BAB 14 ✓

5K 128 0
                                    

Setelah beberapa minit, akhirnya kami sampai di rumah aunty. Aku tergamam melihat rumah aunty. 'Ini rumah ke istana? Besar betul' 

Rumah agam yang mewah di pandang dengan penuh kekaguman. 

 "Ini la rumah aunty..mari masuk Dalia" aku mengangguk dan kami pon masuk ke dalam. Sampai di ruang tamu, aunty menyuruh aku duduk sebentar. Aku pon duduk dan sambil itu melihat lihat di kawasan itu.

 Design ruang tamu itu sangat mewah ye. Dipenuhi dengan bunga mawar merah dan putih, dipadankan pula dengan sofa yang berwarna shining gold dan dinding yang berwarna putih bersih. Sangat cantikk! Mungkin aunty ini amat meyukai bunga mawar kerana sebelum masuk ke dalam rumah pon aku ternampak bunga mawar yang mekar di halaman rumahnya.

"Daliaa...mari sini makan. Aunty dah siapkan makanan itu kita" jerit aunty dari dapur.

 "Baik aunty" aku pon berlalu ke dapur.

 Jangan risau readers semua, dapur dengan ruang tamu dekat je sebab tu Dalia tau dekat mana dapur :)

 "Mari duduk. Aunty ada siapkan banyak makanan untuk Dalia." Memang tak dinafikan makanan yang di masak oleh aunty nampak sangat sedap. Baru nampak je, kalau makan ni bertambah sedap. Kecur air liur aku..

"Aunty tak nak makan sama sama ke? Jom la makan juga"pelawa Dalia.

 "Tunggu kejap ye, aunty nak panggil anak anak aunty turun makan" kata aunty. Aunty pon memanggil anaknya sambil aku tunggu di meja makan. 

 "Ha dah turun pon..jom makan sama sama." kata aunty lagi. Aku melihat seorang gadis perempuan masuk ke ruangan meja makan. Eh..macam kenal..

 "Ehh akak comey pon ada? Hai akakk!" kata Mairahh dengan teruja. Aku hanya terdiam dan bergilir gilir melihat Mairah dan aunty. Whattt !! Kalau aunty ni ibu kepada Mairah... jadi aunty ni jugak ibu kepada TENGKU NIK UZAIR. DAN AKU SEKARANG DEKAT RUMAH TENGKU NIK UZAIRRRRR..

 Macam mana aku tak boleh perasan ni? Patut la muka aunty ni familiar..sekarang ni aku nak buat apa? Takkan nak lari pulak?? Aku menggeleng perlahan. Okay takpe Dalia, mungkin Tengku Nik Uzair takde kat rumah sekarang. Chill Dalia..

"Kamu berdua ni kenal ye? " tanya aunty.

 "Haah mama..ini la akak yang Mairah ceritakan dekat mama dulu"

 "Ooo alahai keciknya dunia..mama dah lama nak jumpa akak yang kamu ceritakan tu, akhirnya berjumpa jugak..patutlah kamu panggil akak comey, memang comey ponn" Aku tersenyum malu. Orang puji kita wehh hihihi. 

 "Ha abang kamu ni mana? Tak nak makan ke?" Jangan.. jangan pliss.. Aku harap dia takde kat rumahh

"I'm here mama" tiba tiba ada suara garau bercakap dan orang itu ialah TENGKU NIK UZAIR..haih macam mana la aku nak hadap dia niii.. Tengku Nik Uzair mengambil tempat duduknya di hadapan aku. Aku hanya menundukkan pandangan.

 "Semua dah ada jadi mari kita makan.. Dalia makan ye, jangan malu malu" Aku mengangguk sambil melihat bawah. Macam mana aku tak tengok bawah? Dah la orang depan aku ni pandang aku macam nak terkam aku. HAIHHH nak makan pon tak senang.

Selepas makan, aunty menyuruh aku duduk dulu di ruang tamu ditemani oleh Mairah. Aku pon bersembang dengan Mairah seperti biasa. 

 "Dalia, aunty minta maaf sangat sebab tak boleh hantar Dalia balik.. Tapi jangan risau aunty suruh Uzair hantarkan kamu ye" kata aunty dengan sedikit kecewa apabila tidak boleh menghantar aku balik. Balik dengan Tengku?? Memang tak la aku nak. 

"Takpe aunty, saya balik naik grab aje. Tak perlu susahkan Tengku"

 "Takpe Dalia..anak aunty tu tak buzy pon harini" belum sempat aku mahu menolak lagi, ada suara yang memintas aku. "Let's go Dalia" kata Tengku Nik Uzair.

 Aku hanya mengeluh pasrah. Aku terpaksa :( Aku bersalaman dengan aunty dan Mairah dan masuk ke dalam kereta Bugatti Chiron milik Tengku. Nicee car..

Aku melambai ke arah aunty dan Mairah dan kereta itupon bergerak keluar.





#hai readerss thanks for reading this story.. Jumpa di next chapter okay

Jangan segan segan untuk komen ye :)

Untuk pengetahuan readers, Tengku Rosalinda ( ibu kpd T.N.U) yg suruh Dalia panggil aunty je.. Takyah tengku tengku ni. Sebabtu la Dalia panggil aunty je.. Okay byee

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now