CHAPTER 2 : FREEDOM

3.9K 146 8
                                    

Terlalu sulit untuk bertahan bila hati sudah mulai tawar. Buatlah apa pun, pasti hati akan tetap menolak. Begitulah yang dirasakan Maryam ketika ini, sulit untuk bertahan apabila emak mertuanya mulai masuk campur ke dalam urusan rumahtangganya. Detik terakhir sebelum dia melepaskan title isteri kepada Ikmal Arif.

"..Mal, mak nak cucu, mal. Mal seorang sahaja anak mak, siapa lagi yang akan bagi waris keturunan kita kalau bukan Mal?!." Lantang suara Makcik Zubaidah berkata-kata. Sengaja bercakap kuat supaya Maryam Nadira mendengar.

"... Mak, sabarlah. Bukan kami tak usaha."

"Sabar apa lagi, Mal?! Dah 3 tahun mak bersabar! Semua orang bertanya bila mak nak dapat cucu. Anak Mak Lang kau yang baru je kahwin tu pun dah mengandung dah."

Ikmal Arif hanya bungkam terdiam. Jika bercakap dengan maknya, baik bercakap dengan batu. Kalau melawan, nanti dikata derhaka. Jenis nak menang. Payah. Dia tersepit diantara isteri dan mak.

"Mak ni dah tak lama Mal, entah sempat ke tidak nak main dengan cucu..". Emak mertuanya sudah bermain air mata drama ketika itu.

"Mak.. Sabarlah, mak. Jangan cakap macam tu, Mal pun tengah usaha ni."

"Entahlah Mal. Mak takut mak tak sempat nak bermain dengan cucu mak..". Emak mertuanya mengesat air mata dengan hujung tudung sarung yang dipakai.

Maryam Nadira hanya mendengar dibalik dinding batu di dapur.

"Kau kahwinlah lagi. Mana tahu mak bercucu lepas tu." Cadang emak mertuanya. Kaget Maryam Nadira mendengarnya. Itulah niat emak mertuanya datang ke rumah, nak mencadangkan agar suaminya menikah lagi satu.

Suaminya mendiamkan diri sahaja.

"Kau dengar tak ni, Mal? Mak dah carikan kau calon isteri baru. Anak kawan mak juga.."

Maryam Nadira keluar dari dapur dengan membawa dulang berisi air dan karipap. Dia paksakan dirinya untuk senyum. Untuk disedekahkan kepada emak mertuanya! Emak mertuanya hanya menjeling melihatnya.

"...Minum mak..". Pelawa Maryam Nadira. Walaupun hatinya sakit, tapi dia tetap melayani tetamu yang datang, walaupun tetamu itu hanya datang untuk menyakiti hatinya sahaja.

"Aku datang ni bukan nak minum pun!." Bentak emak mertuanya sambil melibas-libas hujung tudungnya. Rasanya rumah ni taklah panas sangat. Oh mungkin hati emak mertuanya yang tengah panas, agaknya.

"Saya dengar je apa yang mak cakap tadi..".

"Haaa baguslah kalau kau dengar , senang sikit kerja aku ni haaa! Tak perlulah aku datang ke sini banyak kali..". Lantang suara emak mertuanya itu. Ayah mertua di sebelah hanya mendiamkan diri. Normallah kan, kalau emak mertua yang lantang tapi ayah mertua diam. Meleiss sangat!

"Boleh, kalau itu yang boleh membahagiakan mak dan keluarga mak. Saya pun takda masalah... Lagipun sepanjang saya berkahwin, hati saya selalu disakiti... Disakiti oleh anak lelaki mak ni dan disakiti oleh mak.. Oleh itu, saya pun tak kisah nak pulangkan anak lelaki mak ni semula.",

Ikmal Arif memandang tepat ke arah Maryam Nadira.

"Apa sayang cakap ni?!."

"Itu yang emak abang nak, kan." Tegas nada isterinya. Sepertinya sudah nekad dengan kata-kata nya itu.

"Lepaskan saya, dan awak boleh kahwin dengan mana-mana perempuan pun, I don't even care."

Ikmal Arif bangun dan berdiri menghadap Maryam Nadira.

"Kau sedar sikit, aku ni suami kau! Kau patut bersyukur tau, aku ni kahwin dengan kau!."

Maryam Nadira ketawa mendengar kata-kata itu. Lalu dia berdiri dihadapan lelaki itu.

