inara || 12

2.6K 106 1
                                    

PANG!

cukup satu tamparan melayang dimuka lelaki itu, dengan kasar aku menarik nada dalam dukunganku. tudung mula serabut akibat pergerakan yang ganas, aku hiraukan.

"kurang hajar! berani kau tunjuk muka longkang kau dekat sini kan!"

urat leher dan lenganku mula naik akibat dek kemarahan. haraz, bekas suami aku melutut didepan aku untuk meminta maaf apa yang dia sudah buat pada aku dan nada.

haraz yang menangis merayu ampun padaku seperti anjing mengemis makan kerana kelaparan, manik manik jernih jatuh hebat dipipiku.

lepas sahaja bercerai, aku anggap haraz sudah mati, dah tidak bernyawa duduk atas muka bumi ini, aku jijik. jijik melihat mukanya.

"i minta maaf sayang, tolong berbalik pada i, i rindukan nada dan you" dia melutut kearahku sambil memegang kasut aku.

aku tepis tangannya menggunakan kakiku, aku menyuruh mama untuk membawa nada masuk kedalam rumah, aku tak mahu nada lihat adegan ini.

cuaca mula mendung, bunyi guruh kilat membuatkan kedua bahuku terjongket. air hujan laju jatuh.

aku dan haraz sudah basah lenjun, dia tetap berkeras ampun padaku. aku menangis teresak esak apabila melihat haraz yang kembali padaku sedangkan aku sudah lama lupakan ia.

"selama ni kau buang aku dengan nada! masa aku bersalin kau tak melawat! kau tak bayar kos rawatan! kau bawa perempuan lain masuk dalam rumah waktu aku dalam pantang!"

aku menjerit kuat pada mukanya, kemarahan aku tak terkawal, aku sudah lama bersabar dengan lelaki didepan aku ini, sekarang. aku dapat menjerit sekuat kuatnya untuk meluahkan perasaan aku.

"kau ingat aku ni apa, bodoh! kau ingat aku ni apa! aku cukup bersabar dengan kau tahu tak!"

aku menggoncang kuat kedua bahu haraz dengan kasar, aku benci, benci tengok muka dia. aku boleh naik muntah bila tengok muka dia, sudahlah tua! hodoh, bodoh pulak tu. anaqi jauh lebih kacak dari jantan tak guna ni.

"sedap sedap kau sentuh nada tanpa kebenaran aku kan, berani kau kan cabar kesabaran aku, aku benci kau haraz! benci! tengok muka kau pun aku tak mahu!"

"i merayu inara.. i merayu.. i janji i akan jadi suami yang terbaik, i sanggup buat apa sahaja untuk tebus balik kesalahan i, bahkan i sanggup bunuh diri demi you, inara..."

aku senyum sinis kepadanya, tebus kesalahan? sanggup bunuh diri demi aku? kau nak mati pergi mati sorang sorang jangan nak bawa aku sekali haraz. go hell bersama perempuan murah kau tu. kau ingat ayat kau boleh lembutkan hati aku haraz? kau silap orang.

"nada pun bencikan kau! bapak sengal tak bertanggungjawap! tak iqamat pada nada semasa dia baru lahir! gamaknya kau haraz!"

aku jerit sekuat hati pada mukanya, mata aku merah, anak tekak aku hampir tercabut, segala suara aku keluarkan sehingga perit tekak aku.

kau cakap kau sanggup kan buat apa sahaja demi aku. ha ambil ni kau punya sanggup!

PANG!

kali kedua tamparan melayang dipipi haraz, kali ini makin kuat. aku memintanya untuk beredar pergi. aku tak mahu tengok muka taik dia lagi, pergi mampus dengan ampunan dia.

lelaki dayus seperti haraz tak layak untuk aku terima dalam hidupku semula. seorang lelaki yang membiarkan keluarganya melakukan zina, sama ada ibunya, isteri atau anaknya kemudian dia mati dalam keadaan begitu. dia tidak menegur dan menasihati anak isteri daripada melakukan dosa bahkan, lagi teruk dialah yang mengajak melakukan maksiat!

aku rebah diatas simen rumahku, hujan yang lebat membasahi seluruh tubuhku seraya aku menangis kesakitan. dada aku sakit, tekak perih.

wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

aku terus berdoa dan menangis teresak esak, aku dapat menangkap figura anaqi yang berlari kearahku sebelum mataku tertutup rapat.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now