BAB 30 ✓

5.3K 109 0
                                    

Harini pula bersanding di hotel ternama yang ditempah khas oleh Tengku Rosalinda. Baju pengantin perempuan iaitu gaun yang berwarna merah terang dan sedikit manik manik yang berkilau. Baju pengantin lelaki pula iaitu tuxedo hitam bersama bow tie hitam serta bunga mawar merah di poket tuxedo itu.

Sungguh cantik dan padan pakaian pakaian itu apabila dikenakan pada Dalia dan Tengku. So amazing!

Mereka berjalan di atas altar perkahwinan menuju ke pelamin. Pelamin itu pula dipilih oleh Tengku sendiri untuk Dalia. So sweettt!

Setelah selesai di atas pelamin,bergambar dengan tetamu yang datang. Mereka menuju ke meja makan pengantin pula. Dalia sungguh teruja melihat makanan yang disediakan. Steak you guys!

Tak sangka Dalia dapat makan makanan mewah ini pada hari perkahwinannya. Memang agak pelik makan steak bila kahwin, tapi apa Dalia kisah? Dia mahu makan saja kerana dia makan sikit sahaja semalam. Hihihi

"Makan dear" kata Tengku lembut. Dalia mengangguk dan mula membaca doa untuk makan. Terlalu asyik Dalia makan. Sampai dia tidak sedar yang ada sos steak terkena di hujung bibirnya. Tengku perasan tentang itu terus mengelap kesan comot itu dengan ibu jarinya dan dengan selamba menjilat jari itu. Dalia terkaku.

"Tengku, kenapa Tengku jilat? Kan kotor tu" polos Dalia.

"It's okay dear. It's sweet and delicious. Just like you" Tengku mengenyit sedikit matanya. Dalia malu. Dia hanya menunduk sahaja.

"Tengku tak makan ke?" tanya Dalia hairan. Dari tadi mereka duduk, hanya Dalia sorang je makan. Tengku hanya perhatikan wajahnya saja.

"Takpe. Makan je. Aku tengok kau pon dah kenyang" Dalia menggeleng. Dia tidak boleh biarkan begitu sahaja. Tengku kena makan juga sebab baru Tengku ada tenaga untuk layan semua tetamu. Jadi mengambil yang dipotong itu sedikit dan disuakan ke Tengku.

"Aaaaa" Mulutnya membuka untuk menyuruh Tengku berbuat sepertinya. Dengan senang hati, Tengku menyambut huluran Dalia. Tengku membuka mulut dan Dalia menyuap steak itu.

"Sedap tak?" tanya Dalia teruja. Tengku mengangguk.

"Sangat sedap bila kau suap aku. Lepasni boleh kau suap selalu?"

"Boleh boleh" senyum Dalia. Mereka pon terus sesi suap meyuap tu.

Sudah kurang rasa takut Dalia kepada Tengku kerana layanan Tengku juga sudah berubah sejak mereka bernikah semalam. Bila orang baik, kita mesti la buat baik. Betul tak?

Jadi Dalia rasa dia juga perlu buang rasa takut itu kerana Tengku sudah menjadi suaminya. Lagi satu, kan syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami, so mestilah Dalia kena baik. Dapat pahala.

"Hello bro. Selamat pengantin baru!" ucap Zack kepada Tengku. Danish juga turut mengucapkan benda yang sama.

"Jangan lupa tau aku nak anak buah 10 orang. Cukup aku nak buat team bola sepak" ujar Danish teruja.

"Betul betul. Eh tambah lagi 10 la! Jadi 20. Aku pon nak buat team jugak" ujar Zack pula menyokong apa yang dikatakan Danish. Dalia yang mendengar itu menunduk malu. Haih apa kena dengan kawan Tengku dua orang ni?? Tengku melihat mereka berdua dengan tajam.

"Kalau kau nak anak, buat sendiri. Jangan mintak kat aku" tegas Tengku. Danish dan Zack hanya ketawa terbahak bahak.

"Aku gurau ja hahaha" ujar Zack sambil menggaru belakang lehernya. Dia tidak jadi untuk bergurau lebih apabila melihat muka Tengku yang bengis itu.

"Okay la, Dalia kami balik dulu tau. BYE!" kata Danish dengan segera dan menarik Zack mengikutinya. Tak boleh lama lama, nanti singa mengamuk. Hehe.

Selepas selesai majlis bersanding itu, mama Tengku a.k.a mak mertua Dalia mendekati mereka berdua. "Nik, bawa la Dalia ni berehat. Mesti penat kan menantu mama ni dari pagi tadi lagi layan tetamu. Bawa dia balik. "

Mama berkata sambil membelai kepala Dalia.

"Baik mama. Dear, jom" kata Tengku sambil melingkarkan tangannya di pinggang Dalia. Dalia angguk tanda setuju. Dia juga penat sangat. Tidak dinafikan berkahwin ni memang penat. Ramai tetamu yang datang sehingga dia dan Tengku pusing satu dewan di hotel ni untuk menyapa semua tetamu. Tak termasuk lagi sesi photoshoot yang diakan selepas makan. Berjam jam berdiri nya untuk menangkap gambar.

Lagipon keluarga Dalia sudah pulang dulu bersama Sofea. Kata umi dan abah mereka penat dan mahu berehat awal. Selepas sahaja memberitahu mama, keluarga Dalia pon pulang. Mereka berjalan ke kereta Audi R8 milik Tengku dan meloloskan diri dalam kereta tersebut. Mereka pon berlalu keluar dari hotel tersebut.





#hai readerss terima kasih for reading this story.. Jumpa di next chapter okay

Jangan segan untuk komen ye :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now