BAB 27 ✓

4.7K 115 2
                                    

TENGKU NIK POV

"Mama. Uzair keluar dulu ye." Tengku mencium tangan mamanya.

"Ha ye lah. Baik baik ya. Jaga bakal menantu mama tu baik baik. Jangan takutkan dia pulakk" kata mama dengan tegas. Tengku ketawa kecil.

"Of course mama. Bakal menantu mama tu bakal isteri Uzair jugak. So don't worry ok." Mama mengangguk.

Lalu Tengku pon masuk ke dalam kereta BMW miliknya dan bergerak ke rumah Dalia.

Setelah sampai di hadapan rumah Dalia, dia menunggu di dalam kereta. Akibat lama menunggu Dalia, Tengku pon keluar dan bersandar di keretanya. Dia menyeluk tangan ke dalam poket.

ADALIA POV

"DALIAAAA! Cepatt. Tunang kau dah sampai tuu."laung Sofea.

"Yee kejap kejap. Sikit je lagi ni ha" balas Dalia.

"Haihh tak sabar sabar minah ni pon. Tunang aku tu pon tak kata apa." omel Dalia. Harini Tengku dan Dalia akan pergi melihat baju pengantin mereka dan terus fitting baju sekali. Lepas fitting baju, mereka akan berjalan jalan untuk mencari barang hantaran. Bagi Dalia, ini macam first date mereka. Jadi dia mahu la cantik cantik dan wangi. Betul tak semua? Hihihi

Selepas Dalia siap, dia pon turun.

"Haa dah siap pon. Lama benorr bersiapnya. Nak pergi dating ke cik kakk?" Sofea mengangkat keningnya berkali kali. Dalia tersengih malu.

"Elehh tersengih sengih pulak dia. Dah pi keluar cepat. Tunang kau tu dah tunggu lama tu. Kesian dia. Tah la panas" Dalia membuat muka merajuk.

"Kau halau aku ke apa ni?"

"Laa bila masa pulak aku halau?? Dah dah takyah nak buat muka seposen kau tu. Enjoy your date!" kata Sofea sambil menolak Dalia keluar. Dalia mengangguk dan terus keluar.

TENGKU NIK POV

Apabila Dalia keluar, Tengku terkaku. Dalia mengenakan blouse berwarna coklat cair bersama skirt putih dan shawl berwarna putih. Sama seperti Tengku yang mengenakan tshirt polo coklat cair dan seluar slack putih. Macam dah janji je ni hmm.

Dalia berjalan ke arah Tengku dan berdiri di hadapannya. Dia menggerakkan tangannya melambai di hadapan Tengku yang tidak berkelip mata melihatnya.

"Tengku" panggil Dalia lembut. Tengku seakan tersedar dengan panggilan itu dan berdehem kecil untuk menghilangkan rasa kekok.

"You look so pretty and cute marshmallow" puji Tengku. Memerah pipi Dalia mendengarnya.

"Thank you. Should we go now?" kata Dalia malu malu. Tengku mengangguk sedikit dan berdiri ke tepi untuk membukakan pintu untuk Dalia. Dalia tersenyum kepada Tengku dan masuk ke dalam kereta BMW itu. Kemudian, Tengku menutup pintu dan terus masuk ke dalam kereta tersebut.

So Gentleman Guys..

...

Tengku dan Dalia pon sampai di butik pilihan mamanya. Mereka masuk dan disambut oleh pekerja di situ.

"Tengku sila ke arah sini ye. Saya akan tunjukkan baju yang dipilih oleh Tengku Rosalinda." Tengku mengangguk dan mereka pon mengikut pekerja itu.

"Ini baju pengantinnya. Tengku dan Puan boleh cuba baju ini di bilik persalinan." kata pekerja itu lagi. Dalia tersenyum kekok.

"Cik, jangan la panggil saya Puan. Panggil saya Dalia je. Lagipon saya tak kahwin lagi. Saya tak selesa la" kata Dalia. Pekerja itu melihat Tengku untuk meminta kebenaran Tengku. Lalu Tengku pon mengangguk sedikit. Muka Tengku time tu jangan kata la. Dingin ja sepanjang masa. Sebabtu pekerja itu teragak agak.

Lagipon kedai itu kawan mamanya yang punya. Jadi dia dikira ada kuasa di situ kerana mamanya adalah pelanggan VIP di situ.

"Baiklah. Dalia boleh cuba baju tu dekat sana ya. Kalau ada apa apa, panggil saja saya ye" kata pekerja itu ramah dan menunjukkan ruang persalinan baju. Dalia pon mengangguk.

...

Setelah cuba baju pengantin mereka, mereka pon keluar dari butik itu. Sekarang mereka menuju ke mall untuk beli barang hantaran.

"Marshmallow, apa yang kau nak untuk barang hantaran kahwin kau?" tanya Tengku dengan tersenyum sedikit.

"Saya ikut je apa yang Tengku nak beli. Saya tak pandai nak pilih barang barang ni. Hihi" kata Dalia dengan tersenyum comel.

"Okay dear" Tengku membalas senyuman Dalia.

'So cute this lady. Nasib baik belum halal tau. Kalau tak dah lama aku terkam pipi dia tu' desis hati Tengku.

Lalu Tengku pon memilih barangan untuk Dalia. Full set lengkap Tengku belikan untuk Dalia. Dari tudung, baju, dan juga kasut Tengku bilik. Tidak lupa juga membeli telekung untuk Dalia. Wow..

"Ada apa apa lagi yang kau nak marshmallow?" tanya Tengku. Dalia menggeleng.

"Then jom cari cincin" Dalia mengangguk dan mengikuti Tengku.

Setelah selesai membeli belah, Dalia mengajak Tengku makan aiskrim. Tengku pon menurut saja. Mereka memesan satu yogurt ice cream with strawberry sirap dan buah strawberry sebagai topping. Dalia memakan aiskrim itu.

"Tengku nak rasa tak?" pelawa Dalia. Tengku menggeleng.

"Tapi kalau kau,aku nak rasa" bisik Tengku di telinga Dalia. Dalia terkaku dan terdiam. Dia menunduk dan memakan saja semua aiskrimnya. Maluu la wehh.

Tengku ketawa kecil melihat kelakuan Dalia. Habis merah pipi Dalia dibuatnya. Selepas selesai makan aiskrim mereka pon pulang.





#hai readerss terima kasih for reading this story.. Jumpa di next chapter okay

Kalini kita buat panjang sikit.

Jangan segan segan untuk komen ye :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now