BAB 38 ✓

4.2K 96 0
                                    

Keesokkan paginya..

Dalia terjaga dari lenanya. Dia melihat jam telefon pukul 7 pagi di Istanbul. Dia menoleh ke sebelah dan mendapati suaminya yang masih tidur.

Dalia mendekati Tengku dengan perlahan. Tangannya bergerak mengelus muka Tengku.

"Handsome jugak suami aku ni" kata Dalia perlahan.

Dengan bulu kening yang lebat, bulu mata yang lentik, hidung mancung dan bibirnya yang merah jambu itu menampakkan Tengku tidak merokok. Dalam erti kata lain, PERFECT!

"Tapi sayang..suami aku ni psycho sikit. Kalau suami aku ni tak psycho, mesti dari dulu aku dah kahwin dengan dia. Hmmm" Dalia asyik memerhati wajah Tengku sambil mengelus muka Tengku dari atas hingga bawah.

Tiba-tiba Tengku membuka mata. Tengku terus menarik leher Dalia rapat ke arahnya.

"So, kau takut dengan aku dulu sebab aku psycho hmm?" tanya Tengku dengan suara yang serak basah.

Dalia tergamam. Alamak!!! Habislahh diaaa! Takkan Tengku dengar semuanya tadi??!

"Er..er..ta-takde"

"Takde apa, dear?"

"Takde apa. Saya nak mandi dulu" balas Dalia cepat. Dia tidak mahu berlama dalam keadaan begitu. Tetapi tidak begitu mudah.. Tengku masih menahan lehernya dari terus bergerak.

"Answer me first, dear" kata Tengku.

"Y-ye. Sa-saya takut dengan hu-hubby dulu se-sebab hubby ps-psycho" balas Dalia tergagap gagap sambil menutup mata. Kerana apa? Kerana TAKUT.

"Open your eyes dear.." arah Tengku perlahan. Dalia pon membuka matanya perlahan-lahan.

"Look. I'm sorry if I scared you. Aku tau aku berkasar dengan kau dulu. Tapi, aku buat semua tu untuk jadikan kau hak aku. I LOVE YOU. I don't want to loose you" kata Tengku panjang.

Dalia tidak berkelip. 'Di-dia confess de-dekat aku ke' desis hati Dalia.

"Marshmallow" panggil Tengku.

"Aku tau kau kahwin dengan aku sebab terpaksa. That's mean you don't love me, right. It's okay. Aku akan buat kau sampai jatuh cinta dengan aku. And when the love begin, it will last forever."

Kata-kata Tengku itu sungguh mendalam bagi Dalia. Dia..terharu. Tetapi, Dalia tidak tau sama ada dia sudah jatuh cinta belum dengan Tengku. Dia tidak tau perasaan dia sekarang ini. Dia confuse.

Jadi, Dalia hanya diam. Tidak membalas apa-apa. Tengku yang melihat Dalia yang diam itu terus melepas leher Dalia dan bangun.

"Kau mandi la dulu. Kemudian, kita pergi breakfast" kata Tengku dan dia terus ke balkoni yang ada di luar.

Dalia terus ke bilik mandi dan mandi serta bersiap.

. . .

Selepas Tengku dan Dalia bersiap, mereka pergi ke restoran yang ada di dalam hotel itu.

Sepanjang perjalan mereka ke restoran, Tengku hanya diam sahaja. Dalia yang perasan akan hal itu terus bertanya kepada Tengku.

"Hu-hubby okay ke?''

"Hm" balas Tengku ringkas.

"Merajuk dengan saya ke?"

"Tak" Dalia diam. Dia tidak tahu kenapa suaminya begini.

Setelah sampai di restoran, mereka berdua duduk di meja yang telah disediakan. Mereka pon menjamu selera di situ.

. . .

"Lepas ni kita nak pergi mana?" tanya Dalia pada Tengku.

"Balik hotel. Tidur" balas Tengku ringkas.

"Tapi saya taknak. Kita kan datang sini untuk honeymoon. Kalau asyik tidur je, baik tidur dekat rumah"

Betul kata Dalia itu. Kalau nak tidur, tidur dekat rumah sendiri lagi seronok. Kenapa pergi jauh-jauh untuk tidur..hmmm

"Kau kena ikut cakap aku. Jangan bantah cakap aku." kata Tengku dengan gah nya.

"NO. Saya taknak. Saya nak jalan-jalan dekat sini. Saya tak nak tidur. Full stop." kata Dalia pula tidak mahu mengaku kalah.

"FINE" kata Tengku geram dan terus pergi dari situ. Dalia menghentak kaki geramm.

"Apa kena dengan dia ni? Semua tak nak. Datang sini mestila nak jalan-jalan, kalau nak duduk hotel je buat apa herhh. Merajuk ke apa dia tu?" kata Dalia seorang diri.

"Hmm takpe lah. Aku jalan-jalan dulu la dekat area sini. Lepas balik nanti baru aku pujuk hubby aku tu"  Dalia pon terus pergi dari restoran itu. Dia akan memusing di sekitar hotel ini sahaja kerana dia tidaklah kenal dengan orang di sini. Jadi, dia hanya pergi ke tempat yang terdekat sahaja untuk mengelakkan masalah berlaku.

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now