BAB 35 ✓

4.9K 86 0
                                    

Kereta BMW i8 Coupe Tengku memasuki perkarangan rumah umi dan abah.

"Assalamualaikum, umi..abah.."

"Waalaikumsalam Lia..ya Allah.. anak umi..lama tak jumpa kamu. Lepas je kahwin tak jengok dah umi kan" kata umi dengan nada merajuk. Umi memeluk tubuhnya tanda merajuk.

Dalia memeluk uminya. 

"Umi ku sayang..jangan merajuk umii ku sayang.. ni.. ni Lia dah balikk niii.. jangan la merajuk lagi umii" pujuk Dalia. Abah yang baru balik dari kebun itu berkata

"Kamu jangan nak layan sangat umi kamu tu Lia..mengada-ngada je lebih..bila kamu tak balik, umi kamu tu rindu kamu. Siap tanya bila kamu nak balik lagi. Ini bila dah balik, nak merajuk pulakk" 

Dalia dan Abah ketawa kecil. Tengku pula menyalam tangan abah yang baru sampai.

"Ishh abang ni.. saya nak merajuk dengan anak sendiri pon tak boleh" kata umi.

"Dah..dah..sudah..Jom kita masuk. Panas ni kat luar. Uzair, jom kita masuk" pelawa abah. Tengku mengangguk  dan mengangkat begnya dan Dalia. Dalia pula sudah masuk bersama uminya. Maklumlah sudah lama tak balik, nak bermanja la pula dengan uminya..anak tunggal perempuan kannn. HAHAHAHAH

. . .

Sekarang Tengku dan abah berada di ruang tamu. Dalia dan umi pula berada di dapur sedang masak makanan untuk tengah hari. 

"Uzair" panggil abah.

"Ye abah"

"Macam mana lepas kahwin ni? Lia ada buat perangai ka kat sana? Ada menyusahkan Uzair ka?" tanya abah.

"Alhamdulillahh semuanya okay abah. Lia pon okay jugak, tak susah Uzair pon abah. Abah jangan risau ye" balas Tengku.

"Baguslah kalau macam tu.  Abah takut Lia susahkan Uzair ja dekat sana. Abah nak tanya sikit dekat Uzair, boleh nak?"

"Boleh abah"

"Kamu betul-betul cintakan Lia ke Uzair? Kenapa kamu pilih dia? Bukan ke ramai perempuan yang cantik dan sama taraf dengan kamu, nak?"

"Ye, Uzair cintakan Lia. Sangat-sangat. Memang betul ada ramai yang cantik dan setaraf dengan Uzair, tapi itu semua tidak memberikan apa-apa makna kepada Uzair. Uzair sebenarnya tidak suka dan anti perempuan, abah... sebab Uzair rasa perempuan ni menyusahkan dan gedik. Tapi bila Uzair berjumpa dengan Lia, hidup Uzair berubah. Uzair memikirkan Lia setiap masa. Uzair juga nampak semangat Lia bekerja, berdikari sendiri. Tidak bergantung pada lelaki lain.Tak seperti perempuan yang lain yang dekat dengan Uzair yang hanya mahukan harta saja. Pasal taraf tu, Uzair tak kisah langsung abah.." terang Tengku dengan jelas. 

Dia langsung tidak kisah tentang taraf dan hartanya. Apa yang dia mahukan hanya cinta sejati  yang boleh membuatkan dia bahagia. Dan dia nampak semua itu pada Dalia.  Pada mulanya, memang dia memaksa Dalia untuk berkahwin dengannya kerana dia tahu jodohnya bersama Dalia. Tengku akan melakukan apa sahaja asalkan Dalia akan berkahwin dengannya.

Tetapi bukan itu sahaja sebabnya. Dia juga merupakan seorang mafia. Dia mempunyai ramai musuh.Ramai musuhnya tahu tentang kehadiran Dalia dalam hidupnya. Ramai juga sudah menjadikan Dalia sebagai target untuk jatuhkannya. Dia tidak mahu semua itu berlaku. Jadi, dia mahu Dalia berkahwin dengannya kerana dia mahu melindung Dalia dari ancaman musuh. 

Abah mengangguk faham.

"Baiklah. Abah faham perasaan Uzair. Sekarang Lia sudah berada dalam tanggungjawab kamu. Abah harap Uzair jaga anak abah sepertimana abah menjaganya dulu. Jangan sakitkan hati dia, jangan lukakan hati dia.. Kalau suatu hari nanti kamu tidak mahu Lia lagi, kamu pulangkan Lia baik-baik kepada abah semula. Faham Uzair" kata abah dengan tegas.

"Faham abah. Jangan risau abah, Uzair akan berikan semua cinta Uzair kepada Lia. Uzair akan jaga dan sayang Lia macam nyawa Uzair sendiri" balas Tengku pula. Tidak kalah juga Tengku yang berkata dengan suara garaunya yang penuh dengan kematangan . Abah menepuk bahu Tengku.

Dalia yang datang dari dapur terus mengajak mereka berdua untuk makan tengah hari.

"Abah.. ab-abang jom makan" kata Dalia dengan malu. Ya, Dalia malu apabila memanggil suaminya abang. Seperti orang gedik sahaja. Bagi Dalia lah..bukan author yaa

Tengku tersenyum nakal apabila mendengar isterinya memanggilnya 'abang'. Hanya Dalia sahaja yang perasan akan senyuman nakal itu. Terus Dalia ke dapur. Tak boleh lama-lama, nanti lain pulak jadinya.. Abah pula terus bangun dan mengajak Tengku bersama. Mereka pon makan tengah hari bersama sama.

. . .

Other situation..

"Kau dah fikir bila kita boleh mulakan  plan ni?"

"Sabar Amer..sabar..aku perlukan masa yang sesuai untuk mulakan plan ni.." kata lelaki bertopeng itu.

"Sampai bila lagi aku nak tunggu ha!? Apa susah sangat nak bunuh jantan tu XAVIERR???"kata Amer dengan geram.

"Just relax Amer. Aku tau apa yang aku buat. Kau hanya duduk saja. Aku sendiri boleh bunuh dia" kata Xavier dengan angkuh.

"Baik kau percepatkan misi ni. Kalau tak.." Belum sempat Amer berkata terus Xavier memintasnya. Xavier menggenggam tangan geram.

"Kalau tak apa Amer..ha!?? Kau ingat kau boleh buat apa dekat aku? Ingat Amerr! Aku boss kau sekarang dan kau perlu ikut semua arahan aku. Jangan nak membantah cakap aku!" tengking Xavier. Dia cukup geram dengan perangai Amer sekarang ini yang berlagak seperti dia adalah bos.

"Keluarr!" kata Xavier. Amer pon keluar dan kerana geram dia menghempas pintu bilik itu.

"Kau tengokkan budak tu. Aku tak nak dia hancurkan plan kita nanti" arah Xavier pada orang suruhannya.

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now