Erina Zulaikha. Mia's mom."
Maryam Nadira sedikit terkejut dengan kehadiran wanita itu. Mixed chinese and malay. No wonder Mia berkulit putih kemerahan. Maryam Nadira tersenyum.
"Oh Puan Erina. Apa tujuannya datang jumpa saya?." Pelik dengan kehadiran wanita itu, sedangkan dia dan Uthman Harris tiada apa-apa hubungan yang istimewa.
Erina Zulaikha tersenyum.
"You dengan Uthman ada apa-apa hubungan ke?."
Maryam Nadira tersenyum.
"No. Kami hanya kawan. Cuma saya rapat dengan Mia."
"Oh. Erm Cik...".
"Oh I Maryam Nadira."
"Erm Cik Maryam, I ke sini cuma untuk meminta pertolongan daripada you. Berkenaan dengan Mia."
"Oh okay."
"You mungkin tahu I tak dibenarkan berjumpa dengan Mia, kan."
"Erm.. I cuma tahu yang itu sahaja. Selebihnya I tak pernah tahu dan tak nak ambil tahu."
"Oh okay. Let me straight to the point. I nak minta pertolongan daripada you, untuk I berjumpa dengan Mia."
Maryam Nadira terdiam. Dia bukan siapa-siapa, dan dia tiada hak.
"Erm.. Puan Erina, I rasa you salah orang nak meminta bantuan. I bukan siapa-siapa dan I absolutely tiada hak untuk tentukan Mia berjumpa dengan sesiapa."
Erina Zulaikha menunduk menahan sebak.
"I was wrong before. And I want to fix this but I know it was too late for me."
Maryam Nadira memandang wanita itu. Walaupun dia tidak pernah merasai menjadi seorang ibu, namun dia memahami perasaan itu. Bagaimana perasaan seorang anak yang tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu.
"I'm sorry, Miss Erina. I can't help you. Hanya Uthman Harris yang berhak dalam soal ini, dan I takkan masuk campur."
Erina Zulaikha angguk kepala dan mencuba untuk senyum.
"You nampaknya seorang wanita yang baik, Cik Maryam."
Maryam Nadira tersenyum.
"Orang-orang disekeliling I juga baik, Cik Erina."
"But not me.. I tinggalkan Uthman dan Mia sejak Mia kecil lagi. I'm not a good mom. And ini adalah balasan untuk I."
Maryam Nadira tersenyum. Tiada sesiapa yang ingin menjadi jahat. Kadang-kadang terpaksa menjadi jahat.
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)
RomanceKisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short lo...