"Kau yang patut bersyukur kahwin dengan aku. Dahlah kerja nak tak nak. Kalau rajin, pergi. Kalau malas, tak pergi. ....Duduk rumah tak pernah bantu aku langsung buat kerja rumah! ....Kantoi chat dengan perempuan-perempuan lain! Berjudi! ....Buat kerja tak berfaedah! .... Tiada duit minta kat aku, atau mak kau.... Tak malu eh?!..... Jadi takde function dah aku bertahan kalau aku sendiri yang buat semuanya!." Maryam Nadira meluahkan segala isi perasaannya ketika itu. Walau perlu berdiri membela dirinya sendiri, dia sanggup asalkan maruah dirinya tidak dipijak-pijak.

Maryam menoleh ke arah emak dan ayah mertuanya yang sejak tadi menjadi penonton pergaduhan mereka berdua.

"Mak dan ayah ingat selama ni dia ke yang provide semua dalam rumah ni?. No! Saya ni bagai tanggung diri saya sendiri walaupun ada suami. Nafkah saya dah lama dia tak bagi."

"Aku takda masalah kalau nak tanggung anak aku pun. Aku berdaya lagi!.". Jawab emak mertuanya dengan nada berlagak. Yelah, harta banyak makan pun tak habis 8 keturunan.

"Baguslah mak, manjakanlah lagi anak lelaki mak ni. Biar dia duduk di bawah ketiak mak sampai bila-bila." Sinis kata-kata Maryam Nadira ketika itu.

"Kau ni memang dasar mandul! Sebab itulah kau ni tak mengandung sampai sekarang! Mulut kau ni, patut aku cili-cilikan je!."

Maryam Nadira memandang emak mertuanya lalu tersenyum sinis.

"Biarlah kalau Allah tu dah takdirkan saya untuk jadi mandul, asalkan saya tak lahirkan anak-anak macam anak mak ni."

PANG!

Satu tamparan singgah di pipi Maryam Nadira. Maryam memegang pipi yang sakit ditampar itu.

"Patut dari dulu lagi anak aku ni tampar kau!." Ibarat menyimbah minyak ke dalam api.

Maryam Nadira tidak akan mengalah sekalipun terlucut title isteri pada ketika ini.

"Itu mak aku. Kau cakap elok-elok sikit!." Warning Ikmal Arif dengan marah.

"Kau marah aku bila aku menjawab kasar dengan mak kau, tapi kau diam bila mak kau hendik aku. Jaga hati mak kau tapi abaikan perasaan isteri kau.."

"Lepaskanlah aku, Ikmal. Dan kau kahwinlah dengan calon yang mak kau cari. We're not meant to be together."

"Baik. Kalau itu yang kau nak -kan. Maryam Nadira binti Zulkifly, aku ceraikan kau dengan talak 1!." Bila ego mengusai diri, mudah untuk mengikut emosi.

Maryam Nadira menangis. Bukan kerana sedih, tapi dia lega. Sudah cukup dia bertahan selama ini, akhirnya dia bebas. Andai ada orang bertanya apa nasihat perkahwinan, banyak yang dia nak pesan kepada orang muda yang tak sabar nak berkahwin. Bila sudah berkahwin, sebagai isteri bila suami minta berhenti kerja, kena tanya dan tengok samaada si lelaki tu boleh mampu ke tidak untuk menanggung kita. Berapa nafkah yang akan diberi. Kalau dia belum mampu, rasanya tak perlulah nak berhenti kerja lagi. Kelak, kita akan kerap bergaduh isu kewangan dan nafkah.

Bagi Maryam Nadira, dia bersetuju dan menyokong apabila ada wanita yang memilih dalam mencari pasangan hidup. Jangan pakai sauk sahaja disebabkan orang lain dah berkahwin atau umur sudah lanjut. Orang nak bercakap, sampai mati pun mereka akan tetap bercakap, tetapi yang menanggungnya adalah kita sendiri.

Baik lelaki atau wanita, perkahwinan itu penuh dengan amanah dan tanggungjawab. Kalau belum mampu atau tak boleh lepas lagi hidup atau lifestyle semasa bujang, tak perlulah fikir pasal kahwin lagi. Kita akan hancurkan masa depan orang lain.

Seumur hidup itu lama.

I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)Where stories live. Discover now