BAB 20 ✓

5.1K 100 0
                                    

"Apa dia?" tanya umi dan abah serentak.

"Kalau Lia cakap yang Lia nak kahwin umi dan abah izin tak?" Umi dan abah berpandangan sebentar.

"Mestilahh bolehh!" sokong ayah. Aku jadi terkejut. Serius la boleh?? Macam tak caye je.

"Betul ke ni abah?" tanya aku untuk kepastian.

"Ye Dalia.. Umi pon tak halang Lia berkahwin. Walaupon umur Lia masih muda, tapi umur umur macam ni la sesuai untuk kahwin. Umi pon kahwin ngan abah kamu ni masa umur 20 tahun. Lagi muda dari kamu tau." balas umi pulak.

Ha 20 tahun?? Awal betul umi aku kahwin'

"Tapi abah nak yang bakal suami kamu tu orang yang baik. Yang mampu jaga anak abah ni. Yang mampu melayan segala karenah kamu tu. Pendek kata, abah nak kamu dijaga dan disayangi oleh orang yang betul. Abah sayang sangat dekat anak abah ni."

Aku sunggu terharu dengan kata kata abah. Abah, I LOVE YOU MOREE!

"Kamu tanya ni dah ada calon ke? Dah ada yang kamu berkenan?" tanya umi sedikit curiga. Aku terdiam. Macam mana nak bagitau ekk? Readers boleh tolong tak? Heheh

"Ermm bukan Lia berkenan umi. Cuma..ada seorang aunty ni nak jodohkan anak dia dengan Lia. Macam merisik gitu?? Tapi Lia tak bagi jawapan lagi, sebab Lia nak bincang dengan umi dan abah duluu"

"Oooo..kamu kenal ke dengan anak aunty tu?" Aku mengangguk.

"Sapa orangnya?"

"Bosss Lia."

"APAA! Bukan ke boss kamu tu keluarga TENGKU?" tanya umi dengan terkejut. Aku mengangguk lagii.

"Lia..bukan umi taknak bagi sayang, tapi keluarga kita dengan keluarga boss kamu tu sangat berbeza. Kita ni orang kampung je Lia. Kita tak berharta macam mereka. Umi taknak orang kampung kata kamu ni gilakan duit. Jadi umi rasa baik Lia tolak aje ye." Abah pon mengangguk tanda setuju dengan apa yang umi katakan.

"Umi bukannya halang kamu berkahwin tapi kamu cari la orang yang sama seperti kita. Umi tak nak ada masalah. Umi harap kamu faham ye nakk" kata umi lagi.

Aku mengangguk faham.

"Baiklah umii. Kalau umi dah cakap macamtu dan abah pon setuju, nanti Lia akan bagitau dekat aunty. Sebenarnya Lia bagitau ni pon bukan bermaksud yang Lia akan setuju tapi Lia nak umi dan abah tau jugak hal ni. Lia pon sedar yang keluarga kita jauh berbeza dengan mereka. Jadi jangan risau nanti Lia akan bagitau dekat aunty jawapan Lia"

Umi dan abah mengangguk faham. Lega rasanya apabila mengetahui yang Lia setuju dengan pendapat mereka.

....

Selepas 2 hari bermalam di rumah umi dan abah, sudah tiba masanya untuk aku pulang ke rumah sewa aku. Kerana esok aku sudah mula bekerja. Hmm penatlah bekerja..kalau boleh hari hari nak cuti. Huhu.

"Lia balik elok elok ye. Dah sampai rumah terus call umi ye"

"Baik umi" Aku bersalaman dengan umi dan abah.

"Lia, yang pasal haritu abah harap Lia bagitau cepat dekat aunty tu ye. Cakap elok elok ye? Abah harap aunty tu akan terima." kata abah. Aku mengangguk perlahan.

Aku terus masukkan beg ku ke dalam teksi yang telah sampai. Aku juga melambai ke arah orang tua ku.

"Bye umii..bye abahh" kata aku sedikit sedih. Umi dan abah pon melambai ke arah aku sehingga la teksi itu hilang dari pandangan mereka.




#hai readerss terima kasih for reading this story.. Jumpa di next chapter okay

Jangan segan segan untuk komen ye :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now