"Aunty..Dalia rasa Dalia tak boleh bagi jawapan sekarang. Dalia kena bincang dulu dengan umi dan abah Dalia.. Boleh aunty bagi Dalia masa?" tanya aku dengan berhati hati. Haihh kalau tidak, memang aku nak tolak terus..kahwin dengan Tengku Nik Uzair?
Hishh memang tak la..dengan psychoo orang nya..taknak taknak !! Tapi disebabkan aunty ni baik dan berharap sangat sangat dekat aku, jadi aku mintak masa dulu.
"Kalau macam tu, aunty bagi masa seminggu..boleh ye nak?? Aunty bukan apa , takut nanti aunty melepas ja untuk jadikan Dalia menantu" kata aunty dengan nada sayu.
"Ermm baik aunty..terima kasih aunty sebab faham Dalia. Dalia balik dulu ye aunty?" Aku bersalaman dengan aunty dan Mairah.
"Baiklah, balik elok elok ye Dalia..aunty harap sangat Dalia setuju dan terima anak aunty." Aku hanya tersenyum mengangguk dan terus pulang ke rumah.
"Mama..mama rasa akak comey terima ke dengan apa yang mama cakap tadi?
"Insya Allah..kita berdoa je supaya akak comey setuju ye Mairah.." kata aunty kepada Mairah. Mairah hanyaa tersenyum dan mengangguk.
....
Pada malam itu, aku termenung di dalam bilik aku. Aku berfikir perlu ke aku terima? Tapi aku taknakk..Cuma aku tak tau nak bagitau macam mana..aunty tu baik sangat dekat aku jadi aku takut aunty tu kecewa..haihhh
"Dalia, kau kenapa ni.. Asyiik termenung je dari balik tadi.. Ada masalah lagi ke? Boss kau kacau kau lagi??" tegur Sofea.
"Takde la...mana ada" aku menggeleng perlahan.
"Pastu kenapa kau diam ja? Share la dekat aku" kata Sofea lagi. Aku mengeluh perlahan.
"Aunty nak jodohkan aku dengan anak dia" kata aku dengan sayu.
"Whatt?! Serius la wehh? Wahh kawan aku dah jumpa jodoh la.. Jadi kau terima ke?" Sofea berkata dengan teruja. Aku menggeleng.
"Aku tak bagitau lagi jawapan aku. Aku taknak Sofea kahwin dengan anak aunty tu..dah la psycho, terlalu obsess dengan aku.. Takut akuu"
"Jadi kalau kau tak nak, kenapa kau tak bagitau je aunty tu terus? "
"Aku takut aunty tu sedih, kecewa..aku tak nak macam tu, aunty tu layan aku baikkkk sangat"
"Kalau macam tu, kau terima je la..habiss cerita"
"Haihh kau tak faham Sofea..aku tak nak kahwin dengan Tengkuu"
"Macam ni la Dalia, aku rasa kau patut bincang dengan umi dan abah kau. Esok kau balik lepastu bincang elok elok. Jangan risau aku akan sentiasa sokong kau, okay"
"Okayy thank you Sofea sebab dengar luahan aku" Aku memeluk Sofea.
"Sama sama bestiee kuu" Sofea balas pelukan aku. Kami berpelukan sehingga tertidur.
KEESOKKAN HARINYA
Aku pulang ke rumah umi dan abah. Sudah lama aku tidak pulang ke rumah ini. Rindu yang teramattt. Mengambil masa 3 jam untuk sampai. Umiii, abahhh anak muu sudah pulangg!!
"Assalamualaikumm" Aku bagi salam dengan penuh teruja.
"Waalaikumsalam Liaa! Ya Allah tak sangka kamu balik harini..kenapa tak bagitau umi? Boleh umi masak yang special untuk kamu" Aku menyalam tangan umi.
"Hihii saja je umi, Lia nak buat surprise. Abah mana umi?"
"Ada tu ha dekat dapur..jom kita makan dulu jomm" umi berkata dengan teruja. Aku pon mengangguk. Sampai di dapur, aku melihat abah sedang minum di meja.
"Abahh!' jerit aku teruja. Aku terus memeluk abah.
"Liaa! Kenapa balik tak bagitau ni? Rindu abah dekat kamu tau tak"
" Lia rindu jugak dekat umi dan abah. Dah lama Lia tak balik, alang alang dah cuti ni Lia balik la"
"Ooo macam tu..ha mari duduk. Umi kamu tu ada buat pisang goreng harini. Memang tepat pada masa Lia balik ni. Favourite kamu kan?"
"Ye ke abah?! Aaa seronoknyaa. Lia basuh tangan jap baru makan okay" aku sangat teruja. Baru balik dah dapat makanan favourite akuu. Pisang goreng aku datanggg.
Setibanya malam, kami bertiga duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.
"Lia, kerja kamu okay ke kat sana? Rumah sewa tu okay?" Aku menoleh ke arah umi.
"Okay umi. Semuanya okay. Umi jangan risau ye. Lia memang jaga waktu makan Lia supaya Lia tak sakit. Hehe "
"Mana tak risaunya Lia oii..Umi kamu tu kalau boleh setiap hari nak call kamu tu. Tapi abah larang sebab kamu kan kerja jadi abah taknak la umi kamu tu kacau. Bila tak bagi, sedih sorang sorang la umi kamu tu" kata abah. Aku ketawa kacil.
"Alaa abah..kalau umi ke abah ke nak call Lia setiap hari pon takde masalah. Memang Lia setiap hari bekerja, tapi tak selalu pon Lia sibuk." Abah dan umi pon mengangguk.
"Abah, umi. Sebenarnya lia nak cakap sesuatu."
"Apa dia?"
#hai readerss terima kasih for reading this story.. Jumpa di next chapter okay
Jangan segan segan untuk komen ye :)
YOU ARE READING
HIS LITTLE MARSHMALLOW
RomanceKarya pertama bouquetlower 1st story.. . . . TENGKU NIK UZAIR -Seorang jejaka yang kacak, beku dan pendiam itulah sifatnya yang mampu menarik perhatian semua wanita di luar sana. Berumur 28 tahun dan menjadi CEO di syarikat NIK HOLDINGS yang terkena...