Keesokkan harinya..
Sekarang aku di dalam mall bersama dengan Sofea sedang berjalan-jalan mencari baju.. baju untuk Sofea ye bukan untuk aku hihi..
Setibanya kami di satu butik, Sofea terus meninggalkan aku seorang diri dan terus masuk mencari baju yang dia mahu.. haihh tak sabar-sabar Sofea..habis aku kena tinggal hmm
Selepas 1 jam berjalan mencari baju untuk Sofea, aku pon memberitahu Sofea untuk ke tandas sebentar.
UMAIRAH POV
"Abang Nikk, Mairah nak ke tandas sekejap boleh? Dah tak tahan nii" kata Mairah kepada abangnya.
"Hmm" balas Tengku Nik Uzair. Lalu Mairah pon terus pergi ke tandas meninggalkan abangnya seorang diri.ADALIA POV
Selepas aku selesai kan hajat aku, aku membasuh tangan dan ingin keluar mencari Sofea. Tiba tibaaa
"Auchh..aduhh sakitnya" kata aku yang sudah terduduk akibat dilanggar oleh seseorang."Minta maaf akak..Saya tak sengaja, akak okayy tk? Boleh bangun tak ni??"kata seorang gadis muda yang melanggar aku tadi.
"Erm ya akak okay..sikit" aku perlahankan sedikit ayat di akhir itu.
"Akak nak saya bawa pergi klinik tak ? Nak cek luka ka apa?" kata gadis itu dengan riak muka yang risau dan sedikit takut."Takpe dikk akak okay je.. sikit je nii jangan risau okayy" balas aku untuk menunjukkan yang aku okay ' tapi dalam hati ni rasa sakit nak mampuihh'
"Ermm okay la kalau macam tu.. Saya minta maaf lagi sekali tau sebab terlanggar akak.. Saya tak sengaja" katanya lagi.
"Ye takpe dik akak okay je, akak pergi dulu byee" kata aku sambil melambai kearah adik ituu.
Selepas kejadian itu, aku terus mencari Sofea.
"Lamanya kau pergi tandas Dalia? Sembelit ke? Hahaha"
"Takde la..mana ada kau nii..ramai orang tu lama sikit"
"Hmm ye la sekarang nak pergi mana? Nak balik terus ke?"
"Jom kita pergi kedai buku dulu aku nak cari novel baru" ajak aku.
"Okayy jommm"Aku dan Sofea masuk ke kedai buku dan mencari buku yang menarik.
"Yess dah jumpaa!! Sofea jom kita duduk dulu..aku nak baca buku ni sekejap""Ha ye ye jom kita duduk tapi sebelum tu aku nak pergi beli air, kau nak apa-apa tak?"
"Aku tak nak apa-apa..kau pergi la dulu, aku duduk dan tunggu dekat sini""Okeyy Dalia..tunggu tauu!"
Aku hanya mengangguk sebagai balasan.Semasa aku sedang ralit membaca buku, tiba-tiba ada seseorang menegur aku.
"Akak!! Akak ni yang saya terlanggar tadi tu kan? Ingat saya lagi tak?" kata gadis itu dengan nada teruja. Aku perhatikan gadis itu dan TINGG
"Ye..Ehh!! Adik buat apa kat sini?" tanya aku kepada gadis itu dengan ramahnya seperti aku dah lama kenal.
'Padahal tak kenal pon, kenal dalam beberapa minit yang lalu je..hihihi'"Saya tengah cari buku novel kat sini. Maklum lah saya pon minat novel jugak hehe.. eh lupa pulak, nama saya Umairah akak boleh panggil saya Mairah. Boleh saya duduk kat sini?"
"Boleh-boleh,duduklah..ooo Mairah..nama akak Adalia, Mairah nak panggil akak apa-apa pon takpe" kata aku sambil mempelawa Mairah duduk."Kalau macamtu saya panggil akak comey boleh? Sebab pipi akak comey sangat geramm Mairahh hihi"
"Er..er.. ye ye boleh Mairah asalkan panggilan tu baik.. :)"Mairah datang sini sorang je ke" tanya aku.
"Mairah datang sini dengan a-"
"Mairahhh!! Why are you here? Kenapa tak tunggu abang sekali ha!?" kata Tengku Nik Uzair dengan nada yang tegas dan marah."Ala abang Nik ni..tadi dia yang suruh pergi dulu sebab abang Nik nak cari barang kan? Tu yang Mairah pergi sini dulu..takkan lupa kot wahai abang kuu"
" Er- hmm OK fine. Mairah betul, I'm so soryy" kata Tengku Nik Uzair dengan keluhan dilepaskan. Aku hanya diam dan perhatikan sahaja drama adik beradik ini.
"Mairah dah pilih ke buku yang Mairah nak? Dah pilih barang yang nak beli?" kata Tengku Nik Uzair.
"Dahh, Mairah dah jumpa tapi Mairah nak duduk kejap dengan akak comey ni..nak sembang-sembang kejap"
"Akak comey? Akak comey mana pulak ni?"kata Tengku Nik Uzair dengan kelirunya."Ni la akak comey tu" balas Mairah. Dan kemudian, Tengku Nik Uzair pon menoleh ke arah seseorang yang Mairah tunjukkan. DUP DAP DUP DAP DUP DAP DUP DAP. Tengku Nik Uzair terkaku,terkejut serta terkedu melihat seorang gadis yang bertudung dan bertutup litup yang baginya manis semanis gula di matanya..
Jeng jeng jeng HAHAHA
#hai readers thank youu for read this storyy.. Jumpa di next chapter okayy
Jangan segan segan untuk komen yee :)
YOU ARE READING
HIS LITTLE MARSHMALLOW
RomanceKarya pertama bouquetlower 1st story.. . . . TENGKU NIK UZAIR -Seorang jejaka yang kacak, beku dan pendiam itulah sifatnya yang mampu menarik perhatian semua wanita di luar sana. Berumur 28 tahun dan menjadi CEO di syarikat NIK HOLDINGS yang terkena...