CHAPTER 19 : DADDY DEMAM

3.2K 148 3
                                    

"Princess, jangan nakal-nakal duduk dengan Aunty Nad, okay?." Pesan Uthman Harris yang sedang mendukung Mia.

Mia angguk kepala sambil tersenyum.

"Don't worry, dad. I will be a good daughter."

Maryam Nadira tersenyum. Uthman Harris memghela nafas, tidak pernah berjauhan lama-lama dengan anaknya namun kali ini dia terpaksa.

"Harris, kalau I nak balik kampung, I bawa Mia, boleh kan?."

"Sure you can."

"I tanya dahulu, risau you tak suka."

"Oh tak. I okay as long as Mia okay. Berhati-hati maklumlah anak bandar masuk kampung, I risau dia buat apa yang tak sepatutnya."

Maryam Nadira tergelak. Tiba-tiba teringatkan insiden Mia nak mengejar angsa.

"And Nad, jangan beri Mia makan yang manis-manis." Maryam Nadira angguk kepala.

"In shaa Allah I akan jaga Mia sebaiknya."

"I percaya dekat you, Nad."

Mereka sama-sama tersenyum.

......

Setiap hari Mia akan temankan Maryam Nadira ke mana sahaja Nad pergi. Samaada ke kebun bunga atau Homestay Zulkifly & Saadiah. Atau pergi servis delivery bunga segar. Dapat dilihat wajah Mia yang seronok itu. Lupakah dia kepada Uthman Harris?

"Assalamualaikum Nad. Mia okay?." Pesanan dari Uthman Harris itu dibaca.

"Waalaikumussalam Mia okay, alhamdulillah. Nak call dia ke? Dia masih belum tidur lagi."

Tidak lama kemudian, handphone Nad berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Video call daripada Uthman Harris. Maryam Nadira terus memanggil Mia dan menghulurkan handphone itu kepada Mia.

"Daddy!."

"Hai Princess. Rindu daddy tak?."

"Rindu! Daddy rindu Mia tak?."

"Mestilah daddy rindukan Mia."

"Daddy rindukan Aunty Nad tak?."

Bulat mata Maryam Nadira apabila mendengar soalan yang ditujukan Mia kepada Uthman Harris. Terasa panas pipinya. Ish budak ni, memang pencari jodoh daddy yang setia.

"... Erm..".

"Eh Mia gurau je. Mestilah daddy rindu, kan!." Gelak Mia. Maryam Nadira geleng kepala, janji Mia bahagia, biarkanlah.

"Daddy dah makan?."

"Dah. Daddy makan nasi ayam penyet. Mia dah makan?."

"Sudah. Aunty Nad masak nasi ayam hari ini..".

"Sedap tak?."

"Mestilah sedap. Daddy, kat dalam meeting tu tiada perempuan, kan?."

"Kenapa?."

"Daddy jangan macam-macam tau. Cukup Mia je and of course Aunty Nad je yang boleh dekat dengan daddy!".

Maryam Nadira ketap bibir. Terasa tersekat air yang diminumnya.

"Ehem!.. ehhem!..". Nad tersedak air semasa berada di dapur. Walaupun berada di dapur, namun dia masih boleh mendengar perbualan itu dengan jelas.

"Aunty Nad! Are you okay?." Laung Mia dari ruang tamu.

I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)Where stories live. Discover now