Dalia terjaga dari pengsan. Dia melihat sekeliling. Dia sekarang berada di rumah banglo yang lama terbiar dan berada di tengah-tengah hutan. Dia mahu melarikan diri dari situ. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak boleh.
Dirinya diikat di kerusi dan tangannya diikat di belakang kerusi. Dalia mahu menjerit meminta tolong tetapi kain yang berada di mulutnya menghalang dia melakukan itu. Dengan perlahan, air matanya jatuh. Dalia sangat takut. Dia tidak tahu di mana dia berada dan hubby nya tidak bersama dengannya.
"Hubbyy.." desis hati Dalia.
"Tolong Liaa hubby..Lia takutt" kata Dalia dalam hati sambil menangis ketakutan. Tiba-tiba pintu terbuka. Dalia jadi semakin takut.
Orang tersebut masuk ke dalam bilik itu dan berjalan ke arahnya.
"Hi Dalia"kata orang itu sambil tersenyum sinis. Lelaki itu menarik kain di mulut Dalia.
"Amer?"
"Amer!! Lepaskan akuu!"
"HAHAHAHAHA kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je? Jangan harap!" kata Amer dengan kuat. Dalia terdiam. Dia masih menangis tetapi sudah berkurang sedikit.
"Kenapa Amer?? Kenapa..? Apa yang aku buat sampai kau culik aku macam ni ha!?" tengking Dalia.
"Wow..rilekss tak perlu tengking-tengking sayang." Dalia meludah ke arah Amer.
"Cis, sayang?! Aku dah kahwin la! Kau gila ke Amer ha!!?" tengking Dalia lagi.
"Gila? YES! Aku gila sebab kau! Bertahun aku suka dan cintakan kau tapi kau tak pernah nak terima aku! Kau langsung tak pandang aku,Dalia. Sampaikan aku masuk meminang pon kau tolak!" Dalia menggeleng. Dia tidak percaya semua itu. Dalia sudah bagitahu dari awal yang dia hanya anggap Amer sebagai kawan saja.
"Aku dah cakap yang aku tak sukakan kau. Kenapa kau tak boleh faham?? Aku hanya cintakan TENGKU NIK UZAIR! Hanya dia yang aku cinta dan bukannya kau!" Amer ketawa lagi dan kalini lebih kuat.
"Kau pasti kau akan cintakan lelaki tu kalau kau tahu pekerjaan yang sebenar lelaki tu?" kata Amer dengan sinis.
"Apa maksud kau?"
Di sisi lain..
Tengku menunggu kepulangan isterinya. Tengku sudah diberitahu yang Dalia akan singgah sebentar di seven-e untuk membeli makanan. Tetapi sudah lewat dan Dalia masih tidak pulang.
"Mana kau, dear?"
Tanpa menunggu lagi, dengan pantas Tengku menelefon seseorang.
"Jumpa aku dekat markas, sekarang!"
DALIA POV
"APA MAKSUD KAU!?" Tiba-tiba pintu terbuka. Masuk lagi seorang lelaki yang bertopeng dan berjalan ke arahnya.
"Let me tell you little girl." kata lelaki bertopeng itu.
"Untuk pengetahuan kau, suami kau itu adalah MAFIA. Dia KETUA MAFIA BLACKLEOPARD. And the best part is dia pernah BUNUH orang dengan tangan dia sendiri. And for me, aku musuh dia. Aku XAVIER. Musuh utama dia. Is that clear, little girl?" kata lelaki bertopeng itu dengan sinis. Dalia terdiam. Dalia menggeleng. Tak! Semua ni tipu! Tak mungkin suaminya adalah mafia!
"KAU TIPU KANN! Kau tipuuu!" jerit Dalia. Amer memegang dagu Dalia dengan kuat.
"Semua tu betul sayang. Suami kau yang kau cintakan sangat tu adalah MAFIA. Setahu aku, kau tak suka dan benci mafia kan? Huh!" sinis Amer.
Dalia tidak percaya. Dia menangis berterusan dan semakin kuat. Dia tidak sangka yang dia berkahwin dengan seorang mafia. Dia sangat bencikan mafia dan mempunyai masalah dengan itu. ANTI. Itulah perkataan yang sesuai untuk mafia bagi Dalia.
TENGKU POV
Tengku,Zack dan Danishh berada di markas. Sebab apa? Mestilah sebab Tengku yang panggil mereka ke sini.
"Kenapa kau panggil kitaorang ni?" tanya Zack.
"Dalia hilang" kata Tengku.
"APA!" kata Zack dan Danish serentak.
"Aku nak kau detect lokasi Dalia sekarang!"
"Tapi aku takde nombor Dalia" kata Zack. Tengku meraup kasar mukanya.
'Kenapa aku ada kawan macam ni'
"Kau detect penjejak dekat gelang Dalia yang dia pakai" arah Tengku.
"Baik" Selepas beberapa minit..... "Dah dapat! Sekarang Dalia berada di rumah banglo yang terbiar dalam hutan. Lokasi tu tak jauh dari sini." terang Zack.
"Malam ni jugak kita pergi. Danish, kau bawa beberapa orang untuk ikut. Zack, kau siapkan senjata aku. Aku akan musnahkan orang yang berani culik isteri aku" kata Tengku. Terlihat matanya sudah berubah berwarna merah. Itu menandakan Tengku sangat-sangat marah.
"BAIK" kata Zack dan Danish serentak.
"The game on you bastard!" Tengku tersenyum sinis.
#hai readers..thanks for reading this story..
Jangan lupa vote dan comment ye
Jumpa di next chapter. Bye :)
YOU ARE READING
HIS LITTLE MARSHMALLOW
RomanceKarya pertama bouquetlower 1st story.. . . . TENGKU NIK UZAIR -Seorang jejaka yang kacak, beku dan pendiam itulah sifatnya yang mampu menarik perhatian semua wanita di luar sana. Berumur 28 tahun dan menjadi CEO di syarikat NIK HOLDINGS yang terkena...