Elianna Nur Damia tersenyum melihat baby yang sedang tidur disebalik cermin kaca itu. Maryam Nadira tersenyum sambil memeluk Mia.
"Itu adik Mia, Mummy?." Soal Mia dengan lembut. Dia seakan tidak percaya.
"Yes. Itu adik Mia. Comel macam Mia, kan" Jawab Maryam Nadira tersenyum lalu mencium pipi Mia.
Mia angguk kepala sambil tersenyum. Dan tiba-tiba dia memandang ke arah Maryam Nadira dengan riak wajah yang sedih.
"Nanti Mummy mesti lebihkan adik je, kan." Rajuk Mia.
Maryam Nadira tersenyum sambil memegang kedua belah pipi gebu kemerahan Mia itu.
"No. Mummy tetap sayangkan anak Mummy ni. Mia anak pertama Mummy, walaupun bukan Mummy yang mengandung dan melahirkan Mia, tapi Mia tetap anak pertama Mummy. Faham?." Pujuk Maryam Nadira.
"Sungguh?."
Maryam Nadira angguk kepala sambil tersenyum. Dia sungguh-sungguh sayangkan Elianna Nur Damia ini dengan sepenuh hatinya, mana mungkin kasih sayangnya akan berkurangan kepada Mia sedangkan disebabkan gadis kecil inilah, dia menemui kebahagiaan yang dia ada sekarang ini. Dia mendapatkan suami yang bertanggungjawab dan Mia mempunyai keluarga yang sempurna. Dia sanggup mengorbankan nyawa demi mereka ini. Maryam Nadira mencium dahi Mia dan memeluk anaknya itu. Cukup 6 tahun lalu Mia kekurangan kasih sayang seorang ibu, kini dia tidak akan membuatkan gadis kecil itu merasainya lagi.
"Mummy sayang Mia, dengan sungguh-sungguh. Mia jangan risau, Mummy takkan lupakan Mia " bisik Maryam Nadira. Mia angguk kepala lalu memeluk Maryam Nadira.
Uthman Harris mendekati mereka berdua.
"Sekarang ini, Daddy yang rasa kekurangan kasih sayang." Rajuk Uthman Harris sambil peluk tubuh.
"Tengok, Daddy peluk tubuh Daddy sendiri je, tiada siapa nak peluk Daddy lagi."
Maryam Nadira dan Mia berpandangan seketika lalu mereka ketawa. Geli hati melihat tingkah Uthman Harris itu. Mia kemudiannya melepaskan pelukan pada Maryam Nadira lalu dia memeluk Uthman Harris.
"Takkanlah Mia nak tengok Daddy peluk tubuh Daddy sendiri." Mia memeluk kemas Uthman Harris. Maryam Nadira tersenyum melihat tingkah mereka berdua sambil gelengkan kepalanya. Bahagianya dia sekarang ini kerana dikurniakan sebuah keluarga yang harmoni dan berkasih sayang.
Maryam Nadira mendepakan kedua tangannya di hadapan Uthman Harris lalu memeluk suaminya itu dengan erat.
"Takkanlah Mummy pun nak tengok je Mia and Daddy berpelukan, kan." Usik Maryam Nadira.
"Tapi Mia tak kena peluk pun." Rajuk Mia sambil muncungkan mulutnya dan peluk tubuh.
Mereka berdua menunduk ke bawah melihat gaya anak dara mereka lalu ketawa. Uthman Harris mendukung Mia lalu mereka bertiga berpelukan bersama.
Maryam Nadira melihat baby perempuan yang sedang lena tidur itu, dia tersenyum bahagia.
Dia tidak perlu untuk mengotorkan tangannya membalas dendam kepada keluarga bekas mertuanya kerana kifarah Allah itu sentiasa ada. Ikmal Arif ditahan ketika sedang khayal menikmati najis dadah, dan lebih menyedihkan adalah isterinya juga meminta cerai kerana sudah tidak tahan hidup bersama dengan lelaki itu. Tersungkur jatuhlah keluarga bekas mertuanya dengan berita itu. Kini, tiada siapa lagi yang ingin dekat dengan keluarga mereka. Akibat mulut, badan binasa.
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)
Lãng mạnKisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short lo...