Maryam Nadira memandang wajah Uthman Harris. Mengharapkan pengertian daripada lelaki itu diatas kata-katanya itu. Dia cuma bercakap untuk melepaskan dirinya sahaja daripada Ikmal Arif. Dirty games.
"Erm.. I'm sorry, Harris. I terpaksa guna you as a extra character in my drama. I geram sangat dengan Ikmal Arif tadi."
Lelaki itu berdiri sambil peluk tubuh di hadapannya. Tidak senyum cuma merenung wajah Maryam Nadira sahaja.
"It's okay.. but."
Maryam Nadira memandang ke arah Uthman Harris dengan pandangan pelik.
"But what?."
".. once it said, consider a promise. Means, sekali you cakap, I akan anggap itu janji."
Maryam Nadira membulatkan matanya.
"I tak bermaksud, Uthman Harris. I cuma nak Ikmal Arif tak ganggu I lagi."
"I faham. Tapi dah alang-alang you cakap, apa kata kalau kita tunaikan je. Lagipun Mia memang suka you."
"Erm.. Harris, tolong berhenti bergurau." Maryam Nadira memulakan langkah untuk masuk ke rumah. Kedengaran suara ketawa Uthman Harris.
"...I tak bergurau, Nad." Uthman Harris memandang Maryam Nadira yang sedang berjalan masuk kedalam rumah itu. Dia memandang ke atas langit sambil menguis rambutnya lalu tersenyum.
Dia memang tidak bergurau. Dia bukan sejenis lelaki yang akan bergurau tentang soal kahwin.
......
Maryam Nadira menggaru kepala yang tidak gatal itu. Menggigit bibirnya sendiri. Dia menarik-narik rambutnya. Terasa sakit sekali kepalanya. Sakit kepala dengan perangai Ikmal Arif dan juga Uthman Harris. Balik dari Jakarta terus menjadi lain. Terbawa balik jenglot ke apa.
Dia menghela nafas yang berat. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dan akhirnya dia tertidur. Tertidur kerana penat otak berfikir.
......
Malam berlalu dengan begitu pendek sekali. Maryam Nadira terbangun kerana mendengar bunyi ayam berkokok. Dia bangun dari katil dan menuju ke pintu bilik, dengan mata yang mamai. Dia ingin ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dan dengan tidak sengaja dia terlanggar dengan seseorang dan hampir terjatuh. Dia merasakan pinggangnya dipegang. Matanya membulat melihat gerangan orang itu.
Uthman Harris! Terus dia berdiri tegak. Dan dengan tidak sengaja, dahinya terlanggar kuat dengan pintu biliknya pula. Dia memegang dahi itu. Sakit!
"Aduh!."
"Are you okay, Nad?." Tanya lelaki bersuara garau itu.
Maryam Nadira masih mengosokkan dahinya. Pagi-pagi sudah ada scene sebegini, dia malu.
"I'm okay." Jawab Nad lalu melangkah pergi dari situ.
Uthman Harris memandangnya.
Maryam Nadira melihat ada benjolan kecil di dahinya. Kalau benjol tu besar, dah macam ikan flowerhone gayanya.
"Aunty Nad!." Panggil Mia.
"Hai sayang."
"Eh kenapa dahi Aunty Nad tu?."
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. DUDA (COMPLETE)
RomantizmKisah diantara Uthman Harris dan Maryam Nadira. Apabila si duda bertemu dengan si janda. Si janda yang sudah hilang kepercayaan terhadap ikatan perkahwinan akibat kekecewaan perhubungan di masa lalu ALL RIGHTS RESERVED. Semua watak didalam short lo...