CHAPTER 20 : DADDY DATANG CARI MIA DI KAMPUNG NAD

2.9K 153 21
                                    

"Mia suka balik kampung Aunty?."

Mia angguk kepala sambil tersenyum.

"Suka! Sini best. Banyak haiwan, macam zoo."

Tiba-tiba ada kereta Audi berhenti di halaman rumah kampung Haji Zulkifly.

"Eh daddy datang!". Mia berlari ke arah kereta itu. Uthman Harris keluar dari kereta itu dan tersenyum melihat anaknya.

"Hai sayang!."

"Hai daddy!."

"You miss me?."

"I miss you so much, dad!."

Mereka berdua berpelukan, erat. Maryam Nadira tersenyum memerhatikan mereka berdua. Selepas seminggu tidak berjumpa, akhirnya Uthman Harris pulang juga dari Jakarta.

"Hai Nad. Sorry I datang tak beritahu dulu."

"It's okay, Harris." Jawab Maryam Nadira tersenyum.

Haji Zulkifly keluar dari rumah untuk melihat gerangan siapakah yang datang. Namun dia tersenyum apabila melihat Mia didukung oleh seseorang, pasti daddy Mia. Haji Zulkifly melangkah menuju ke arah mereka dengan senyuman.

"Oh ini ayah I, Haji Zulkifly".

"Daddy, inilah Atuk yang Mia cakap masak sedap tu!."

Uthman Harris meletakkan Mia di bawah. Lalu dihulurkan tangan kepada Haji Zulkifly.

"Oh apa khabar Haji? Saya Uthman Harris, daddy Mia". Soal Uthman Harris tersenyum.

Haji Zulkifly menyalami tangan yang dihulurkan oleh Uthman Harris itu dengan senyuman.

"Alhamdulillah khabar baik. Oh ini daddy Mia ya. Handsome sungguh orangnya." Puji Haji Zulkifly tersenyum ke arah Mia.

"Mia dah cakap, kan!."

......

Uthman Harris dan Mia duduk di beranda rumah Haji Zulkifly itu. Tenang. Dihadapan mereka ada 2 ekor kucing yang sedang bergurau senda sesama mereka. Salah seekornya sedang mencium-cium yang seekor lagi, bagaikan kekasih, mungkin juga kekasih.

"Daddy."

"Ya".

"Look, kucing."

"Kucing tu pun ada girlfriend, daddy .Daddy bila nak ada?."

"Erm.."

Maryam Nadira datang membawa dulang berisi air kopi dan juga pisang goreng. Lalu diletakkan dulang itu di atas meja di beranda itu.

Haji Zulkifly juga keluar dari pintu rumah itu. Dengan hanya berkain pelikat dan berbaju pagoda. Rambutnya sudah beruban semuanya. Dia tersenyum ke arah Mia.

"Mia makan pisang goreng tak?."

"Makan, Atuk." Jawab Mia lalu tersenyum.

Haji Zulkifly tersenyum senang hati. Datang pula Alya mengajak Mia untuk bermain bersama. Seronok Mia ada kawan yang sebaya dengannya.

"Harris nak balik terus ke hari ini?."

"Kalau ikutkan plan, macam itulah Haji."

"Dah petang sangat ni. Kalau nak bermalam disini pun boleh. Ada 1 lagi bilik kosong. Memang khas untuk tetamu."

I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)Where stories live. Discover now