inara || 19

2.2K 94 0
                                    

"kenapa dengan perempuan tu?" soalku basa basi pada anaqi bersama muka kosongnya, mata helangnya menikam tajam anak mataku.

aku dan anaqi bertempat di kafeteria buat sementara waktu untung reda daripada wanita yang tak tahu malu itu.

aku kerling jam tanganku, masa makin suntuk, langit juga makin gelap. aku takut terjadi apa apa pada nada dan aria.

anaqi tidak menjawap pertanyaanku, aku makin bosan, kalau macam ini aku dipulau, lebih baik aku pulang kerumah.

aku bangun daripada kerusi, setapak kaki ingin melangkah, merasakan satu suara garau yang menghalangku untuk pergi. laju aku menoleh kepala.

"terima kasih tak ada, bersyukur tau aku dah selamatkan kau dari perempuan gila tu" ujarnya dingin.

aku kembali melabuhkan punggungku untuk berbicara bersama anaqi, menjeling kearahnya. poyo sangat mamat ini, naik menyampah aku tengok, nasib kacak.

"thanks, sebab backup saya. thanks sebab jaga hati saya, thanks mempertahankan maruah saya, dia cakap tentang pakaian saya" aku memberikan senyuman paling manis padanya.

setiap kali aku melihat wajahnya, mimpi yang pernah aku alami sentiasa terngiang ngian dikepalaku, adakah ini petunjuk daripada Allah?

"you're mine" singkatnya, kedua tangan memeluk tubuh seraya tersenyum senget.

kelu lidah aku. hanya memberikan senyuman kelat, aku tak tahu perasaan aku sendiri sama ada suka ataupun tidak. otak kata tidak, hati kata ya.

"awak ni special lah dekat mata saya, baik." itusahaja yang aku balas, aku tak tahu ingin memberikan ucapan lagi, hari juga semakin suntuk.

"nothing special about me, sebab aku bukan burger nak ada special special ni" ia meletuskan ketawa, eh tak guna punya jantan!

"okey, saya nak balik. bye!" aku jeling kearahnya, malas mahu layan karenah yang suka menyakat aku. tapi tak apa, aku suka. terkadang anaqi sendiri pandai buat aku terhibur.

aku hiraukan anaqi, laju masuk kedalam perut kereta dan meluncur laju dijalan raya. semasa perjalanan, aku hanya memikirkan nada dan aria yang berada dirumah.

Membuka pintu rumah, aku ketawa kecil. kelihatan aria dan nada sedang lena dibuai tidur, terbaring diatas lantai bersama mainan mainan nada yang beterabur.

aku mengunci pintu rumah, menggoncangkan sedikit bahu aria untuk membuatkan dia terjaga. aku berbisik pada aria dengan perlahan supaya tidak membuatnya terjaga.

"aria, tidur dekat atas. nada ni nanti aku dukung" bisik aku. aria hanya mengangguk dan beredar pergi, figura aria semakin hilang.

aku mula mengangkat tubuh kecil nada dan membawanya kedalam bilik, selimut ditarik untuk menurunkan suhu badannya yang sejuk.

aku menghela nafas berat, rasa kesian aku pada nada, aku lalai jadi ibu. aku kurang masa bersama anak sendiri sedangkan aku yang melahirkannya tetapi aria yang menjaganya buat hari ini.

aku mengusap rambut nada dengan lembut, lalu masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri. tidak dengan itu, aku akan menunaikan solat magrib dan solat istikharah.

aku akan meneruskan solat istikharah sehingga aku jumpa jalan yang patut aku pergi, dengan cara ini Allah dapat membantuku. Fi sabilillah terucap dibibirku.

tangan aku mula mengangkat takbiratul ihram, dan memulakan solat yang sempurna sebelum waktu solat is'ya.

𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 l 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃Where stories live. Discover now