Aku sekarang berada di rumah sewa ku sedang melayan perasaan. Haihh.. lepas saja kejadian itu aku terus balik ke rumah dan meminta MC kepada Danial untuk 2 hari. Aku tak sanggup dah nak bekerja di situ..
"Perlu ke aku berhenti kerja?" bisik aku seorang diri.
"HOI! Kau ni tak kerja ke Dalia? Sakit ke?" aku tersentak dan menoleh ke arah Sofea
"Aku nak berhenti kerja Sofea"
"Haa? Kau ni kenapa tiba tiba ja nak berhenti kerja? Ada orang kacau ke? kalau ada bagitau aku, maii sini aku tumbuk muka dia..beshaa dia kacau bestie aku nii" aku tertawa kecil dengan telatah Sofea.
"Boss aku"
"Bo– what?? Boss kau kacau kau?" aku mengangguk.
"Beraninyaa boss kau kacau kau...Dia tu takde kerja lain ke? Tau la dia boss tapi takpayah la kacau orang. Kau ada gambar dia tak Dalia? Aku nak tengok sikit muka dia yang tak hensem tu" Aku menunjukkan gambar Tengku Nik Uzair.
Mata Sofea membesar dan dia tergamam. "In– ini ke boss kau Dalia?" Sofea tergagap gagap.
"Ya..yang kau tergagap ni apasal? Kau nak tumbuk muka dia kan so nanti kau ikut aku pergi office dia. Aku nak tengok kau tumbuk muka dia"
"Er..aku rasa tak payah kot..tak sampai hati la pulak..nanti habis la muka dia yang hesmes tu hihihi" kata Sofea dengan gedik. Aku hanya menjeling nya.
"Kau ni pantang nampak muka hensem sikit kau dah menggeletis..ni baru gambar, kalauu jumpa depan depan tak tau la.." kata aku dengan menyampah.
"Cuba kau bagitau aku apa yang dia buat kat aku" Aku pon menceritakan semuanya kepada Sofea. Sofea pon rasa terkejut dan tidak percaya semasa aku bercerita.
"Biar betul Dalia dia buat macam tu kat kau?? Untung gilerr kauu" Aku mengetuk kepala Sofea dengan kuat. Geramm betul aku.
"Kau kata untung?? Kau giler ke ? Tau tak haram bila dia buat macam tu.. Yang kau sokong dia pulak kenapa?" kata aku dengan geram. Aku tak sangka yang aku dapat kawan biul macam ni. Aku menggeleng perlahan..
"Aku rasa la kan yang dia tu suka dekat kau. Sebab tu dia tak bagi kau cakap dengan orang lain. Untung la baru masuk kerja je dah ada orang suka..boss pulak tu"
"Tak habis habiss dengan untung kau tuu.. Hello cik Sofea..kerja aku ni memang kena bergaul dengan semua orang..kalau aku pilih orang untuk bercakap, nanti yang lain tu ingat aku sombong pulak macam mana? Ha tak pasal pasal bankrupt syarikat tu sebab tak dapat projek.."
"Ala kau ni..kalau syarikat tu bankrupt biar je la..boss kau yang tanggung bukan kau. So tak payah kisah sangat"
"Ishh mulut kau ni..pastu nanti aku nak kerja dekat mana pulak? "Kau kerja je la dengan aku. Hilang bosan aku nanti ada teman" kata sofea dengan teruja.
Sofea telah membuka sebuah kedai bukunya sendiri. Berkat usaha dan kerja kerasnya, kedai itu mendapat tarikan daripada banyak pelanggan terutamanya dari golongan muda..dan sekarang kedai buku Sofea sudah menjadi popular.
"Amacam..mauu?" kata Sofea sambil mengangkat angkat keningnya..
"Tapi aku sayang kerja aku tu..hmm" aku mengeluh perlahan.
"Kalau macam tu kau kerja je dekat situ okay..kau kann kuatt Dalia..takmau sedih sedih okay" Aku hanya mengangguk.
#hai readerss thanks for reading this story.. Soryy kalau bab ni boring sikit.
Jumpa di next chapter okay
Jangan segan segan untuk komen ye :)
YOU ARE READING
HIS LITTLE MARSHMALLOW
RomanceKarya pertama bouquetlower 1st story.. . . . TENGKU NIK UZAIR -Seorang jejaka yang kacak, beku dan pendiam itulah sifatnya yang mampu menarik perhatian semua wanita di luar sana. Berumur 28 tahun dan menjadi CEO di syarikat NIK HOLDINGS yang terkena...