MALAYSIA
Setelah tiba di Malaysia, Tengku terus pulang ke rumah mamanya.
"Uzair?? Kenapa tak bagitau nak balik?" tanya mama yang baru sahaja turun.
"Uzair ada kerja sikit mama. Itu yang Uzair balik ni. Mama tolong tengokkan Dalia kejap. Uzair nak keluar. Ada hal." kata Tengku. Mama mengangguk. Sebelum Tengku sempat keluar, Dalia memanggilnya.
"Hubby!" panggil Dalia sambil berlari kecil.
"Hubby nak pergi mana?"
"Aku nak keluar kejap. Nanti aku balik. Kau duduk je dalam rumah, jangan keluar. Faham?" kata Tengku.
"Tapi kenapa?"
"Please dear. Dengar cakap aku. Duduk dalam rumah diam-diam. Aku pergi dulu." Lepas sahaja berkata begitu, Tengku cium dahi Dalia sekilas dan terus keluar. Sempat dia menyuruh guard di situ untuk pantau sekeliling rumah itu.
. . .
Markas BLACKLEAOPARD
VROMM VROMM VROMM
Bunyi Superbike Ducati Panigale V4 milik Tengku memenuhi di ruang markas itu. Dengan kecepatan yang laju, semua anak buah Tengku berbaris untuk menyambut kedatangan ketua mereka. Tengku berjalan dengan gah di antara anak buahnya. Semua anak buahnya menunduk kepada ketua mereka.
Mukanya tidak mempunyai senyuman langsung dan muka bengis yang hanya ditayangkan. Itu membuatkan kesemua anak buah takut untuk menatap dan bertentang mata dengan ketua mereka. Tengku terus berjalan ke bilik hacker milik Zack di dalam markas itu.
Tanpa salam atau apa-apa, Tengku terus menerjah ke dalam bilik itu.
"Kau dah tau siapa yang serang markas haritu?" Zack tersentak.
"Ishh kau ni. Cuba bagi salam ke apa. Main terjah gitu aje. Nasib aku takde sakit jantung." kata Zack.
"Whatever. So?" kata Tengku.
"Amer. Dialah yang serang markas kita."
"Amer?? Kenapa budak tu serang markas kita? Setahu aku kumpulan kita takde masalah dengan dia" tanya Tengku.
"Ye, memang dia takde masalah dengan group kita. Tapi dia ada masalah dengan kau. Dia serang markas kita disebabkan dia berdendam dengan kau." terang Zack.
"Dia juga sudah menjadi ahli Xavier, musuh ketat kita dan senjata yang dia bawa untuk serang markas kita haritu, bukan biasa-biasa. Dia juga mempunyai sniper yang tersembunyi. Sebab tu lah dia mudah serang markas kita dan senang terlepas." terang Zack lagi. Tengku tersenyum sinis mendengar itu.
"Well..well..well..tak sangka budak lemah tu dah jadi musuh kita. Good improvement little boy. But, it's okay. Kalau dia nak main dengan aku, then the game is on" kata Tengku dengan senyuman yang mengerunkan.
"Tapi kenapa dia berdendam dengan kau? " tanya Zack.
"Because I take his girl from him" balas Tengku tenang.
"His girl?.. Maksud kau, Dalia?!" tanya Zack terkejut.
"Yes"
"Wowww kau ni hebat gilerrr. Padu laa" kata Zack teruja sambil menepuk tangan seperti anak kecil.
"So, kau nak buat apa lepas ni?"
"Just wait and see"
. . .
Dari tadi Dalia mundar-mandir di ruang tamu menunggu kepulangan suaminya. Mama yang melihat itu berasa pening.
"Dalia sayang..duduklah. Kamu tak penat ke?" kata mama.
"Takpe mama. Dalia okay je. Kalau mama nakk naik atas, mama naiklah dulu." kata Dalia tidak mengalah.
"Dalia.. Duduk sini sayang"panggil mama lembut. Dalia terus duduk di sebelah mama.
"Kenapa kamu gelisah semacam ni, hmm? Cuba cerita dekat mama" kata mama sambil mengusap kepala Dalia.
"Mama, Dalia nak tanya sikit boleh?"
"Tanyalah.."
"Suami Dalia ada pekerjaan lain ke selain dari ceo?" Mama terdiam.
"Kenapa Dalia tanya macam tu nak?"
"Sebab Dalia dapat rasakan yang suami Dalia ada sembunyikan sesuatu dari Dalia. Dalia nak tahu mama. Boleh bagitahu Dalia..?" kata Dalia yang penuh berharap.
"Maafkan mama sayang.. Bukan mama tak nak bagitahu, tapi ada baiknya Uzair bagitahu kamu sendiri. Mama dah janji dengan Uzair untuk tidak bagitahu kamu" kata mama tenang.
"Sekarang ni kamu naik atas dan mandi. Dari tadi kamu tak mandi kan. Lepastu makan ye. Nanti lapar" Dalia hanya diam saja. Memang betul tekaan Dalia. Tengku ada sembunyikan sesuatu daripadanya. Tetapi apakah itu? Kenapa Tengku perlu sembunykan darinya? Hmmmm
"Dalia.." panggil mama.
"Ye mama" kata Dalia yang tersedar dari mengelamun itu.
"Pergi naik atas ye"
"Baik mama" akur Dalia. Dia terus naik ke bilik Tengku dan mandi untuk segarkan badan. Mama melihat Dalia naik.
"Mama harap kamu boleh terima semua nii, Dalia" kata mama seorang diri.
# hai readerss..jangan segan-segan untuk komen ye..
Jumpa di next chapter.. BYEE :)
YOU ARE READING
HIS LITTLE MARSHMALLOW
RomanceKarya pertama bouquetlower 1st story.. . . . TENGKU NIK UZAIR -Seorang jejaka yang kacak, beku dan pendiam itulah sifatnya yang mampu menarik perhatian semua wanita di luar sana. Berumur 28 tahun dan menjadi CEO di syarikat NIK HOLDINGS yang terkena...